Bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bual bicara eksklusif di dalam program AI mengesahkan telah menghubungi Tun Dr Mahathir untuk memaklumkan pendirian bakal bertanding di kawasan Parlimen Port Dickson.
Berikut merupakan sidang media penuh berkenaan pengumuman kerusi parlimen yang bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Afiezy Azaman bersama Kamaria Pandi, Pengasas Maria Persona Beauty Herbs berkongsi kisah kejayaan beliau membangunkan produk keluaran syarikatnya. Bermula dari kaki lima kini produknya sudah menembusi pasaran Brunei dan Singapura.
Hari ini tumpuan adalah kepada Forum Ekonomi Dunia WEF ASEAN di Hanoi, Vietnam. Diskusi hangat di Hanoi Vietnam diteruskan untuk mencari jawapan kepada bagaimana rantau ASEAN dapat menjuarai kebangkitan revolusi perindustrian.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memilih Parlimen Sungai Petani berdasarkan peratusan pengundi Melayu. Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sudah pasti mahukan kelebihan sokongan besar Melayu berbanding beberapa lagi kawasan yang dikatakan bakal ditandinginya.
Bersama Syaff Shukri dalam #Bualan untuk mengikuti perkara terbaru yang dibualkan rakyat Malaysia dan seluruh dunia di media sosial dan juga beberapa platform lain.