AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 596: Dian: 'Adiwira ibu kota' enggan jadi mangsa miskin bandar
    Dihimpit kemiskinan ketika meniti usia senja bukan perkara yang mudah. Begitupun mengalah tidak sekali-kali, apatah lagi meminta-minta. Krew Dian AWANI bertemu dengan seorang ibu tua yang masih kuat berkerja berat walaupun sudah masuki usia 60an.
    Dian juga bersama sekumpulan sukarelawan yang turun padang mengedarkan cermin mata kepada anak-anak sekolah yang memerlukan.
    9:11 - Dashi Ramalingam, Sukarelawan The Little Fingers
    10:38 - Mohd Yazid Mohd Kamin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tok Muda
    14 min
  • 595: Erti Merdeka: Kak Chah tak terkilan tak disenarai penulis lirik 'Setia
    Lirik itu tentunya tidak asing di pendengaran rakyat Malaysia, baik generasi lama mahupun baharu. Magisnya tidak pudar walaupun selepas lebih 20 tahun sejak ia pertama kali diperdengarkan.
    Tetapi tahukah anda, siapa yang berada di sebalik penghasilan bait-bait lagu berjudul Setia itu?
    Penulis lirik terkemuka, Habsah Hassan, membuka cerita tentang pembabitannya dalam lagu tersebut.
    7 min
  • 595: Tun M jaga negara, Anwar Ibrahim jaga parlimen
    Bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan yang sangat penting menjaga negara dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertanggungjawab terhadap usaha membawa reformasi institusi Parlimen.
    Bersama Profesor Dr. Sivamurugan Pandian, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai maksud kenyataan ini.
    9 min
  • 593: Hidup gagal tanpa korban
    Sempena Sambutan Aidiladha, Essan Yahya  bersama Pendakwah Bebas, Ustaz Mohd Zaki Zulkifli bercakap soal pengertian korban itu sendiri dan signifikannya kepada kehidupan seharian.
    9 min
  • 592: Ucapan khas Aidiladha PM
    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersyukur kerana umat Islam di Malaysia dapat meraikan sambutan Aidiladha dalam suasana aman damai.
    Perkara itu dinyatakan beliau dalam ucapan khas Hari Raya Aidiladha yang dimuatnaik di Facebook rasminya.
    4 min
  • 590: Kutip lebih RM20juta kurang dua minggu, ini rahsia Hantu Kak Limah!
    Belumpun habis skim wajib tayang, filem Hantu Kak Limah terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold mencetuskan fenomena apabila mencipta rekod dengan memungut lebih RM20.5juta hanya dalam masa sebelas hari tayangan.
    Penerbit filem Hantu Kak Limah, Gayatri Su-Lin Pillai sempat berkongsi bersama AWANI Soundbyte antara rahsia dan formula kejayaan filem ini.
    8 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.