AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 424: Saifuddin Abdullah : Hala tuju polisi luar Malaysia baharu
    Ikuti wawancara Rizal Zulkapli bersama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam program khas 'AWANI Global'.
    Antara yang disentuh adalah mengenai hala tuju polisi luar kerajaan baharu serta cabaran Kementerian Luar apabila mempunyai seorang Perdana Menteri yang aktif dalam dasar luar negara.
    Turut dibincangkan ialah berkenaan diplomasi dalam dunia digital serta bagaimana untuk memulihkan imej negara di mata dunia selepas skandal 1MDB contohnya.
    13 min
  • 414: Penjelasan ringkas isu pengurangan kos projek jajaran LRT3
    Isu berkaitan dengan rasionalisasi kos komprehensif yang dilaksanakan dalam projek LRT3, Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng tampil membuat beberapa penjelasan.
    Jajaran LRT3 sepanjang 37km yang baru itu dijangka akan memberi manfaat kepada 2 juta penduduk dengan keupayaan untuk mengangkut 36,700 penumpang sejam setiap arah.
    Pengurangan kos projek sebanyak 47% daripada RM31.6 bilion kepada RM16.6 bilion akan memberi impak positif dari segi daya maju operasi yang lebih tinggi dan tambang tiket yang lebih murah.
    Hilal Azmi akan memberi penjelasannya.
    5 min
  • 415: Kemalangan lori: Apa perlu buat?
    Kami mendapatkan reaksi ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye berhubung kemalangan maut membabitkan kenderaan berat.
    Apa yang perlu ditingkatkan dari segi penguatkuasaan dan kesedaran?
    5 min
  • 417: WCIT 2018 : Ucaptama Sultan Nazrin Shah
    Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah tiada siapa patut diketepikan dalam perjalanan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah demokrasi matang agar setaraf dengan masyarakat dunia demokrasi maju yang lain.
    Dengarkan titah baginda dalam ucaptama pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia Kelima (WCIT 2018).
    29 min
  • 401: AWANI Pulau Pinang : GST sifar - Najib tanya, Saifuddin jawab di Dewan Rakyat
    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memberi penjelasan yang munasabah mengenai kesan pelaksanaan harga barangan selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diletakkan pada kadar sifar pada sesi Dewan Rakyat.
    Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya berterima kasih dengan keprihatinan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyuarakan kesengsaraan yang dihadapi rakyat berhubung isu kos sara hidup.
    6 min
  • 399: Ini Jawapan China Tentang Industri 4.0
    Industri 4.0 sedang dibincang dengan hangat di antara pengamal teknologi sedunia. Syarikat teknologi dari negara China Huawei memberi bayangan tentang rancangan mereka untuk menghadapi revolusi teknologi dan pembuatan ini.
    Ibrahim Sani ada butirannya.
    14 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.