AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 373: Datuk Akhbar Satar : Undang-undang dana politik
    Kerajaan bercadang menggubal beberapa undang-undang baharu membabitkan beberapa kes tertentu seperti kes rasuah yang berkuatkuasa ke atas semua pejawat awam, termasuk Perdana Menteri. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, undang-undang baharu itu adalah penambah baikan kepada peraturan sebelum ini yang turut mewajibkan Perdana Menteri dan timbalannya mengisytiharkan harta dan sebarang penerimaan barang yang boleh dianggap sebagai rasuah.
    Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar mengulas mengenai undang-undang dana politik ini dan bagaimana masyarakat secara keseluruhannya dapat memahami akta baharu ini.
    15 min
  • 360: Benarkah makanan sihat mahal?
    Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Februari lalu menyatakan kanak-kanak di projek perumahan rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur berhadapan masalah kekurangan nutrisi yang serius.
    Nazri Kahar bersama pakar kecergasan, Kevin Zahari melihat apakah alternatif dan pilihan makanan berkhasiat yang lebih murah yang boleh disediakan kepada kanak-kanak bagi memastikan tumbesaran mereka sempura.
    10 min
  • 361: AWANI Perak : JAKIM tidak akan dihapuskan
    Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan para ulama dan cendekiawan Islam termasuk pentadbir agama Islam dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklum balas mengenai hal ehwal Islam di negara ini.
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata antara yang akan dibincangkan ialah berkaitan institusi pentadbiran Islam termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
    Mujahid yang juga wakil rakyat Parlimen Parit Buntar turut memberi jaminan Jakim tidak akan dibubar sebaliknya akan ditambah baik.
    5 min
  • 366: AWANI Terengganu : Aktiviti mendaki gunung kian popular
    Aktiviti mendaki gunung kian menjadi aktiviti luar yang popular di kalangan belia dan penuntut universiti.
    Minat mendalam ini menyebabkan mereka tidak kisah untuk berbelanja besar untuk mendaki sama ada di dalam atau luar negara.
    Namun sejak akhir-akhir ini ada pihak yang melakukan penipuan dalam menyediakan pakej pendakian.
    6 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.