AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 229: Gabenor Bank Negara tawar diri letak jawatan?
    Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim dilaporkan telah menawarkan untuk melepaskan jawatannya. Portal berita antarabangsa, Bloomberg melaporkan berita tersebut dengan memetik sumber dalaman yang tidak dinamakan.
    Apakah benar berita ini atau sekadar khabar angin?. Sekiranya ia benar maka siapakah yang layak untuk menggantikan beliau?. Apa pula reaksi pasaran terhadap berita ini?.
    Bersama penyampai, Raja Hisham dan Luqman Hariz ada perinciannya.
    6 min
  • 228: AWANI Perlis : Kemelut Menteri Besar Perlis akhirnya selesai
    Kemelut Menteri Besar Perlis akhirnya selesai. Ia selepas 9 ADUN yang pada mulanya memboikot istiadat pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar, kini menyatakan sokongan malah mereka akur dengan titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Putra Jamalullail.
    0:40 - Teh Chai Ann, Adun Titi Tinggi
    2:22 - Khalid Ahmad, Rakyat Perlis
    2:50 - Zainab Hashim, Rakyat Perlis
    3:12 - Ali Ismail, Rakyat Perlis
    3:53 - Norshuhada Ramli, Rakyat Perlis
    7 min
  • 227: PH gagal laksanakan Janji 15?
    Antara janji-janji Pakatan Harapan adalah untuk memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Pejabat Peguam Negara. Namun janji 15 itu masih belum boleh dilaksanakan.
    Dengarkan penjelasan Peguam, Syahredzan Johan mengapa janji ini masih belum boleh dilaksanakan. Bersama hos, Nazri Kahar.
    6 min
  • 12: Kasthuri Patto: Memartabatkan nama keluarga
    YB Kasthuri Patto adalah Ahli Parlimen Batu Kawan. Beliau merupakan puteri kepada pejuang hak pekerja P. Patto. Beliau telah diasah untuk menjadi seorang yang menegakkan hak rakyat melalui teladan yang diajar oleh mendiang ayahnya.
    Ibrahim Sani bertanya tentang isu yang ingin diketengahkan oleh YB Kasthuri apabila parlimen mula bersidang nanti.
    9 min
  • 222: Antara GST, SST dan kuasa beli rakyat
    Dengarkan wawancara Luqman Hariz bersama Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali bercakap mengenai perbandingan di antara GST dan SST serta persepsi rakyat mengenai harga barang selepas penghapusan pelaksanaan GST.
    19 min
  • 220: Datin Seri Rosmah beri keterangan kepada SPRM
    Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM di Putrajaya pagi tadi. Ia bagi membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd.
    Laporan oleh Wartawan Astro AWANI, Hakim Rahman.
    5 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.