Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau akan memegang portfolio Menteri Pelajaran dalam Kabinet baharu kerajaan sementara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang dinamakan Timbalan Perdana Menteri, akan diberi portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.
Ikuti rakaman penuh sidang media bersama Perdana Menteri sejurus selesai mesyuarat majlis Presiden Pakatan Harapan pada Khamis.