AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • AWANI Soundbyte #8 : Saintis terkemuka Stephen Hawking meninggal dunia
    Pemergian seorang genius astrofizik dari British hari ini merupakan satu kehilangan besar buat dunia. Stephen Hawking menghembuskan nafasnya terakhir ketika beliau berumur 76 tahun.
    Beliau telah mencurahkan sumbangan yang besar dalam dunia sains khususnya fizik, sungguhpun beliau lumpuh hampir seluruh badannya dan hanya menggunakan bantuan kerusi roda.
    Beliau terkenal dengan sumbangan dalam bidang kosmologi, relativiti umum dan graviti kuantum. Beliau disifatkan sebagai seorang yang berani dan berusaha keras selain genius sehingga dijadikan sumber inspirasi seluruh dunia
    Penyampai : Dzulfitri Yusop & Shafizan Johari
    7 min
  • AWANI Soundbyte #7 : Hutang negara diurus baik, komitmen bayaran tak boleh dipersoal
    Pengurusan hutang negara yang dilakukan kerajaan pada ketika ini dibuat dengan baik. Perkara tersebut ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.
    Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan bahawa secara jelas hutang Malaysia semakin menguncup dengan kedudukan 50.8 peratus berbanding 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan kerajaan.
    Penyampai : Dzulfitri Yusop & Shafizan Johari
    6 min
  • AWANI Soundbite #6 : Manifesto Pakatan Harapan realiti atau fantasi?
    Pakatan Harapan telah melancarkan manifesto PRU14.
    Ia menggariskan lima teras utama, iaitu meringankan beban kehidupan rakyat, mereformasi institusi pentadbiran dan politik, merancak pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama, mengembalikan status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 dan membina Malaysia yang inklusif, moderat dan gemilang di persada dunia.
    Penyampai : Dzulfitri Yusop & Shafizan Johari
    7 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.