
Sign up to save your podcasts
Or


Wak-wak terkenang semasa muda-muda dulu belajar kat sekolah. Terfikir jugak apa yang kita belajar kat sekolah dulu masih pakai ke sekarang?
Orang selalu cakap, bila baru bernikah semuanya indah. Kentut pon bau wangi. Dah berapa lama kahwin baru kita rasa kentut semua sama?
Kami berbual pasal kentut.
Singapura dengan Malaysia baru-baru ini mengumumkan VTL akan bermula pada 29 November ini. Berita baik yang sangat di nanti-nantikan ramai rakyat. Tapi sudah selamat ke kita nak melancong? Kami beri pandangan dan kenangan pegang paspot biru dahulu.
Sekarang ni Crypto tengah panas. Sangat panas sampai Hamid pon dah lompat masuk. Aku dari tahun lepas dah selam. Izuan pon nak jugak. Jadi kita kongsi lah dengan Izuan apa yang kita tahu. Ini bukan financial advice eh. Ni orang tua-tua bebual jer.
Dulu kami budak kampung, budak Tanglin Halt dan budak Whampoa. Cara kami bermain dan socialise sangat 'in the flesh'. Nak bandingkan zaman sekarang sangat lah berbeza. Sekolah makan dulu socialise banyak. Kita belajar pon tak lah complex.
Ni episode masih teringat masa-masa kami masih budak-budak dulu. Banyak kenangan sebenarnya. Lagi-lagi kalau kita semakin tua, cukup manis bila terkenangkan kisah-kisah gembira membesar dahulu. Bas dulu tak ada air-con, pakai tiket berwarna-warni dan ada bas 'kondakter'. Korang dengar lah cerita 3 orang tua ni.
Selamat datang ke Bab 5 Posen, podcast untuk mendengar pandangan pakcik-pakcik berumur setengah abad, yang tidak mahu ketinggalan zaman, nak jugak hip, orang buat podcast, dia pon nak, tak kisah lah kalau orang cakap tak sadar diri, kita nak juga berceloteh beri pandangan kita yang dah banyak makan garam, sampai ada yang kena darah tinggi dah, tapi juga ada sorang badan masih sado angkat besi selalu dan ada sorang tu eksen bagus. Selamat mendengar.
Dalam ORIGINS, kita semak balik hidup kita kecik-kecik dulu.
Selamat datang ke Bab 5 Posen, podcast untuk mendengar pandangan pakcik-pakcik berumur setengah abad, yang tidak mahu ketinggalan zaman, nak jugak hip, orang buat podcast, dia pon nak, tak kisah lah kalau orang cakap tak sadar diri, kita nak juga berceloteh beri pandangan kita yang dah banyak makan garam, sampai ada yang kena darah tinggi dah, tapi juga ada sorang badan masih sado angkat besi selalu dan ada sorang tu eksen bagus. Selamat mendengar.
From the publisher's feed