
Sign up to save your podcasts
Or


Dalam episod kali ini, saya berkongsi sebuah buku berjudul "Nekad", biograsi Dato Sir Onn Jaafar terbitan IBDE. Buku ini mengupas lebih lanjut senario politik Malaya atau Tanah Melayu sebelum merdeka. Saya alu-alukan sebarang komen, maklum balas, cadangan dll sama ada melalui PM atau email di [email protected]
Dalam episod kali ini, saya berkongsi sebuah buku berjudul "Langkah Sheraton" terbitan Patriot Publishing. Buku ini mengupas lebih lanjut turning point politik Malaysia tahun 2020. Saya alu-alukan sebarang komen, maklum balas, cadangan dll sama ada melalui PM atau email di [email protected]
Dalam episod kali ini, saya berkongsi sebuah buku dari "Bapa Pemasaran Dunia", Philip Kotler. Lecturer tak pandai berniaga? Jom diskus. Saya alu-alukan sebarang komen, maklum balas, cadangan dll sama ada melalui PM atau email di [email protected]
Buku ini adalah buku yang paling kerap di petik di mana-mana seminar kekayaan baik yang legit ataupun tidak. Apa rahsia atau ramuan yang ada dalam buku ini? Saya ulas dalam episod ini. Saya alu-alukan sebarang komen, maklum balas, cadangan dll sama ada melalui PM atau email di [email protected]
Mahasiswa mempunyai lesen besar untuk cuba memulakan perniagaan. Banyak "unicorn" diasaskan oleh mahasiswa. Mereka boleh think big tanpa perlu carry banyak baggages. Dalam sesi ini kita akan membedah sebuah buku berkenaan bisnes kampus.
Saya alu-alukan sebarang komen, maklum balas, cadangan dll sama ada melalui PM atau email di [email protected]
Erdogan adalah tokoh figura yang divisif. Beliau bangkit dari runtuhan kota Istanbul kemudian berjaya meletakkan nama Turki kembali di persada. Namun adakah beliau terlalu di kemuncak, overstaying his welcome? Saya alu-alukan sebarang komen, maklum balas, cadangan dll sama ada melalui PM atau email di [email protected]
Dalam episod ini, kita bersama penulis, Tuan Zamri Mohamad untuk membincangkan tentang buku terbaru beliau, Seni Berfikir Kreatif untuk Bisnes dan Hidup tulisan beliau & Puan Ainon Mohamad. Di samping menyentuh mengenai teknik berfikir, sesi "Virtual Book Tour" ini juga membedah permulaan perjalanan tuan Zamri sehingga bergelar penulis & jurulatih penulisan perdana Malaysia pada hari ini. I welcome comments, feedbacks, proposals etc either through PM or email at [email protected]
Jika Tun Mahathir, Tun Razak dan Tunku Abdul Rahman mungkin dianggap antara calon Perdana Menteri terbaik negara, jarang nama Tun Abdullah Badawi dianggap setaraf negarawan tersebut yang lain. Namun, adilkah begitu? Dalam episod kali ini kita meneroka satu buku yang mempunyai cukup bukti untuk menobatkan Pak Lah, PM terbaik negara.
Saya alu-alukan sebarang komen, maklum balas, cadangan dll sama ada melalui PM atau email di [email protected]
Kejadian Prebet Adam mengamuk di pasar Chow Kit kerana adiknya yang dikatakan dibunuh oleh keluarga kerabat merupakan satu kejadian yang meniti di bibir ramai namun tidak dibicarakan secara terbuka. Apakah hitam putih mengenai cerita tersebut? Dalam episod kali ini kita akan berkongsi sebuah buku yang membongkar kisah tersebut tulisan wartawan penyiasat tulisan Syahril A Kadir.
Saya alu-alukan sebarang komen, maklum balas, cadangan dll sama ada melalui PM atau email di [email protected]
Success leave clues. Orang berjaya biasanya mempunyai karakteristik yang tertentu. Dalam episod kali ini, kita akan membedah buku Seven Habits of Highly Successful People tulisan Stephen Covey. Dan alang-alang tu, turut membincangkan buku anak beliau, 7 Tabiat Remaja Yang Berjaya.
Saya alu-alukan sebarang komen, maklum balas, cadangan dll sama ada melalui PM atau email di [email protected]
From the publisher's feed