Hasrizal

Bencana Pendidikan Yang Lemahkan Fikir


Listen Later

Serumit mana pun masalah pendidikan, kita tidak tersesat jalan. Kita tahu pendidikan datang dari mana dan kita perlu membawanya ke mana. Oleh kerana kita tahu Islam menuntut pendidikan itu bentuknya bagaimana, kita tidak teragak-agak untuk terus berkonfrontasi dengan tetapan dalam sistem semasa yang tidak kena. Ia bukan berasaskan pendapat peribadi semata-mata, tetapi asasnya ialah kerana kita tahu bahawa Islam meletakkan pendidikan perlu bentuknya seperti ini.

Ia tidak merujuk kepada pendidikan agama Islam. Tetapi pendidikan secara dasar, untuk semua.
Permulaannya ialah, apabila Allah mengisytiharkan Adam 'alayhi al-salam sebagai khalifah di atas muka bumi ( surah al-Baqarah 2: 30), malaikat pantas menimbulkan pertanyaan:
"Ya Allah, mengapakah Engkau jadikan di atas muka bumi ini khalifahnya adalah makhluk yang berisiko melakukan kerosakan dan menumpahkan darah? Sedangkan kami para malaikat adalah makhluk yang sentiasa bertasbih memuji dan menyucikan-Mu?"
Ayat mudah untuk memahami perkara ini adalah seumpama ada satu tugasan yang kita hendak beri kepada salah seorang pekerja. Calon yang pertama akan buat benar-benar seperti yang kita arah, manakala calon kedua pula mungkin buat dan mungkin tidak buat, malah mungkin akan melakukan kerosakan. Pemikiran mudahnya, sudah tentu kita akan melantik calon yang pertama. Pekerja yang akan buat benar-benar seperti yang disuruh.
Jadi, kalau malaikat itu makhluk yang akan buat seperti disuruh sebagaimana surah At-Tahrim ayat 6 tegaskan, mengapa Allah swt tidak melantik malaikat jadi khalifah?
Allah swt menyatakan bahawa, "Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."
Allah swt tidak menafikan kebimbangan malaikat di awal tadi. Sebaliknya, ada sesuatu tentang Adam dan keturunan-keturunannya yang Allah tahu namun malaikat tidak tahu atau belum tahu.
Apakah ia?
Di dalam ayat yang berikutnya, Allah swt mengajar Adam dan Adam belajar apa yang Allah ajar serta mengembangkannya. Lalu Allah swt memerintahkan malaikat buat sebagaimana yang Adam buat, jika mereka benar seperti yang mereka dakwa. Malaikat tidak boleh melakukannya.
Kata malaikat:
"Maha Suci Engkau ya Allah, sesungguhnya kami tidak ada ilmu kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami sahaja." (al-Baqarah 2: 32)
Malaikat boleh belajar boleh faham, tetapi ilmu dan faham mereka statik. Mereka tidak diberi keupayaan seperti Adam untuk boleh belajar, faham, analisis, sintesis, kembangkan, sebagai keperluan asas keperluan dan kemakmuran hidup di atas muka bumi.
Walaupun Adam 'alayhi al-salam dan keturunannya ada risiko melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, risiko itu boleh diminimumkan jika potensi Adam dipenuhi iaitu mereka belajar.
Belajarnya pula ialah belajar yang mencambahkan, mengembangkan, dan mengukuhkan keupayaan mereka berfikir.
Oleh yang demikian, masalah tidak boleh berfikir ini bukan benda kecil.
Kita memang bingung dengan kemunculan 'KBAT' di dalam sistem pendidikan sekarang ini. Tetapi membuang KBAT pula bukan solusinya. KBAT memang diperlukan. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau High Order Thinking Skills (HOTS) adalah kualiti manusia yang menjadikan manusia itu manusia. Al-Jurjani (meninggal dunia 1078m) mentakrifkan:
الإنسان حيوان ناطق
"Manusia itu adalah hidupan yang rasional / mantiqi"
Apabila manusia tidak boleh berfikir, pelbagai bencana terjadi.
Sesungguhnya negara-negara yang serius berfikir tentang pendidikan tidak melihat sekolah sebagai masa untuk kanak-kanak perlu belajar segala-galanya. Ia perlu menjadi agenda sepanjang hayat, sebagai lifelong learners.
Sekolah sepatutnya menjadi tempat kanak-kanak belajar bagaimana hendak belajar, bagaimana hendak tahu, suka belajar dan suka untuk tahu.
Bukan institusi pembunuh minat belajar dan rasa ingin tahu yang wujud di dalam fitrah setiap bayi yang lahir.

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

HasrizalBy Hasrizal Abdul Jamil


More shows like Hasrizal

View all
The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

200 Listeners