Share Hasrizal
Share to email
Share to Facebook
Share to X
By Hasrizal Abdul Jamil
The podcast currently has 236 episodes available.
Bagaimana kita dapat memastikan pengajaran al-Quran dapat diakses dan inklusif untuk semua pelajar, termasuk mereka yang mempunyai keperluan berbeza? Dalam video ini, kita akan meneroka cara menerapkan prinsip Universal Design for Learning (UDL) untuk mencipta pengalaman pembelajaran al-Quran yang lebih mesra dan responsif kepada kepelbagaian pelajar.
Lebih mengutamakan usaha memenangkan aliran, guru, kelompok, metode, berbanding tanggungjawab mendidik masyarakat.
Mengapa Pendidikan Khas bertukar menjadi Diversity and Inclusion di dalam pengajian saya di TCD kali ini?
Di dalam sepotong hadith, Rasulullah ﷺ pernah bersabda,
«لا تضيموا النظر إلى المجزومين»
«Janganlah kamu memanjangkan renungan kamu kepada pengidap penyakit kusta. »
Ada beberapa riwayat lain yang mempunyai sambungan daripada apa yang telah disebutkan tadi. Rasulullah ﷺ memberitahu kepada kita bahawa penglihatan yang pertama itu bahagian kita, tetapi jangan pula ia dipanjang-panjangkan.
Apa yang dimaksudkan dengan hadis ini ialah ketika mana Rasulullah ﷺ mengingatkan kita agar menjauhkan diri daripada penyakit kusta, pada masa yang sama Rasulullah ﷺ juga menjaga hati dan perasaan pesakit penyakit kusta ini tadi.
Apabila kita merenung pesakit berkenaan, ia mungkin mendatangkan rasa tidak selesa, semakin terasing dan rendah diri dengan penyakit yang ditanggung oleh pesakit berkenaan. Ini menggambarkan bagaimana Rasulullah ﷺ sebagai rahmat kepada sekelian alam, hinggakan perasaan dan apa yang dialami di dalam jiwa pesakit itu pun baginda berikan perhatian dan memperingatkannya kepada umat.
Saya melihat bagaimana hadis ini satu daripada dimensi yang boleh menampakkan bagaimana inklusif dan pengasihnya Rasulullah ﷺ membawa mesej Islam. Islam yang diungkapkan oleh baginda ketika dunia masih gelap daripada konsep inklusif seperti mana yang dibincangkan pada hari ini.
Pengajarannya kepada kita dalam konteks zaman ini:
Kita perlu peka dan berhalus dari segi tingkah laku kita dan kesannya kepada orang sekeliling.
Kadang-kadang cara kita memerhati, cara kita berinteraksi, mendatangkan kemudaratan kepada orang sekeliling kita dalam keadaan mungkin kita tidak sedar. Apatah lagi jika kita mendakwa bahawa rasa hendak tengok atau tidak itu adalah hak kita lantas tidak peduli kepada kesannya terhadap orang lain.
Jika kita berakhlak dengan akhlak yang diajar oleh Nabi Muhammad ﷺ , dunia ini akan menjadi lebih baik.
Maka janganlah kita dalam itibak kita mengikut teladan Nabi ﷺ , kita menghadkan ikutan kita hanya kepada menepatkan soal ibadah kita dengan cara baginda beribadah, ataupun akidah kita dengan akidah yang diajar oleh Nabi ﷺ.Sebaliknya akhlak kita juga mestilah selari bertepatan dengan akhlak Nabi ﷺ. Masyarakat yang remeh-meremehkan satu sama lain, buli-membuli, siapa lebih betul berbanding siapa… tidak ada siapa yang menang dalam situasi sebegini. Masyarakat diheret kepada kerosakan dan kemusnahan.
Semoga ada manfaat daripada peringatan bersama yang saya kongsikan ini.
Wallahu a’lam.
#tazkirah #muhasabah #renungan #peringatan #inklusif #hasrizalabduljamil #ustazhasrizal
Kematian Liam Payne dan Risiko ADHD
Lima usaha telah saya lakukan untuk memperolehi ijazah sarjana dalam tempoh 20 tahun semenjak 2004. Kesemuanya tidak berjaya sampai ke penghujung kerana kegagalan saya menghasilkan sebuah tesis / disertasi. Seorang penulis buku prolifik gagal menghasilkan sebuah tesis, ia menjadi misteri dan kekecewaan yang amat mendalam di dalam diri. Sehinggalah akhirnya saya menerima diagnosis ADHD pada akhir tahun 2021 lalu memulakan intervensi perubatan dan ubah suai kehidupan.
Apabila berlaku perbincangan untuk memansuhkan peperiksaan berpusat seperti UPSR, idea ini mestilah diletakkan di dalam konteks yang betul supaya kita faham apa yang ditiadakan, apa yang diadakan, apakah manfaat yang hendak dicapai dan apakah kemudaratan yang hendak dicegah.
Jika tujuannya adalah untuk meningkatkan motivasi intrinsik di dalam diri para pelajar, ia sebab yang baik.
Pelajar-pelajar boleh belajar sama ada dengan dorongan dalaman atau dorongan luaran. Dorongan luaran mungkin hadiah, gaji, sesuatu yang tidak semestinya negatif, malah banyak yang positif. Cuma, ia bukan datang daripada dalam diri pelajar itu sendiri.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa motivasi luaran ini semakin tidak berkesan dengan bertambahnya umur pelajar. Mereka semakin memerlukan kepada motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik ini bermaksud, tujuan murid-murid belajar datang daripada diri mereka sendiri.
Mereka bercita-cita untuk menjadi A, B, dan C dan mereka melihat bahawa persekolahan boleh membantu mereka mencapai cita-cita itu. Cita-cita mereka itu pula bukanlah sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka, tetapi mereka sendiri yang mahu mencapainya.
Jika motivasi luaran dihapuskan, ia perlu diganti dengan komponen motivasi dalaman agar persekolahan masih ada motivasi.
Malangnya, selepas UPSR dimansuhkan, apa yang terjadi ialah, persekolahan masih terus bergantung kepada faktor luaran (harapan emak ayah, harapan sekolah, harapan PPD, JPN, KPM, nusa dan bangsa, paksaan, penguatkuasaan dan sebagainya.
Akhirnya, apa yang terjadi bukannya mengubah persekolahan daripada motivasi ekstrinsik kepada intrinsik lalu menjadikan PBD itu sesuai.
Ia jadi musibah kerana kita telah mengubah daripada persekolahan yang bergantung kepada motivasi ekstsrinik kepada persekolahan yang tidak ada motif dan pelajar hilang segala motivasi untuk belajar.
Ramuan yang salah itu telah menatijahkan darurat pendidikan.
#pendidikanfatamorgana #ubahsegera
Dek mengabaikan akhlak, janganlah nanti ada yang masuk Neraka ‘kerana Palestin’. Akhlak, tiada kompromi. Allah swt tetap menilai solidariti kita sebagai Muslim sama ada ia menjadi pahala atau dosa.
“Tegakkan agama, dan jangan kamu berpecah belah dalam urusan menegakkan agama itu!” (surah al-Syura ayat 13)
#menuntutilmu #belajar #palestin #bebaspalestin #akhlak #akhlaq #gaza #rafah #solidariti #boikot #bds #bdsmalaysia
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UKJika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan protes pro-Palestin lalu dikenakan tindakan oleh pihak universiti atau pihak berwajib di negara berkenaan, apakah pendirian anda? Adakah anda bersolidariti dengan anak anda dan apakah nasihat yang anda sampaikan sebelum kejadian itu berlaku, ketika kejadian itu berlaku, ataupun selepas terjadinya kejadian berkenaan?
Artikel penuh di blog www.saifulislam.com
#palestin #palestine #bebaspalestin #freepalestine #gaza #rafah
Let’s break down how some political figures quickly dismiss the youth. Did you hear about Hillary Clinton calling American college students protesting for Palestine ignorant of history? That’s quite a statement, especially about these students, supposedly the cream of the cream, from top American universities.
The podcast currently has 236 episodes available.