Hasrizal

Hasrizal

By Hasrizal Abdul JamilSociety & CulturePersonal Journals
Download on the App Store

Hasrizal episodes

  • Akibat Mengabaikan Makna Sebenar NIAT Dalam Amalan

    Khutbah Jumaat hari ini memberi penekanan yang mendalam tentang kepentingan niat dalam setiap amalan, menjelaskan bahawa niat merupakan asas dan tiang utama dalam segala perbuatan dalam Islam. Imam menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa niat yang baik dan ikhlas boleh membawa ganjaran besar daripada Allah walaupun tindakan tersebut belum dilaksanakan sepenuhnya. Dalam kehidupan seharian, umat Islam digalakkan untuk sentiasa melakukan introspeksi dan menilai niat mereka sendiri, memastikan bahawa setiap tindakan dilakukan dengan niat yang suci dan murni. Mereka diingatkan agar tidak terpengaruh dengan pandangan orang lain, sebaliknya harus menjaga hubungan dengan diri sendiri dan Allah dengan penuh kesedaran.

    Istighfar dan taubat, dua amalan penting dalam Islam, memerlukan kesedaran mendalam dan keikhlasan yang tulen. Taubat merupakan satu proses penting yang menuntut penyesalan yang sebenar dan pengampunan daripada Allah. Dengan niat yang betul dalam taubat, seseorang dapat mencegah kemunafikan dan memperolehi ganjaran serta rahmat daripada Allah yang Maha Pengampun.

    Dalam satu hadis, Nabi Muhammad ๏ทบ menegaskan kepentingan niat yang ikhlas dalam setiap amalan. Baginda ๏ทบ menyatakan bahawa terdapat tiga jenis individu yang ditegur oleh Allah kerana niat mereka tidak ikhlas; mereka beramal semata-mata untuk mendapat pujian manusia dan bukan kerana Allah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa keikhlasan dalam niat adalah amat penting dan Allah Maha Mengetahui niat sebenar setiap hamba-Nya. Walaupun seseorang itu mungkin dipandang tinggi sebagai seorang yang pemurah, berilmu, atau mati syahid, jika niatnya tidak ikhlas kerana Allah, maka dia mungkin akan menerima ganjaran yang negatif di akhirat kelak. Oleh itu, menjaga keikhlasan dalam setiap amalan adalah amat penting bagi setiap individu Muslim, supaya setiap perbuatan yang dilakukan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah.

    Artikel penuh ada di https://saifulislam.com/akibat-mengabaikan-urusan-niat-dalam-amalan/

    10 min
  • Perangai Online dan Offline Kita Dalam 'Rumah Ankabut' (Sang Labah-labah)

    Perangai Online dan Offline Dalam Rumah AnkabutKita sering mendengar ungkapan bahawa zaman ini adalah zaman digital, zaman maya, zaman jaringan. Kita bergerak dalam dunia fizikal, tetapi kita juga bernafas, berinteraksi, dan memberi reaksi dalam dunia dalam talian. Ada satu perkara yang saya amati: apabila bersemuka, kita sangat menjaga adab dan kesopanan. Namun dalam ruang digital โ€” mengapa seolah-olah segalanya berubah? Kita yang Bertindak, Kita yang Bertanggungjawab Kita perlu mengakui bahawa komen, ciapan, hantaran, dan segala bentuk komunikasi dalam talian tetap datang daripada manusia. Ada yang ditaip sendiri, ada juga yang dijana oleh teknologi. Namun teknologi itu juga kita yang cipta, kita yang guna, dan kita yang kawal. Hakikatnya, semuanya tetap berbalik kepada kita. Tambahan pula, semakin lama, kehidupan kita dalam talian semakin dominan. Masa yang kita habiskan dalam dunia digital semakin panjang. Aktiviti di ruang ini memberi kesan mendalam kepada siapa kita, bagaimana kita berfikir, dan bagaimana kita memperlakukan orang lain. Dalam diam, kita hidup dalam dua alam โ€” dunia nyata dan dunia maya. Dan dalam dunia maya itu, adab dan batasan seolah-olah terangkat.

    Artikel penuh boleh dibaca di https://saifulislam.com/perangai-online-dan-offline-kita-dalam-rumah-ankabut-sang-labah-labah/

    #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah

    17 min
  • Pengaruh Ibu Bapa atau Persekitaran? Teori Ekologi Bronfenbrenner

    Anak jadi macam ini kerana kegagalan ibu bapa mendidik ke?

    Atau kerana tinggal di negeri Orang Putih?

    Kenapa azan lima kali sehari berkumandang pun, perangai macam orang tak ada didikan agama?

    Dalam era yang serba canggih ini, ibu bapa menghadapi cabaran yang semakin kompleks dalam mendidik anak-anak. Mereka bukan sahaja perlu bertindak sebagai guru pertama, tetapi juga harus memahami pengaruh pelbagai faktor seperti budaya, polisi, amalan masyarakat, dan teknologi, terhadap perkembangan anak. Di sinilah teori ekologi perkembangan kanak-kanak menjadi panduan penting.

    Teori ini, seperti yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner, menekankan pentingnya interaksi dalam Mikrosistem, yang merangkumi hubungan langsung anak dengan ibu bapa. Ini adalah hubungan asas yang membentuk peribadi dan nilai moral mereka. Pada masa yang sama, faktor dalam Eksosistem dan Makrosistem, seperti urusan kerja ibu bapa dan isu-isu komuniti, turut memberi pengaruh tidak langsung tetapi signifikan kepada perkembangan anak.

    Kita juga dapat mengambil inspirasi daripada kisah tokoh-tokoh seperti Nabi Adam, Nuh, dan Ibrahim, alayhi al-salam, serta nasihat bijak daripada Luqman, yang semuanya menekankan pentingnya panduan hidup dan kebijaksanaan dalam mendidik anak-anak. Didikan di rumah menjadi tiang utama dalam membentuk jati diri anak, tetapi ia tidak menjamin anak 'menjadi' seperti yang diharapkan. Faktor yang mempengaruhi anak menuju dewasa sangat rencam.

    Cabaran terbesar ibu bapa zaman kini adalah impak internet dan persekitaran digital. Telefon pintar dan media sosial telah mengubah cara anak-anak berkomunikasi dan memahami dunia. Jika diperkenalkan terlalu awal, ia boleh mengurangkan pengaruh ibu bapa dalam kehidupan anak-anak. Oleh itu, memahami teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner membantu ibu bapa menavigasi persekitaran digital dengan lebih baik.

    Walaupun anak-anak berada di rumah, di dalam mikrosistem milik ibu bapa, wujudnya telefon pintar di tangan anak mengubah secara fundamental, definisi mikrosistem berkenaan. Ibu bapa bersaing dan berisiko kalah, dengan pengaruh dunia luar, lebih awal berbanding era-era sebelum ini. Renungi perkongsian kali ini. Maklum balas dan pertanyaan untuk menambah dalam perbincangan, saya alu-alukan untuk melanjutkan diskusi kita mengenainya.

    ๐Ÿ“Œ

    Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

    #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah

    15 min
  • Gelaja Curi Harta Intelek Video Youtube Che Nom

    Video masakan yang dihasilkan oleh โจ@Che Nomโฉ menjadi rujukan utama bagi tukang masak keluarga saban hari, termasuk saya sendiri. Terutamanya selepas kami sekeluarga berhijrah meninggalkan tanahair.
    Video Che Nom menyediakan panduan dan tip yang sangat berguna, meskipun sesetengah resipi asas telah maklum bagi sesetengah kita.
    Namun, di sebalik populariti dan manfaat yang diberikan oleh video-video ini, terdapat isu serius yang tidak boleh dipandang ringan iaitu kecurian harta intelek. Tindakan tidak bertanggungjawab ini berlaku apabila video beliau diambil tanpa kebenaran dan dimuat naik ke platform lain seperti TikTok dengan tujuan komersial.
    Perbuatan sedemikian jelas sekali adalah satu bentuk kecurian kerana video tersebut merupakan sumber pendapatan utama bagi pemilik asal, iaitu Che Nom sendiri. Perbuatan mencuri adalah jenayah, dosa, dan mendatangkan mudarat serta aniaya. Ia salah di dunia, dan salah di akhirat.
    Oleh itu, adalah amat penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu halal dan haram dalam konteks ini, seiring dengan kepentingan kita memahami soal halal-haram dalam pemakanan. Kesedaran ini perlu disemarakkan agar lebih ramai yang faham implikasi moral dan undang-undang yang terlibat.
    Sensitiviti kita dalam bab ramuan halal haram, mestilah datang daripada cetusan IMAN. Bukan taksub kelompok atau sentimen anti 'orang lain'. Seandainya ia datang daripada iman, sensitiviti halal haram itu juga harus memberi kesan kepada perbuatan mencuri harta intelek orang lain, dan menjana pendapatan pula daripada modal yang bukan milik kita.
    Che Nom menceritakan sendiri, bagaimana beliau mengalami penurunan pendapatan akibat video curi yang disebarkan tanpa izin. Tindakan mencuri hak orang lain ini bukan sahaja merugikan dari segi material, tetapi juga menjejaskan identiti Islam seseorang. Memalukan kita semua.
    Ini menuntut kita semua untuk menilai semula sentimen terhadap apa yang halal dan haram, bukan hanya dalam konteks pemakanan tetapi juga dalam semua aspek kehidupan.
    Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghentikan penyebaran video curi dan memberikan sokongan penuh kepada pembuat kandungan yang memberi ilmu dan manfaat kepada masyarakat.
    #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah

    6 min
  • Pengkhususan Guru Sekolah Rendah dan Menengah di Finland

    Pengkhususan guru sekolah rendah dan sekolah menengah di Finland, serta amalan 'homeroom teacher' di negara berkenaan.

    Artikel blog di https://saifulislam.com/program-pendidikan-guru-sekolah-rendah-dan-menengah-di-finland/

    #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana

    5 min
  • Ulasan Drama ADOLESCENSE di Netflix: Memahami Isu 'The Boy Crisis'

    ๐——๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—ฑ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฐ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐˜๐—ณ๐—น๐—ถ๐˜…: ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ โ€˜๐—ง๐—ต๐—ฒ ๐—•๐—ผ๐˜† ๐—–๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐˜€โ€™
    Adolescence bukan sekadar drama, tetapi refleksi mendalam terhadap realiti sosial hari ini. Saya menggalakkan penonton untuk menontonnya dengan minda terbuka dan kesedaran tentang isu-isu yang diketengahkan. Drama ini memberi peringatan bahawa cabaran remaja hari ini tidak boleh dipandang ringan. Jika kita gagal memahami mereka, akibatnya boleh menjadi lebih serius daripada yang kita sangka.




    #saifulislamdotcomย #ustazhasrizalย #hasrizaljamilย #HasrizalAbdulJamilย #hasrizalย #pendidikanjalanislah

    17 min
  • Hati-hati Berbincang Bandar Mana Puasa Paling Panjang

    ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—ธ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—บ: ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต-๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ป?

    Pada tahun ini, perbincangan mengenai lokasi umat Islam yang akan berpuasa paling panjang di dunia sepatutnya tidak timbul kerana bulan Ramadan jatuh pada bulan Mac. Ini menyebabkan mereka yang berada di hemisfera utara dan selatan tidak lagi mengalami situasi ekstrim seperti berpuasa terlalu pendek pada musim sejuk atau terlalu panjang pada musim panas. Namun, perbincangan ini masih berterusan dan tersebar luas. Isu ini menarik minat ramai, terutamanya bagi mereka yang tidak mengalaminya tetapi ingin mengetahui lebih lanjut.

    Apa yang menjadi kebimbangan adalah perbincangan ini sering membawa kepada kefahaman yang tidak selari dengan semangat syariat Islam dan hukum fiqh.

    Terdapat kecenderungan di dalam masyarakat kita untuk menganggap bahawa memilih kemudahan dalam beragama bermaksud seseorang itu kurang berpegang kepada Islam. Malah terlanjur pula melabel sebagai bersikap liberal. Sebagai contoh, dalam isu musafir yang melakukan perjalanan untuk tujuan maksiat, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai kebolehan mereka untuk menjamak dan mengqasarkan solat. Sebahagian ulama berpendapat bahawa syarat musafir tidak bergantung kepada tujuan perjalanan tetapi hanya kepada hakikat perjalanan itu sendiri. Pendapat ini bukan datang daripada ulama yang ingin mempermudah-mudahkan agama, jauh sekali โ€˜ulama liberal!

    Tetapi ia berdasarkan prinsip fiqh bahawa hukum yang bersumber daripada nas umum tidak boleh dikhususkan kecuali ada dalil lain yang mengkhususkannya.

    ๐—–๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—ธ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—บ

    Dalam konteks puasa di bulan Ramadan, khususnya di kawasan yang mengalami siang yang sangat panjang, terdapat pelbagai fatwa yang dikeluarkan.

    Sebahagian ulama berpandangan bahawa waktu puasa harus tetap bermula dari fajar hingga terbenam matahari, walaupun tempohnya mencapai 23 jam. Namun, realitinya, mereka yang berpuasa dalam tempoh yang panjang ini menghadapi kesulitan yang besar, terutamanya golongan yang kurang berdaya seperti wanita, orang tua, dan kanak-kanak. Malah, terdapat kes di mana anak-anak mengalami kemudaratan sehingga menimbulkan isu di sekolah dan media.

    Itu antara senario yang saya sekeluarga sendiri alami selama kami bermastautin di Oulu Finland, antara tahun 2016 hingga 2020.

    Sebaliknya, beberapa ulama kontemporari telah memberikan pandangan yang lebih sesuai dengan situasi di kawasan ekstrim ini. Antaranya ialah Prof. Muhammad Hamidullah, yang berpandangan bahawa bagi mereka yang berada di kawasan 45 darjah utara atau lebih, mereka boleh berpuasa mengikut waktu Mekah atau bandar Islam yang berdekatan dengan tempoh puasa yang lebih munasabah. Satu lagi pandangan adalah untuk menetapkan tempoh maksimum puasa kepada 16 jam. Pandangan lain yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Jasir Audah pula menetapkan bahawa bagi kawasan yang berada lebih daripada 48 darjah utara, di mana malam tidak mengalami kegelapan sempurna, tempoh puasa maksimum sepatutnya tidak melebihi 18 jam.

    Terdapat juga ulama yang berpegang kepada pandangan bahawa sekiranya puasa menjadi terlalu berat, maka umat Islam boleh mengambil rukhsah (keringanan) dengan berbuka dan menggantikannya di luar bulan Ramadan. Namun, pandangan ini tidak terpakai bagi mereka yang menetap secara tetap di kawasan ekstrim ini.

    ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป

    Nilai sesuatu amalan di sisi Allah SWT bergantung kepada keikhlasan dan ketakwaan, bukan kepada tahap kesukarannya. Islam tidak mengukur kehebatan ibadah melalui kepayahan, tetapi melalui kemampuannya untuk meningkatkan iman. Dengan memahami prinsip ini, kita dapat mengamalkan Islam dengan lebih lestari dan sesuai dengan fitrah manusia.

    Artikel penuh di https://saifulislam.com/berpuasa-panjang-di-kawasan-ekstrim-kemudahan-atau-memudah-mudahkan


    14 min
  • Melihat Anak Murid Sebagai Bakal Ibu Bapa

    Petikan Kuliah Maghrib terakhir di Surau al-Nur Bandar Baru Bangi pada 28 Julai 2016. Kuliah penuh ada di https://www.youtube.com/watch?v=Rvztka_ewlE๐Ÿ“ŒTerima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.Patreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.hasrizal.comRevolut: https://revolut.me/hasrizal

    8 min
  • Tidak Puasa Kerana ADHD?

    Selepas seminggu di bulan Ramadan, saya masih menyesuaikan diri dengan strategi untuk berfungsi dengan baik. Ramadan sebelum ini membawa cabaran baharu selepas menerima diagnosis ADHD dan mengambil stimulan. Tahun ini, dengan Subuh sekitar 5:15 pagi, saya mengambil stimulan pelepasan berpanjangan ketika sahur, yang bertahan 8-10 jam. Cabaran utama ialah kesukaran tidur selepas Subuh dan kesan stimulan hilang sekitar pukul 3 petang, menjadikan tugasan akademik lebih sukar.

    Seperti cermin mata bagi rabun, stimulan membantu saya fokus, tetapi apabila kesannya hilang, tumpuan merosot. Menjelang petang, saya menghadapi kesukaran membaca dan menulis serta kemalangan kecil semasa menyediakan juadah berbuka. Untuk mengatasinya, saya mencuba stimulan pelepasan segera ketika berbuka, yang bertahan 4 jam, tetapi ia menyukarkan tidur malam.

    Dengan tidur hanya 3-4 jam setiap malam, kurang tidur memberi kesan besar terhadap fungsi kognitif. Ramai individu ADHD menghadapi cabaran ini.

    Saya tidak menghukum mereka yang memilih untuk tidak berpuasa kerana ADHD. Cumanya, ADHD bukan penyakit. Ia kondisi sepanjang hayat. Jika puasa membawa kemudaratan besar, ia boleh difahami. Justeru kita harus mencari strategi mengatasinya.Kita perlu terus berusaha, membaca kajian terkini, dan meneroka strategi berkesan kerana kesan ADHD berbeza bagi setiap individu. Tidak harus untuk kita meninggalkan ibadah puasa dengan ADHD yang tidak diurus kerana kita tetap mukallaf dan ibadah puasa itu wajib diusahakan sedaya upaya. Insya-Allah ada jalannya.

    Mudah-mudahan Allah mengurniakan kesejahteraan dan kekuatan kepada kita untuk meneruskan ibadah Ramadan. Kesabaran individu ADHD bukan sekadar kesabaran biasa tetapi dipandang oleh Allah dan dijanjikan oleh Nabi ๏ทบ dengan ganjaran syurga.

    ARTIKEL PENUH DI:

    https://saifulislam.com/tidak-berpuasa-kerana-adhd/

    #saifulislamdotcomโ  โ #ustazhasrizalโ  โ #hasrizaljamilโ  โ #HasrizalAbdulJamilโ  โ #hasrizalโ  โ #pendidikanjalanislahโ  โ #adhdmalaysiaโ  โ #adhddewasaโ 

    6 min

About Hasrizal

From the publisher's feed

PODCAST.HASRIZAL.COM

More shows like Hasrizal

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

195 Listeners