Hasrizal

Hasrizal

By Hasrizal Abdul JamilSociety & CulturePersonal Journals
Download on the App Store

Hasrizal episodes

  • Pendidikan Bebas Politik: Meninjau Semula Laporan JKDPN 2018/2019

    ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž: ๐— ๐—˜๐—ก๐—œ๐—ก๐—๐—”๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—๐—ž๐——๐—ฃ๐—ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ–/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ—

    Bismillah.

    Lanjutan Dialog Minda minggu lalu bersama Dr Anuar Ahmad dan Dr M Tazli Azizan, saya tinjau semula laporan JKDPN dan saya kongsikan di sini serba sedikit maklumat daripada laporan berkenaan mengenai mekanisme pelaksanaan transformasi pendidikan kita. Khususnya berkaitan pendidikan BEBAS POLITIK.

    Mungkin banyak cadangan di dalam laporan berkenaan sudah 'outdated'. Isi utama yang ingin diketengahkan ialah, kita ingin tahu bagaimanakah jentera sistem pendidikan kita di daerah, negeri dan pusat, melakukan perubahan untuk menjayakan Kurikulum Persekolahan 2027 itu nanti.

    Laporan JKDPN menyebut:

    JKDPN mengesyorkan:

    ๐—ฎ) ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ฎ๐—ด๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, ๐˜€๐˜„๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฎ, ๐—ก๐—š๐—ข ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚, ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป, ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต, ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป;

    i. Unit bebas ini bekerjasama secara terus dengan kementerian lain dalam hal berkaitan pendidikan seperti agama, perpaduan, vokasional, komunikasi, adat-resam;

    ii. iii. Unit bebas ini melapor terus kepada Perdana Menteri;Unit bebas ini diketuai oleh seorang yang bertaraf Menteri (yang bukan lantikan politik) dan pasukannya terdiri daripada mereka yang berkemahiran tinggi dalam pengurusan program dari kalangan sektor awam dan swasta;

    iv. Unit bebas ini melaksanakan strategi libat urus dan komunikasi berkesan dengan pihak berkepentingan dalam pendidikan;

    v. Peruntukan bajet khusus (dedicated budget) yang dijamin mengikut jangka masa transformasi pendidikan kepada unit bebas ini;

    ๐—ฏ) ๐—ฐ) ๐—ง๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป;

    Pelaksanaan cadangan dasar secara berperingkat terutamanya bagi cadangan yang melibatkan perubahan di sekolah; bermula dari peringkat prasekolah dan mengikut perkembangan kohort tersebut; dan

    d) Sistem pendidikan menjalani penanda aras terbuka dan telus bagi membandingkan prestasi pendidikan dengan negara-negara lain (misalnya TIMSS dan PISA).

    ๐—๐˜‚๐˜€๐˜๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ

    1. Memastikan hasrat transformasi pendidikan berjaya dicapai.

    2. Membolehkan golongan pendidik untuk bersedia ke arah transformasi pendidikan

    3. Elakkan gangguan dalam proses pendidikan yang sedia ada dan pelajar.

    4. Berikan masa bagi pemimpin pendidik dan pendidikan untuk merancang dan bersedia untuk perubahan.

    5. Memberi masa untuk ibu bapa menyesuaikan diri dengan sistem baru.

    6. Menarik bakat terbaik kembali ke pendidikan.

    ๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Prasekolah hingga Lepasan Menengah) 2013 โ€“ 2025 Bab Pelaksanaan & Pelan Tindakan

    Berbincanglah baik-baik. Terutamanya di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini.

    #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana

    9 min
  • Angkuh dan Tiada Malu President AS: Bencana ke Atas Diri dan Dunia

    Memerhatikan gelagat Presiden Donald Trump semenjak berada di Oval Office mengingatkan saya kepada dua hadis Nabi ๏ทบ untuk kita renungkan demi manfaat kita sendiri. Hadis pertama terdapat dalam Sahih Muslim, di mana Rasulullah ๏ทบ bersabda:

    โ€œTidak masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya ada walaupun sebesar zarah sifat sombong, takabur.โ€

    Hadis kedua pula diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari:

    Kata Nabi ๏ทบ, โ€œAntara perkara yang maklum diketahui oleh sekalian manusia daripada pesanan kenabian yang terdahulu ialah jika sudah tidak ada rasa malu, buatlah apa sahaja yang diinginkan.โ€

    Betapa dahsyatnya implikasi sifat sombong. Baginda ๏ทบ menjelaskan bahawa sifat ini merangkumi sikap memandang rendah kepada manusia serta meremehkan kebenaran. Selain itu, sifat malu berperanan menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Jika sifat malu telah hilang, tiada lagi kawalan dalam diri untuk mengelakkan perbuatan yang terang-terangan mengaibkan.

    Presiden Donald Trump sering dikaitkan dengan kejahilannya, seperti tidak memahami fungsi tarif dalam ekonomi negaranya dan gagal membezakan antara โ€œasylumโ€ yang merujuk kepada pemohon suaka dengan โ€œasylumโ€ sebagai tempat kurungan bagi mereka yang menghadapi masalah mental. Kebodohan ini pernah saya sentuh dalam video terdahulu, mengingatkan kita kepada filemย Idiocracy, yang menggambarkan bagaimana selebriti dan duta produk menjadi ahli politik lalu menghancurkan Amerika Syarikat pada masa hadapan.

    Trump secara terang-terangan berbohong mengenai bantuan Eropah kepada Ukraine. Kali pertama, kenyataannya dibetulkan oleh Presiden Perancis secara berhadapan, dan kali kedua oleh Perdana Menteri United Kingdom yang terbaharu. Namun, apabila Presiden Perancis menjelaskan bahawa bantuan tersebut bukan pinjaman tetapi pemberian, wajah Trump jelas menunjukkan sikap meremehkan fakta sebenar, seolah-olah berkata โ€œwhateverโ€ atau โ€œlantaklahโ€ย di hadapan dunia.

    Tidak ada langsung rasa malu.ย 

    Kita serahkan kepada rakyat Amerika Syarikat untuk menguruskan sendiri kesan daripada kepimpinan Trump.

    Cuma, keadaan ini seharusnya menjadi pengajaran penting kepada kita. Dua sifat ini โ€“ sombong dan ketiadaan rasa malu โ€“ bukan hanya membahayakan individu, tetapi juga boleh menghancurkan sebuah negara dan memberi kesan kepada dunia sekitarnya.ย 

    Ia bukan penyakit eksklusif orang politik.

    Kita juga boleh ada penyakit berbahaya ini.

    Kita perlu bermuhasabah, adakah kita juga memiliki sifat sebegini? Apabila ditegur, adakah kita meremehkan teguran dan memandang rendah orang lain? Apakah kesombongan dalam diri kita begitu besar sehingga kita tidak lagi merasa malu melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal?

    Periksalah interaksi seharian kita di dalam hubungan suami isteri, di dalam keluarga, di tempat kerja, malah di media sosial.

    BOSNIA DAN HERZEGOVINA

    Kebimbangan besar saya tentang perkembangan politik di Amerika Syarikat pada ketika ini adalah kestabilan politik di Bosnia dan Herzegovina. Amerika Syarikat merosakkan kerjasama NATO dan seterusnya mengukuhkan pengaruh Rusia di Republik Srpska, sebuah wilayah dalam Bosnia dan Herzegovina. Serbia dan sekutunya semakin bersemangat untuk mendesak agar Republik Srpska dikeluarkan daripada Bosnia dan Herzegovina, yang berisiko mencetuskan semula pertumpahan darah di rantau tersebut.

    Inilah yang diingatkan oleh Nabi ๏ทบ.ย 

    Sifat sombong, walaupun sebesar zarah, boleh menghalang seseorang daripada masuk Syurga. Jadi perosak yang bukan sebarang perosak.

    Apabila sifat malu hilang, tiada apa yang dapat menghalang seseorang daripada melakukan keburukan. Terang-terangan, terbuka dan penuh bangga. Malah mengumpul penyokong untuk sama-sama rebah merebahkan.

    Menjelang bulan Ramadan ini, berdoalah agar keadaan ini tidak berlarutan, dan kita yang berada jauh mengambil teladan serta berusaha melakukan islah ke atas diri masing-masing.ย 

    Wallahu aโ€™lam.

    https://saifulislam.com/bencana-angkuh-dan-tiada-malu-kepada-diri-dan-dunia/


    6 min
  • Memahami Punca Kertas Sejarah Kosong

    Memang cakap senang, buatnya payah.
    Jika ia mudah, kita tidak akan berpegang bahawa pendidikan adalah jalan islah.
    Kita perlu sama-sama berganding bahu mencari dan membina solusinya.
    https://saifulislam.com/memahami-punca-kertas-sejarah-kosong/
    #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah

    12 min
  • Mensesiakan Idea Pendidikan Akibat Tidak Mengubah Kepercayaan: Dilema Ontologi

    ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐——๐—˜๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—•๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก: ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—” ๐—ข๐—ก๐—ง๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ
    Sistem pendidikan perlu dinilai semula berdasarkan kepercayaan asas terhadap peranan guru dan murid. Pendekatan top-down masih mendominasi, mengabaikan keperluan pemegang taruh. Walaupun konsep pendidikan berpaksikan murid diperkenalkan sejak KBSR dan KBSM, realiti di bilik darjah masih berpusat kepada guru. Tradisi ini membentuk murid pasif yang bergantung pada penyampaian guru dan buku teks tanpa analisis kritis.
    Era digital mengubah akses maklumat, namun tanpa kemahiran menilai, murid mudah terperangkap dalam propaganda. Pendidikan moden harus memastikan murid bukan sekadar mengumpul maklumat tetapi memahami dan menggunakannya secara bijak. Guru bukan lagi penyampai ilmu semata-mata, tetapi fasilitator yang membimbing pemikiran kritis dan analisis maklumat. Jika sistem gagal menyesuaikan diri, kita akan melahirkan generasi yang keliru dan yakin dengan kejahilan mereka.
    Dahulu, murid bergantung sepenuhnya kepada guru dan buku teks. Pendidikan berorientasikan fakta dan hafalan menjadikan murid pasif. Mereka yang bosan gagal melihat relevansi pembelajaran. Kini, teknologi membanjiri murid dengan maklumat, tetapi tanpa bimbingan, mereka terperangkap dalam bias dan ideologi tersembunyi.
    Pendidikan moden harus menanamkan kemahiran menilai maklumat bagi mengelakkan wabak Dunning-Kruger, di mana individu keliru tetapi yakin mereka tahu banyak. Internet hanya memberi maklumat yang dikehendaki, memperkuat ekokamar dan bias. Algoritma media sosial memburukkan keadaan, menjadikan realiti murid semakin cacamarba. Guru harus berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid memahami dan menilai ilmu secara mendalam.
    Kebergantungan mutlak kepada buku teks mencerminkan essentialism, membatasi eksplorasi dan pemikiran kritis. Pendidikan harus lebih aktif, mengundang rasa ingin tahu dan relevan dengan dunia sebenar. Pembelajaran aktif bukan sekadar gamifikasi tetapi melibatkan murid secara intelektual dan emosi. Pendidikan Finland dan Jepun membuktikan keberkesanan pendekatan ini tanpa bergantung pada suasana bilik darjah yang bising atau senyap.
    Mengubah sistem pendidikan memerlukan perubahan kepercayaan asas. Ontologi mempengaruhi epistemologi dan metodologi, menentukan bagaimana ilmu diperoleh dan disahkan. Budaya โ€œhigh power distanceโ€ menyekat inovasi dan mengekalkan status quo. Tanpa perubahan kepercayaan, reformasi pendidikan hanya akan menjadi retorik.
    Murid tidak mempunyai masa untuk menunggu kitaran perubahan dasar. Islam sebagai agama yang bermula dengan seruan โ€œIqraโ€™โ€ menuntut pendidikan yang dinamik dan bermakna. Amanah ini harus dijawab di hadapan Allah ๏ทป.
    https://saifulislam.com/mensesiakan-idea-pendidikan-akibat-tidak-mengubah-kepercayaan-dilema-ontologi/
    ๐Ÿ“Œ
    #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah

    10 min
  • Ubah Percaya Baru Ubah Kata Dalam Sistem Pendidikan Kita

    Apa jua perubahan dalam sistem pendidikan, ia bermula dengan berubahnya kepercayaan kita. Antologi dan epistemologi menentukan metodologi.Pendidikan INKLUSIF hanya benar-benar menjadi inklusif jika kita benar-benar percaya bahawa pendidikan adalah HAK ASASI MANUSIA. Sama baik, sama adil, sama manfaat untuk semua.Jika perubahan kepercayaan tidak berlaku, kita akan hanya fasih mengolah kata, jargon, slogan, dan jenama. Hakikatnya masih kekal sama. Sukar untuk berlaku adil pada usaha memperkasa semua sekolah, agak semua sekolah boleh saksama pada menyokong perkembangan setiap murid.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana


    ๐Ÿ“ŒTerima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

    6 min
  • Nilai Kata-kata di Sini dan di Sana

    Masyarakat kita sering dan mudah terperangkap dalam debat memartabatkan bahasa kebangsaan berbanding bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain masyarakat Malaysia. Pada masa yang sama, kita perlu lebih bimbang dengan merosotkan budi pekerti dalam apa jua bahasa yang masyarakat hari ini guna, baik yang muda, mahu pun yang tua.Kita boleh berkomunikasi, berdakwah, mengajar dan belajar di dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab, Mandarin atau Tamil. Kita juga boleh mencarut, memaki hamun, memfitnah, sakit menyakit, menggunakan bahasa kebangsaan, bahasa ibunda masing-masing, bahasa penjajah, malah bahasa Arab Mekah atau Madinah.Akal budi kita perlu melangkaui soal bahasa apa.Ia perlu mencermati baik dan buruk, pahala dan dosa, manfaat dan mudarat, dalam semua bahasa yang dipilih untuk dituturkan hari ini.https://saifulislam.com/nilai-kata-kata-di-sini-dan-di-sana/

    3 min
  • Akademik atau Akhlak? Merekabentuk Pendidikan Karakter

    โ€œKalau banyak A sekalipun, tetapi kalau akhlak ke laut, tidak ada maknanya. Sebab itu, kita utamakan akhlak!โ€

    โ€œAkhlaklah yang paling penting! Sebelum segalanya.โ€
    Kata-kata sebegini biasa kita dengar dalam perhimpunan pagi di sekolah.
    Ia diucapkan oleh pengetua, guru besar, guru disiplin, serta guru bertugas.
    Akhlak baik, semua orang suka.
    Akhlak buruk, semua orang luka.
    Tiada siapa akan membantah, jika keutamaan akhlak, kita ucapkan.
    Namun, persoalan yang ingin kita timbulkan, walaupun lisan kita mengatakan bahawa akhlak adalah paling utama, apakah agenda yang mendominasi aktiviti di sekolah dan apakah yang sebenarnya kita lihat sebagai pencapaian di sebuah sekolah? Jika akhlak pelajar yang kurang baik menjadi lebih baik, namun pada masa yang sama, perkembangan akademik pelajar itu tidak begitu memberangsangkan, masihkah kita menganggap telah berlaku peningkatan yang tulen dan perlu dihargai?
    Atau adakah kita masih bergantung kepada pencapaian akademik, terutamanya apabila pencapaian akademik menjadi KPI pelbagai pihak dalam kelas, sekolah, daerah, negeri, mahupun di sebuah negara?
    Saya berbesar hati apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat perancangan untuk melaksanakan pendidikan karakter. Ia adalah niat yang harus disambut dengan baik. Walau bagaimanapun, kita perlu realistik dalam menilai kesungguhan dan kebarangkalian untuk ia benar-benar dijayakan di sekolah.
    Pendidikan karakter bukan slogan.
    Ia juga bukan projek jangka pendek. Jauh sekali sekadar trend.
    Pendidikan karakter mempunyai komponen, pedagogi khusus, dan kaedah tertentu untuk menjayakannya.
    Di sekolah kecil kami, Khalifah Model School Primary (KMS) dan Khalifah Model School Secondary (KMSS), walaupun istilah pendidikan karakter baru sahaja digunakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, agenda untuk membentuk karakter cemerlang telah bermula sejak awal penubuhan sekolah, lebih sedekad yang lalu. Slogan โ€œshaping excellent characterโ€ bukan hanya slogan sekolah, tetapi ia dilaksanakan secara sistematik dalam seluruh aktiviti sekolah, sama ada dalam subjek-subjek yang diajar, dalam aktiviti-aktiviti di sekolah, mahupun dalam program keibubapaan. Agenda membentuk karakter perlu bersinergi antara usaha yang dilakukan di sekolah dengan apa yang diusahakan di rumah.
    If pupils are to make sense of, learn about, and act in accordance with the mission of the school, the school needs to provide educational experiences in and out of the classroom that equip students with the language, knowledge, understanding, skills and attributes that enable character development.
    Maksudnya:
    Jika pelajar ingin memahami, mempelajari, dan bertindak selaras dengan misi sekolah, sekolah perlu menyediakan pengalaman pendidikan di dalam dan di luar bilik darjah yang melengkapkan pelajar dengan bahasa, pengetahuan, pemahaman, kemahiran, dan atribut yang membolehkan pembangunan karakter.
    (Watts, Paul; Fullard, Michael; Peterson, Andrew. Ebook: Understanding Character Education and Personal Development: Approaches, Issues and Applications (p. 118). McGraw-Hill Education. Kindle Edition.)
    Dalam perkongsian kali ini, kita akan melihat sedikit berkenaan dengan pendidikan karakter, bagaimana ia boleh dilaksanakan dalam bilik darjah dan juga di luar bilik darjah.
    Baca artikel penuh di https://saifulislam.com/akademik-lawan-akhlak-merekabentuk-pendidikan-karakter/

    49 min
  • Kembar Kebenaran Adalah Keseimbangan | Sarjana di TCD - Episod 5 (Tadabbur Surah al-Syura Ayat 17)

    ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก | ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—๐—”๐—ก๐—” ๐——๐—œ ๐—ง๐—–๐—— ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— - ๐Ÿฑ (๐—ง๐—”๐——๐—”๐—•๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ-๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿญ๐Ÿณ)

    Saya Muslim.
    Anda yang Muslim juga harus kekal menyemak semua perkara sebelum subscribe atau unsubscribe.
    Sekularisme pernah muncul dalam bentuk memisahkan sains daripada agama, tetapi ia juga boleh berlaku secara terbalik, iaitu mengambil agama dengan menolak sains.
    Jika suatu ketika dahulu, orang beragama mengkritik golongan artis dan seni kerana melakukan hal yang menyalahi agama kemudian beralasan nawaitu mereka baik. Mereka menegaskan bahawa, โ€œMatlamat tidak menghalalkan cara,โ€ merujuk kepada kata-kata Machiavelli.
    Kini, kita menyaksikan pula berleluasanya golongan yang mengamalkan perkara-perkara yang menepati kehendak agama secara zahir, tetapi terpesong nawaitu. Mereka menampilkan keperibadian dan hujah agama yang kelihatan betul pada zahirnya, sedangkan niatnya bermotifkan kezaliman atau memerangkap orang lain.
    Sekali lagi kita melihat kitaran yang sama.
    Tiada siapa yang hanya kerana membuat satu pilihan, terjamin daripada muslihat nafsu dan belitan syaitan.
    Akhirnya, kita perlu menginsafi hakikat diri kita sebagai hamba-Nya yang lemah.
    Kelemahan ini termasuklah ketidakmampuan menjaga keseimbangan dalam membuat pilihan dan menentukan pendirian, melainkan kita sentiasa bertakwa dan berpegang kepada kebenaran serta al-mizan (imbangan).
    โ€œAllah itu adalah yang Menurunkan al-Kitab (al-Quran) dengan kebenaran dan keseimbangan. Kamu tidak tahu barangkali Kiamat itu sudah dekat.โ€ (Al-Shura 42:17)
    Jika tidak, Allah SWT memberi peringatan bahawa barangkali kiamat itu sudah dekat tatkala manusia semakin hilang kawalan dan gagal menjaga keseimbangan dalam membuat keputusan dan menjalani kehidupan.
    Sentiasanya check and balance sepanjang hayat, setiap saat, hingga ke nafas yang terakhir.
    Kita semua ingin dan belum tentu mati di dalam husn al-khatimah.
    Amin.
    Hasrizal
    Naas, Ireland

    https://saifulislam.com/2025/01/kembar-kebenaran-adalah-keseimbangan-tadabbur-surah-al-syura-ayat-17/


    #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah

    20 min
  • Kerajaan dan Sekolah: Dari Era Laissez Faire ke Sentralisasi

    Sebelum kemerdekaan, pendidikan di Malaysia berjalan dalam keadaan yang boleh disifatkan sebagai polisi laissez-faire 1. Pihak berwajib, iaitu kerajaan Inggeris pada masa itu, tidak campur tangan dalam urusan pendidikan. Institusi-institusi pendidikan seperti sekolah gereja dan sekolah pondok wujud dan berfungsi secara bebas. Namun, selepas kemerdekaan, pendidikan dilihat sebagai alat penting untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum, agama, dan latar belakang. Justeru, usaha besar-besaran untuk memusatkan pendidikan dilaksanakan dengan harapan dapat membina sebuah identiti nasional yang kukuh.Usaha pemusatan ini diteruskan sehingga kini. Kajiselidik Antarabangsa OECD mengenai Pengajaran dan Pembelajaran (TALIS) melibatkan 23 negara mendapati autonomi sekolah di Malaysia adalah antara yang terendah berbanding negara maju dan membangun (World Bank, 2013). Kajian Eunice Heredia-Ortiz pada tahun 2007 pula menyebut Malaysia sebagai salah satu daripada tiga negara dengan sistem pendidikan paling berpusat di dunia, bersama Uruguay dan Turkiye 2. Walaupun pemusatan ini ada manfaatnya, terutamanya di peringkat awal pembentukan negara bersama agenda solidariti sosial, ia kemudian membawa cabaran besar, terutamanya apabila keperluan masyarakat semakin kompleks dan rencam.Baca artikel penuh di https://saifulislam.com/2024/12/kerajaan-dan-sekolah-dari-era-laissez-faire-ke-sentralisasi/Bersama menyokong usaha advokasi saya di https://gofundme.hasrizal.com๐Ÿ“Œ

    Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
    Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
    Paypal: https://paypal.hasrizal.com
    Revolut: https://revolut.me/hasrizal

    10 min
  • Perjalanan Menjadi Seorang Pendidik

    Perjalanan Menjadi Seorang Pendidik. Petikan program REDUP 2 anjuran Komuniti @gurumandiri baru-baru ini dengan tajuk "Pendidikan Melangkaui Peperiksaan". Video penuh, artikel, slaid, boleh ditinjau di blog www.saifulislam.com
    #pendidikanjalanislah #pendidikan#pendidikanfatamorgana #ubahsegera#hasrizalabduljamil #hasrizal#ustazhasrizal

    17 min

About Hasrizal

From the publisher's feed

PODCAST.HASRIZAL.COM

More shows like Hasrizal

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

195 Listeners