Hasrizal

Hasrizal

By Hasrizal Abdul JamilSociety & CulturePersonal Journals
Download on the App Store

Hasrizal episodes

  • Pendidikan Melangkaui Peperiksaan | Redup 2

    Rakaman program Redup Siri 2 oleh Komuniti Guru Mandiri. Kali ini dengan tajuk Education Beyond Exams atau Pendidikan Melangkaui Peperiksaan.

    Artikel penuh mengenai isi program ini boleh dibaca di https://saifulislam.com/2024/12/pendidikan-melangkaui-peperiksaan/
    Slaid nota dan bahagian soal jawab lama dan baharu yang ingin sahabat kemukakan, boleh dilawat di https://redup2024.hasrizal.com
    Ingin bersama menyokong advokasi saya, layari https://gofundme.hasrizal.com
    Terima kasih.

    1 hr 36 min
  • Betul ke Anak Syurga?

    BETUL KE ANAK SYURGA?


    ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ุฃูู…ูู‘ ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ุฏูุนููŠูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฅูู„ูŽู‰ ุฌูŽู†ูŽุงุฒูŽุฉู ุตูŽุจููŠูู‘ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑู ููŽู‚ูู„ู’ุชู ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุทููˆุจูŽู‰ ู„ูู‡ูŽุฐูŽุง ุนูุตู’ูููˆุฑูŒ ู…ูู†ู’ ุนูŽุตูŽุงูููŠุฑู ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุนู’ู…ูŽู„ู ุงู„ุณูู‘ูˆุกูŽ ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูุฏู’ุฑููƒู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ โ€ "โ€ ุฃูŽูˆูŽุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽ ูŠูŽุง ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉู ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ู„ูู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ุฃูŽู‡ู’ู„ุงู‹ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽู‡ูู…ู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽู‡ูู…ู’ ูููŠ ุฃูŽุตู’ู„ุงูŽุจู ุขุจูŽุงุฆูู‡ูู…ู’ ูˆูŽุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ู„ูู„ู†ูŽู‘ุงุฑู ุฃูŽู‡ู’ู„ุงู‹ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽู‡ูู…ู’ ู„ูŽู‡ูŽุง ูˆูŽู‡ูู…ู’ ูููŠ ุฃูŽุตู’ู„ุงูŽุจู ุขุจูŽุงุฆูู‡ูู…ู’ โ€"โ€


    Aishah Umm al-Mu'minin r.a. menceritakan bahawa Rasulullah ๏ทบ telah dijemput menghadiri jenazah bayi seorang Ansar.

    Lalu aku telah berkata, "wahai Rasulullah, beruntunglah bayi ini kerana dia adalah burung daripada burung-burung di Syurga, tidak pernah melakukan kejahatan malah tidak sempat mengenal kejahatan itu sendiri."

    Lalu Rasulullah ๏ทบ menjawab, "bagaimana kalau ia tidak seperti yang engkau katakan, wahai Aishah? Sesungguhnya Allah telah mencipta untuk Syurga itu penghuninya, menetapkannya semenjak di dalam sulbi bapa-bapa mereka lagi. Dan Allah juga telah mencipta untuk Neraka penghuninya, menetapkannya semenjak di dalam sulbi bapa-bapa mereka lagi!"


    (Hadith riwayat Muslim: 2662)

    2 min
  • Mazhab Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat

    Kenapa kita sering berbeza pendapat tentang pendidikan? Perbezaan ini boleh dijelaskan melalui tiga mazhab sosiologi pendidikan: Functionalism, Conflict Theory, dan Symbolic Interactionism.

    Functionalism melihat pendidikan sebagai alat yang menyatukan masyarakat. Sekolah dianggap tempat untuk menyediakan murid menjadi individu yang berfungsi dalam masyarakat, dengan memberikan peluang sama rata kepada semua. Namun, pandangan ini sering mengabaikan realiti ketidaksamaan yang wujud.

    Berbeza dengan itu, Conflict Theory menegaskan bahawa sistem pendidikan sering kali memihak kepada golongan elit. Pendidikan dilihat sebagai alat untuk mengekalkan kuasa dan ketidaksamaan, di mana murid dari keluarga miskin atau latar belakang terpinggir berhadapan dengan cabaran sistemik. Perspektif ini memberi tumpuan kepada masalah seperti akses yang tidak sama rata dan dominasi budaya golongan tertentu ke atas yang lain.

    Sementara itu, Symbolic Interactionism membawa pendekatan mikro, dengan menekankan pengalaman individu dalam pembelajaran. Ia melihat bagaimana faktor seperti emosi, motivasi, dan interaksi sosial membentuk cara setiap murid belajar. Dengan kemajuan dalam bidang psikologi dan neurosains, kita kini lebih memahami bagaimana pembelajaran berlaku di peringkat individu.

    Setiap mazhab ini ada kekuatan dan kelemahannya. Memahami perspektif ini membantu kita mengenali kelemahan sistem pendidikan dan menilai semula bagaimana kita berfikir tentang pendidikan, terutama apabila sistem gagal memenuhi keperluan murid.

    Pendidikan bukan hanya untuk ekonomi atau industri, tetapi untuk memenuhi keinsanan murid sebagai manusia dan khalifah Allah di bumi.

    Untuk artikel penuh, jemput baca di https://saifulislam.com/2024/12/mazhab-sosiologi-pendidikan-punca-kita-sukar-sependapat/

    #Pendidikan #Sosiologi #Functionalism #ConflictTheory #SymbolicInteractionism #Belajar #Inklusi #Motivasi #Ketidakadilan #ReformasiPendidikan #ArtikelPendidikan

    10 min
  • Socialisation: Pergaulan Mempengaruhi Siapa Kita Pada Hari Ini

    Pendidikan bukan sekadar proses formal di bilik darjah, tetapi turut mencakupi aspek sosial dan budaya yang membentuk pemikiran individu serta masyarakat. Salah satu cabang penting dalam pendidikan ialah Sosiologi Pendidikan, yang mengupas tentang peranan socialisation atau sosialisasi. Sosialisasi merujuk kepada interaksi seseorang dengan individu serta masyarakat sekeliling yang mempengaruhi cara berfikir dan menilai sesuatu.


    Dalam perbincangan bersama rakan-rakan di program Postgraduate Diploma di Unirazak, saya mengupas tiga school of thought utama dalam sosiologi pendidikan: Functionalism, Conflict Theory, dan Symbolic Interactionism. Pendekatan ini membantu memahami bagaimana pendirian dalam isu pendidikan sering dipengaruhi oleh latar belakang sosial individu atau kumpulan, sama ada ahli politik, penggubal dasar, mahupun pendidik.


    Functionalism:


    Kerangka Functionalism sering dikaitkan dengan masyarakat yang masih membentuk identiti nasional, seperti negara pasca-kemerdekaan. Dalam kerangka ini, sekolah dilihat sebagai alat untuk menjayakan agenda nasional. Ia dicerminkan oleh ritual formal di sekolah seperti program-program bacaan ikrar, pengibaran bendera, dan nyanyian lagu kebangsaan yang bertujuan memupuk nilai kebangsaan dan kebersamaan.


    Sekolah juga dianggap platform yang memberikan peluang sama rata kepada semua pelajar. Mereka yang berusaha lebih keras diyakini akan mencapai kejayaan lebih besar, meraih status sosial yang lebih tinggi, dan memperoleh pekerjaan lebih baik. Pemikir seperti Durkheim adalah antara tokoh yang menyokong pandangan bahawa pendidikan berperanan mengintegrasikan individu ke dalam masyarakat secara harmoni.


    Namun, pendekatan ini sering mengabaikan ketidaksamaan yang wujud di kalangan pelajar. Adakah semua pelajar benar-benar mempunyai akses kepada peluang yang sama? Apakah budaya atau nilai yang dijadikan standard dalam pendidikan? Ini membawa kepada kritik yang dikemukakan oleh Conflict Theory.


    Conflict Theory:


    Teori konflik menyoal kerangka Functionalism, terutamanya apabila dasar pendidikan dipaksakan untuk menyelaraskan satu budaya atau nilai tertentu sebagai norma kebangsaan. Persoalannya: budaya siapa yang dijadikan acuan? Dalam masyarakat pelbagai budaya, adakah budaya golongan elit menjadi dominan, sementara yang lain dipinggirkan?


    Teori ini menekankan perlunya memberi perhatian kepada golongan yang sering terpinggir, sama ada dari segi budaya, ekonomi, atau latar belakang sosial. Pendidikan harus inklusif, bukan sekadar mencerminkan aspirasi golongan berpengaruh. Sekolah mesti menjadi ruang di mana suara pelajar dan komuniti yang berbeza diberi tempat untuk didengari.


    Symbolic Interactionism:


    Sebaliknya, pendekatan Symbolic Interactionism mengkritik kedua-dua kerangka sebelumnya kerana terlalu memfokuskan isu pendidikan pada tahap makro. Ia menegaskan bahawa pembelajaran berlaku dalam diri setiap individu, dan pengalaman pendidikan tidak seragam untuk semua pelajar.


    Contohnya, seorang pelajar mungkin menghadapi tekanan emosi atau cabaran keluarga yang menghalangnya daripada belajar dengan baik. Pendekatan ini menggesa pendidik dan penggubal dasar untuk melihat pelajar sebagai individu, bukan sekadar angka dalam sistem. Motivasi, emosi, dan keperluan unik setiap pelajar perlu diberi perhatian dalam membentuk dasar pendidikan yang efektif.

    Artikel penuh di https://saifulislam.com/2024/12/socialisation-pergaulan-mempengaruhi-siapa-kita-pada-hari-ini/

    15 min
  • Jin Turkiye dan Krisis Pandangan Alam Kita (Sebagai Muslim)

    Pandangan alam, atau worldview, merujuk kepada cara kita melihat realiti kehidupan, menilai, menafsir, dan memaknakan sesuatu sehingga menjadi pegangan hidup. Pandangan ini boleh dipengaruhi oleh budaya, pendidikan, dan juga agama.

    Namun, apabila berbicara tentang agama, persoalan yang timbul adalah sejauh mana ilmu agama yang dipelajari mempengaruhi pandangan alam kita? Adakah setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita dilihat menerusi lensa agama yang kita anuti?
    Persoalan ini membawa saya kepada satu pengalaman peribadi semasa menziarahi seorang rakan di Turkiye pada musim panas baru-baru ini. Ketika bersama keluarganya, saya berpeluang berbual panjang dengan anak beliau, yang kali terakhir bertemu, beliau masih seorang bayi. Kini beliau seorang pelajar universiti di negara berkenaan.
    Dalam perbualan kami, timbul topik menarik tentang drama Kรผbra di Netflix yang baru selesai saya tonton ketika itu. Ia membawa kepada topik filem-filem seram Turkiye di Netflix yang saya teruja dengannya seperti Dabbe: Cin ร‡arpmasฤฑ.
    Anak rakan saya menyatakan bahawa elemen-elemen seram dalam filem tersebut hanyalah fiksyen dan semata-mata hiburan.
    Ini mendorong saya untuk bertanya, bagaimana pula dengan kewujudan jin dan syaitan yang disebut dalam Al-Quran? Adakah kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib ini turut dilihat hanya sebagai elemen fiksyen?
    Soalan ini menimbulkan kerumitan kepada anak rakan saya kerana beliau tidak pernah merenung isu tersebut secara mendalam. Baginya, perkara-perkara ghaib ini tidak relevan dalam kehidupan sehariannya kerana tidak pernah bertembung dengan situasi yang memerlukan beliau membuat pendirian. Kehidupan moden di kota besar seperti Istanbul terasa begitu jauh dan tiada kaitan dengan hal ehwal jin dan syaitan ini.
    Penerokaan topik berkenaan mendorong beliau membuat pengakuan terbuka bahawa pemahamannya hanya terbentuk melalui filem dan drama, yang kebanyakannya dihasilkan oleh budaya luar. Beliau ada masalah untuk melihat dirinya sebagai Muslim, di tahun 2024, dan percaya kepada benda-benda ghaib sebegini.
    Budaya dan Perbincangan tentang Alam Ghaib
    Saya menyedari bahawa di Nusantara, topik tentang hantu, jin, dan alam ghaib sering menjadi perbualan biasa kita sejak kecil hingga dewasa. Kita dengan mudah membezakan antara hantu dalam budaya tempatan seperti hantu galah atau hantu raya dengan makhluk ghaib seperti jin, syaitan, dan malaikat yang disebut dalam Al-Quran. Namun, saya tidak pernah berbicara tentang hal ini bersama rakan-rakan dari Turkiye.
    Adakah mereka mempunyai versi โ€œhantuโ€ tersendiri dalam budaya mereka?
    Persoalan ini membawa kepada refleksi lebih mendalam tentang bagaimana pandangan alam kita, terutama kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib, dipengaruhi oleh agama. Sebagai Muslim, Al-Quran sejak awal lagi, seperti dalam surah Al-Baqarah, menegaskan bahawa orang-orang yang bertakwa adalah mereka yang beriman kepada perkara-perkara ghaib.
    โ€œAlif, Lam, Mim. Itulah al-Kitab yang tidak ada sebarang keraguan di dalamnya, petunjuk buat orang-orang yang bertakwa. Iaitu golongan yang beriman dengan perkara-perkara ghaib, yang mendirikan solat, dan yang menafkahkan apa yang Kami rezekikan buat merekaโ€ฆโ€ (al-Baqarah 2: 1-3)
    Jin dan Syaitan, adalah sebahagian daripada perkara ghaib, dan sebahagian daripada perkara yang dinyatakan secara jelas dan spesifik di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
    Di mana posisi jin dan syaitan dalam kepercayaan kita, semalam melayan โ€˜hantuโ€™ di dalam filem-filem seram? Di mana batas yang membezakan antara fiksyen dengan hakikat kebearan?
    Sejauh mana kepercayaan ini diteroka dan diaplikasikan dalam kehidupan kita?
    Artikel penuh di https://saifulislam.com/2024/12/jin-turkiye-dan-krisis-pandangan-alam-kita-sebagai-muslim/
    https://gofundme.hasrizal.com

    9 min
  • Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

    Dr Jonathan Haidt di dalam bukunya The Anxious Generation membuktikan punca utama melonjaknya penyakit mental golongan muda semenjak 2012, adalah berubahnya kehidupan kita secara sistemik iaitu apabila:
    1. Hilangnya zaman kanak-kanak yang berasaskan aktiviti bermain secara bebas.
    2. Digantikan dengan zaman kanak-kanak yang berasaskan telefon pintar.
    Perubahan ini bukanlah semata-mata terjadi apabila ibu bapa daripada Generasi Baby Boomers dan Generasi X memberi telefon pintar kepada anak-anak mereka. Kelahiran teknologi telefon pintar seiringan dengan perubahan politik dunia dan kemerosotan ekonomi, meningkatnya jenayah dan kurangnya rasa selamat untuk anak-anak bermain di luar rumah, berubahnya bentuk kemasyarakatan daripada kehidupan desa kepada kehidupan individualistik dan urbanisasi yang rencam.
    โ€œAsyik menyalahkan anak-anak, sedangkan ibu bapa yang sentiasa mengadap telefon!โ€
    โ€œCikgu pun di sekolah sudah hilang fokus sebab sibuk berniaga menambah pendapatan!โ€
    โ€œGenerasi mana yang mencipta telefon pintar itu dan memberinya kepada kami?โ€
    Apabila komen-komen itu timbul, ia tidak salah. Banyak kebenarannya. Tetapi ia tidak membantu kita mendepani masalah yang sudah pun di depan mata malah sekeliling kita. Ia tidak mendekatkan kita kepada penyelesaian. Pada masa ini, yang penting ialah memastikan perbincangan tidak tersimpang atau mudah mencetuskan perselisihan. Fokus kita haruslah pada penyelesaian, bukan saling menyalahkan.
    Masalah ini adalah sistemik dan memerlukan kerjasama semua pihak merentas generasi, umur, dan latar belakang untuk mencari jalan penyelesaian yang menyeluruh.
    Artikel penuh di https://saifulislam.com/2024/12/krisis-mental-gen-z-salah-siapa/
    #jonathanhaidt #genz #generasiz #mediasosial #kesihatanmental #telefonpintar

    10 min
  • Misteri 'Sengaja Susah Supaya Tabah'?

    Dalam masyarakat kita, terdapat kecenderungan untuk mengagung-agungkan susah payah dengan anggapan bahawa ia menjadikan seseorang lebih kuat dan tabah (resilient). Namun, persoalannya, apakah benar susah payah itu perlu diwujudkan dalam pembelajaran? Adakah susah payah sebegini mampu membina ketabahan yang lebih berkesan, atau adakah cara lain yang lebih sesuai?

    Sebagai umat Islam, wajar juga kita bertanya, adakah Nabi Muhammad ๏ทบ menggunakan kesusahan untuk membentuk generasi yang kuat? Aisyah RA pernah meriwayatkan bahawa Nabi ๏ทบ, jika diberikan pilihan antara yang mudah dan yang sukar, baginda akan memilih yang mudah.
    Keutamaan terhadap kemudahan ini bertujuan meningkatkan aksesibiliti, agar ilmu dapat dipelajari tanpa halangan yang tidak perlu. Islam yang baginda ๏ทบ ajar, sesuai untuk orang tua, orang muda, orang ajam, orang arab, individu yang ada kelainan atau kurang upaya, fizikal atau mental, dan merentas geografi dan zaman. Nilai โ€˜accessibilityโ€™ Islam yang baginda ๏ทบ wariskan, sangat tinggi malah terpuji.
    Pada masa yang sama, jika wujud cabaran, Nabi ๏ทบ mendidik bagaimana menghadapi cabaran itu. Tetapi bukanlah dengan sengaja menyusahkan sehingga menyebabkan kemudaratan atau putus asa.
    Sebagaimana sabda baginda ๏ทบ:
    ุนู„ูู‘ู…ูˆุง ูˆูŠุณูู‘ุฑูˆุง ูˆู„ุง ุชูุนุณูู‘ุฑูˆุง ูˆุฅุฐุง ุบูŽุถูุจุชูŽ ูุงุณูƒูุช ูˆุฅุฐุง ุบุถูุจุชูŽ ูุงุณูƒูุช ูˆุฅุฐุง ุบุถูุจุชูŽ ูุงุณูƒูุช
    โ€œAjarlah, permudahkan dan jangan menyusahkan. Seandainya kamu marah, diam. Jika marah, diam. Jika marah, diam.โ€
    (Hadith riwayat Ahmad : 2556)
    Prinsip taisir (kemudahan) ini berlawanan dengan sikap menyengajakan kesusahan yang tidak berfaedah.

    Artikel penuh di : https://saifulislam.com/2024/12/misteri-sengaja-susah-supaya-tabah/

    9 min
  • Mengaplikasi UDL Dalam Kelas al-Quran: Sarjana di TCD - Episod 4

    Bagaimana kita dapat memastikan pengajaran al-Quran dapat diakses dan inklusif untuk semua pelajar, termasuk mereka yang mempunyai keperluan berbeza? Dalam video ini, kita akan meneroka cara menerapkan prinsip Universal Design for Learning (UDL) untuk mencipta pengalaman pembelajaran al-Quran yang lebih mesra dan responsif kepada kepelbagaian pelajar.

    Terima kasih kepada iLuvQuran atas kesudian menjemput saya menyampaikan tajuk ini.
    Berdasarkan ajaran Islam yang mengutamakan rahmat dan inklusi, UDL boleh membantu guru mengenal pasti dan mengurangkan halangan pembelajaran, menyediakan pelbagai cara bagi pelajar untuk belajar dan memahami, serta menghargai keunikan setiap individu. Mari sertai perbincangan ini untuk melihat bagaimana pendekatan ini boleh meningkatkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran!
    Saya sedang meneruskan pengajian sarjana dalam bidang pendidikan Diversity and Inclusion di School of Education, Trinity College Dublin dengan pembiayaan sendiri. Sahabat yang ingin bersama, saya alu-alukan sokongan di halaman https://gofundme.rizal.ie.
    #UDL #Inklusif #PembelajaranAlQuran #PendidikanIslam #iluvquran

    27 min

About Hasrizal

From the publisher's feed

PODCAST.HASRIZAL.COM

More shows like Hasrizal

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

195 Listeners