Sign up to save your podcasts
Or

Video masakan yang dihasilkan oleh @Che Nom menjadi rujukan utama bagi tukang masak keluarga saban hari, termasuk saya sendiri. Terutamanya selepas kami sekeluarga berhijrah meninggalkan tanahair.
Video Che Nom menyediakan panduan dan tip yang sangat berguna, meskipun sesetengah resipi asas telah maklum bagi sesetengah kita.
Namun, di sebalik populariti dan manfaat yang diberikan oleh video-video ini, terdapat isu serius yang tidak boleh dipandang ringan iaitu kecurian harta intelek. Tindakan tidak bertanggungjawab ini berlaku apabila video beliau diambil tanpa kebenaran dan dimuat naik ke platform lain seperti TikTok dengan tujuan komersial.
Perbuatan sedemikian jelas sekali adalah satu bentuk kecurian kerana video tersebut merupakan sumber pendapatan utama bagi pemilik asal, iaitu Che Nom sendiri. Perbuatan mencuri adalah jenayah, dosa, dan mendatangkan mudarat serta aniaya. Ia salah di dunia, dan salah di akhirat.
Oleh itu, adalah amat penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu halal dan haram dalam konteks ini, seiring dengan kepentingan kita memahami soal halal-haram dalam pemakanan. Kesedaran ini perlu disemarakkan agar lebih ramai yang faham implikasi moral dan undang-undang yang terlibat.
Sensitiviti kita dalam bab ramuan halal haram, mestilah datang daripada cetusan IMAN. Bukan taksub kelompok atau sentimen anti 'orang lain'. Seandainya ia datang daripada iman, sensitiviti halal haram itu juga harus memberi kesan kepada perbuatan mencuri harta intelek orang lain, dan menjana pendapatan pula daripada modal yang bukan milik kita.
Che Nom menceritakan sendiri, bagaimana beliau mengalami penurunan pendapatan akibat video curi yang disebarkan tanpa izin. Tindakan mencuri hak orang lain ini bukan sahaja merugikan dari segi material, tetapi juga menjejaskan identiti Islam seseorang. Memalukan kita semua.
Ini menuntut kita semua untuk menilai semula sentimen terhadap apa yang halal dan haram, bukan hanya dalam konteks pemakanan tetapi juga dalam semua aspek kehidupan.
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghentikan penyebaran video curi dan memberikan sokongan penuh kepada pembuat kandungan yang memberi ilmu dan manfaat kepada masyarakat.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah
By Hasrizal Abdul JamilVideo masakan yang dihasilkan oleh @Che Nom menjadi rujukan utama bagi tukang masak keluarga saban hari, termasuk saya sendiri. Terutamanya selepas kami sekeluarga berhijrah meninggalkan tanahair.

206 Listeners