
Sign up to save your podcasts
Or


𝐑𝐄𝐀𝐊𝐒𝐈 "𝐓𝐄𝐑𝐏𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆" 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐀𝐁𝐈 𝒔.𝒂.𝒘 𝐓𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐊𝐀
Bersikap lemah lembut terhadap manusia dan berinteraksi dengan mereka secara sopan santun adalah antara permata dalam rantaian akhlak Islam, dan ia merupakan sifat kesempurnaan. Allah سبحانه وتعالى Maha Lembut, dan Dia menyukai kelembutan daripada hamba-Nya.
Dalam hadis ini, Ummul Mukminin ʿĀ’ishah RA menceritakan bahawa orang-orang Yahudi datang menemui Nabi ﷺ lalu berkata: “al-sāmu ʿalaykum”, seolah-olah memberi salam Islam kepada Baginda ﷺ dan para sahabat, sedangkan hakikatnya mereka sedang mendoakan keburukan. “Al-sām” bermaksud kematian dan kebinasaan. Namun Nabi ﷺ menyedari maksud sebenar ucapan mereka, lalu Baginda menjawab: “wa ʿalaykum” (dan ke atas kamu juga). Maksud jawapan Baginda ialah: ke atas kamu seperti apa yang kamu ucapkan sebagai doa.
Ā’ishah RA juga memahami maksud ucapan mereka, lalu berkata: “Al-sāmu ʿalaykum, semoga Allah melaknat kamu dan murka kepada kamu.” Beliau membalas dengan lafaz dan kata-kata yang sama, bahkan menambah doa keburukan kepada mereka. Maka Rasulullah ﷺ menegurnya: “Bertenanglah, wahai ʿĀ’ishah. Hendaklah engkau berpegang dengan kelembutan,” iaitu bersabar, berhemah dan berhati-hati dalam tindakan. Baginda melarang beliau daripada bersikap kasar atau melampau dalam kata-kata. “Kekasaran” di sini bermaksud ketegasan yang berlebihan ketika berinteraksi, manakala “melampau” bermaksud keterlaluan dalam ucapan dan jawapan, bukan semata-mata kata-kata yang buruk.
Dalam riwayat al-Sahihain disebut: “Sesungguhnya Allah menyukai kelembutan dalam setiap perkara,” iaitu Allah mengasihi hamba-Nya yang berwatak lunak, mudah berurusan dan tidak bersikap keras atau kasar. Dengan kelembutan, tujuan dapat dicapai dan maksud menjadi mudah, sesuatu yang tidak dapat diperoleh dengan kekerasan.
Ā’ishah RA berkata kepada Nabi ﷺ: “Tidakkah engkau mendengar apa yang mereka katakan?!” Beliau ingin menarik perhatian Baginda kepada ucapan mereka. Maka Nabi ﷺ menjawab: “Tidakkah engkau mendengar apa yang aku katakan?” merujuk kepada ucapan Baginda sebelum itu: “wa ʿalaykum” – “Aku telah membalas ucapan mereka.” Perbezaan antara jawapan Nabi ﷺ dan jawapan ʿĀ’ishah RA ialah Baginda membalas setimpal dengan perbuatan mereka tanpa menambah kekasaran, sedangkan ʿĀ’ishah RA menambah doa keburukan dan memilih kelantangan dalam membalas.
Baginda menjelaskan: “Doaku terhadap mereka akan diperkenankan, manakala doa mereka terhadapku tidak akan diperkenankan.”
Apabila kita berlebih-lebihan bertindak balas terhadap perkara yang dilihat mengancam atau mencemar agama, kita bersikap seolah-olah Islam ini tidak ada Tuhan. Bergantung kepada keupayaan kita memaksimumkan tindak balas, sedangkan ia sudah jatuh ke daerah buruk yang agama tidak suka.
Jika kita tidak halusi perincian Sirah, dan jika kita tidak kenal siapa 'lelaki itu', silap-silap, Nabi Muhammad ﷺ itu sendiri menjadi sasaran kecaman dan label-label jelik kita kerana menganggapnya tidak mencapai 'standard' kita. Walhal 'standard kita' itu adalah manifestasi kejahilan serta perangkap ego yang membinasa.
#Saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland #tazkirah #muhasabah
🎯 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮
𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮:
▪️Menulis dan bercakap melibatkan risiko kesilapan, tetapi ini tidak bermaksud kita harus berhenti. Pembetulan dan pengakuan adalah kunci penting.
▪️Menonjolkan kesilapan orang lain secara berlebihan adalah sikap berbahaya dan dilakukan bukan demi Allah, tetapi kerana dorongan hawa nafsu.
▪️Pertengkaran dalam isu agama boleh membawa kepada kemunafikan dan melemahkan hati, seperti yang diingatkan oleh Ja’far ibn Muhammad dan Nabi ﷺ.
▪️Berdebat tanpa tujuan yang jelas hanya akan mengeraskan hati dan mengurangkan sifat warak, menurut al-Imam Syafi’i dan Ibnu Rejab.
▪️Ilmu yang benar perlu digabungkan dengan akhlak yang baik untuk mendapatkan keredhaan Allah dan hati yang tenang.
🔍 𝗥𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝗮𝗻
▪️𝗠𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀, 𝗕𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽, 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻
Kesilapan adalah perkara biasa dalam proses menulis dan bercakap, tetapi ia tidak seharusnya menjadi halangan. Apabila kesilapan berlaku, langkah terbaik adalah membetulkannya dan mengakui kesilapan tersebut untuk memperbaiki diri.
▪️𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗼𝗻𝗷𝗼𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝗶𝗻
Menonjolkan kesilapan orang lain secara berlebihan adalah tindakan yang tidak bermanfaat dan berbahaya. Ia sering dilakukan bukan untuk memperbaiki keadaan tetapi kerana dorongan peribadi yang salah, menyebabkan niat kita tersasar dari tujuan asal iaitu kerana Allah.
▪️𝗣𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗜𝘀𝘂 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮
Dalam isu agama, pertengkaran sering mengatasi akal dan lebih melibatkan emosi. Ja’far ibn Muhammad menasihatkan agar menjauhi pertengkaran dalam agama kerana ia melemahkan hati dan menimbulkan kemunafikan. Nabi ﷺ juga menegaskan bahawa pertengkaran membawa kepada kesesatan selepas menerima petunjuk.
▪️𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗮 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗲𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻
Al-Imam Syafi’i dan Ibnu Rejab menyatakan bahawa berbalah dalam isu ilmu hanya akan mengeraskan hati dan mengurangkan sifat warak. Para salafusaleh lebih memilih diam dalam perdebatan kerana ilmu dan rasa takut mereka kepada Allah, berbanding generasi selepas mereka yang cenderung banyak bercakap kerana kekurangan sifat warak.
▪️𝗚𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸
Akhirnya, adalah penting untuk menggabungkan ilmu yang benar dengan akhlak yang baik. Penyebaran ilmu tidak seharusnya dilakukan melalui pertengkaran yang merosakkan adab dan akhlak. Kombinasi ini penting untuk menjadi hamba Allah yang mendapat keredhaan dan memiliki hati yang sejahtera.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾
🍉 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗥𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗: 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚
𝗦𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗱𝘂 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗜𝗿𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱
Sokongan rakyat Ireland terhadap 🍉 dapat dilihat dengan jelas melalui demonstrasi yang diadakan secara konsisten, terutama pada hari Sabtu di Dublin dan kawasan lain. Selain itu, parti politik kiri seperti Sinn Féin, People Before Profit, dan Social Democrats terus mendesak kerajaan Ireland agar bertindak selari dengan kehendak rakyat.
𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗜𝗿𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗟𝘂𝗮𝗿 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮
Walaupun rakyat bersolidariti dengan perjuangan di 🍉, lain pula cerita dengan kerajaannya. Walaupun kerajaan Ireland telah mengeluarkan kenyataan keras mengkritik Israel, tindakan sebenar yang mempunyai impak besar masih belum direalisasikan. Isu utama yang dibincangkan adalah penglibatan Central Bank of Ireland dalam urusan jual beli bon Israel yang digunakan untuk membiayai peperangan. Di samping itu, rang undang-undang Occupied Territories Bill yang bertujuan untuk mengharamkan import dan eksport barangan dari wilayah yang dijajah, khususnya Israel, masih belum diluluskan.
𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗺𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻
Satu lagi isu penting adalah kerjasama akademik antara universiti di Ireland dan institusi di Israel. Trinity College Dublin baru-baru ini mengambil langkah untuk tidak lagi bekerjasama dengan universiti Israel, satu langkah yang dilihat sebagai kemenangan besar oleh masyarakat akademik di Ireland. Namun, kerjasama serupa yang baru ditandatangani oleh sebuah universiti lain di Ireland menimbulkan kebimbangan dan kemarahan di kalangan rakyat.
𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻
Sentimen rakyat Ireland terhadap perjuangan 🍉 amat tinggi, tetapi terdapat perbezaan ketara antara sentimen ini dan pendirian kerajaan. Usaha berterusan dari pelbagai pihak amat diperlukan untuk memastikan tindakan konkrit dapat diambil. Walaupun tragedi di 🍉 amat menyedihkan, peningkatan kesedaran global memberi harapan bahawa perubahan positif dapat dicapai.
Jangan mengalah!
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾
𝗔𝗞𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗞𝗔-𝗠𝗨𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 : 𝗥𝗘𝗙𝗟𝗘𝗞𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗥𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
Sebagai seorang Muslim Melayu yang menetap di Republic of Ireland, banyak pelajaran dapat diambil daripada situasi sosio-agama di negara ini. Ireland, yang dahulunya dikenali sebagai negara Katolik yang kuat, kini menyaksikan peralihan di mana ramai rakyatnya meninggalkan tradisi keagamaan. Ini terutamanya disebabkan oleh salah laku yang dilakukan oleh orang-orang agama dalam institusi yang diamanahkan kepada mereka seperti gereja, sekolah, dan hospital.
Salah laku ini, termasuk penderaan seksual dan penjualan anak-anak yang dilahirkan di luar nikah, telah menghakis kepercayaan terhadap orang agama dan institusi agama. Semasa orang ramai mengadu dan mendesak penyelesaian, suara mereka ditekan. Pendekatan yang lebih diutamakan adalah menggunakan undang-undang serta penguatkuasaan untuk damage control, mengawal naratif, malah mendiamkan suara yang menyoal.
Refleksi ini membawa kita kepada situasi di Malaysia. Hari ini, orang kita semakin agresif dalam beragama, kurang upaya toleransi dan merosot harmoni antara kaum dan agama. Ayat-ayat golongan anti Muslim dan anti pendatang di sini pakai untuk mengacau bilaukan masyarakat, menjadi ayat sama yang orang kita pakai terhadap orang yang tidak sebangsa, seagama dan seasal usul kita.
Sedangkan Malaysia bertuah menjadi sebuah negara majmuk. Kemajmukan itu adalah karakter masyarakat Muslim di zaman Nabi Muhammad ﷺ. Dalam satu keluarga, ada adik beradik lain agama, jiran tetangga berbeza agama, malah bangsa asing turut menjadi sebahagian daripada kehidupan bermasyarakat. Ia memberi peluang kita menghayati model sebenar yang ditampilkan oleh sirah baginda, berbanding masyarakat yang solid 'kita-kita aje'.
𝗦𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻
Jangan kita terbiasa menyorokkan masalah dalaman, sebaliknya selesaikan ia dengan jujur.
Iblis berkata:
" Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan cantikkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan sesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang ikhlas". (al-Hijr 15: 39-40)
Satu-satunya jenis manusia yang terselamat daripada racun Iblis adalah manusia yang ikhlas dalam beragama. Keikhlasan dalam beragama jauh daripada sibuk menjaga imej luaran, tetapi lebih kepada memastikan amalan dan tindakan luar dalam kita selari dengan ajaran agama yang sebenar.
Ikhlas dalam beragama menjadikan kita mengutamakan substance berbanding form. Kita lebih bersungguh menyelesaikan masalah sebenar, berbanding menyembunyikan demi menjaga maruah dan air muka. Ikhlas juga menjadikan kita bertindak seperti yang sepatutnya, bukan menunggu satu-satu perkara viral baru tergerak. Seolah-olah persepsi manusia lebih dibimbangkan berbanding reda dan murka Allah.
Jangan kita jadi manusia yang kalau buat benda salah kita tidak kisah, tapi kalau benda salah yang kita buat itu orang cakap, kita marah.
Ia merosakkan diri dan masyarakat seluruhnya.
Jangan ulang kesilapan yang ibrahnya sudah terbentang di depan mata semua.
Sebelum terlambat.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗕𝗨𝗟𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗚𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗜𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔
🎥 Video ini merujuk kepada tragedi yang menimpa anakanda Zara Qairina baru-baru ini. Beliau bukan sahaja mangsa kepada pelaku jenayah buli, tetapi juga mangsa kepada sistem dan budaya yang membiarkan buli terus hidup.
🚨 Kita semua maklum buli tidak terhad berlaku hanya di sekolah, asrama atau universiti. Ia juga hidup subur dalam dunia profesional dan korporat:
👩⚕️ Doktor senior vs junior
✈️ Budaya ‘taruk’ dalam kru penerbangan
🌐 Dan kita sendiri , para netizen, membina komuniti yang berbahasa dengan bahasa buli, berinteraksi dalam dinamika buli yang sama.
🕌 Sedangkan kita berasal daripada bangsa yang berbudi bahasa, dan agama kita, Islam, adalah agama yang mengharamkan walau sekadar menampar muka seseorang.
❗Maknanya, budaya dan agama kita masih belum berjaya mengikis jahiliah daripada diri.
😔 Tragedi buli tidak akan diambil serius, kerana kita menormalisasikannya melalui kata-kata seperti:
🗣️ “Aku ok je”
🗣️ “Anak aku ok je!”
🗣️ “Kena sikit pun nak bising ke?”
📖 Tapi lihat bagaimana Rasulullah ﷺ menangani situasi Abu Zarr r.a. Apabila Abu Zarr memanggil Bilal r.a. sebagai “anak perempuan hitam”, Nabi ﷺ tidak membiarkannya. Baginda berkata:
“Wahai Abu Zarr, pada diri kamu itu ada jahiliah!”
🔍 Jika kita benar-benar insaf, kita mesti mulakan dengan muhasabah diri:
❓Adakah dalam diri aku ada jiwa pembuli?
❓Adakah aku menggunakan bahasa pembuli?
❓Adakah tindak tanduk aku mengulang budaya buli yang diwarisi?
💡 Hanya individu yang menolak buli secara menyeluruh; dengan jiwa, kepercayaan, pemikiran, malah KEIMANAN, akan benar-benar berusaha menghapuskan buli daripada sistem dan kehidupan yang kita kongsi di dunia yang sementara ini.
🤲 Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk memerangi kejahilan dalam diri, dan menjadikan kita hamba-Nya yang membina, bukan membinasa.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾 #buli #jenayahbuli
𝗡𝗔𝗦𝗜𝗕 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗨𝗥𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗞𝗧𝗔𝗧𝗢𝗥: 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗕𝗨𝗥𝗨𝗝
Kritikan Trump Terhadap Penyokongnya
Semalam, Presiden Donald Trump telah membuat kenyataan yang mengejutkan dengan memanggil Republican dan MAGA penyokong-penyokongnya “stupid.” Ia menjadi topik hangat kerana menonjolkan satu aspek penting dalam hubungan antara pemimpin dan pengikut. Ini membuka peluang untuk mengkaji pelajaran berharga dalam sejarah dan teks agama mengenai bagaimana pemimpin yang zalim berinteraksi dengan pengikut mereka.
𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗻𝗻𝗮𝗵
Kisah dalam Surah Al-Buruj dan hadis Sahih Muslim memberi contoh klasik mengenai pemimpin zalim yang memanipulasi pengikutnya untuk kepentingan diri sendiri. Raja zalim dalam kisah ini memerintahkan pengikutnya untuk menyingkirkan al-ghulam, seorang anak muda yang beriman, malah prodigi raja berkenaan, tatkala beliau enggan patuh. Apabila usaha mereka gagal, raja dengan segera mengabaikan orang suruhannya yang tidak berguna itu,menunjukkan sikap lepas tangan dan manipulatif pemimpin zalim.
ما فعل أصحابك؟
"Apa yang berlaku kepada orang-orang kamu?"
Eh, walhal yang dimaksudkan itu adalah orang suruhan beliau. Tetapi beliau menisbahkan pasukan gagal itu kepada si ghulam, disowned mereka daripada dirinya.
Sikap pengikut yang terus menyokong pemimpin zalim walaupun kesalahan pemimpin itu jelas, boleh membawa kepada kerugian besar. Pengikut yang menjadi “kaki bodek” dan menyokong pemimpin walau dalam keadaan salah akhirnya mungkin akan ditinggalkan apabila mereka tidak lagi bermanfaat. Pelajaran dari kisah ini adalah pentingnya tidak terjebak dalam ketaatan membuta tuli dan mempertahankan integriti serta prinsip moral dalam menghadapi pemimpin yang tidak adil.
𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻
Contoh Trump ini mengingatkan kita bahawa pemimpin yang hanya setia kepada diri sendiri tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan pengikutnya apabila mereka tidak lagi berguna. Dalam konteks ini, adalah penting bagi pengikut untuk berfikir secara kritis dan tidak menjadi alat bagi pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri.
Pengajaran ini memberi peringatan bahawa kebijaksanaan dan keberanian adalah penting dalam mempertahankan prinsip yang benar dan menolak kezaliman.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾 #surahalburuj #alburuj #ibrah
𝗙𝗮𝘀𝗮 𝗕𝗼𝘀𝗮𝗻 - 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗔𝗗𝗛𝗗
🎯 𝗞𝗲𝘆 𝗧𝗮𝗸𝗲𝗮𝘄𝗮𝘆𝘀
𝗖𝗼𝗿𝗲 𝗣𝗼𝗶𝗻𝘁𝘀:
▪️Menghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan adalah bahagian yang lebih menyeronokkan dalam pengajian sarjana saya sebagai individu ADHD.
▪️Bahagian paling mencabar bagi saya adalah penulisan disertasi, khususnya dalam analisis data kualitatif.
▪️Saya menggunakan reka bentuk IPA (Interpretative Phenomenological Analysis), yang menekankan interpretasi temubual.
▪️Proses analisis saya melibatkan temubual dengan sampel kecil dan memerlukan pendengaran transkrip secara perlahan.
▪️Saya tidak mengutamakan coding data, tetapi saya memerlukan pemahaman mendalam dan nota terperinci.
▪️Saya memerlukan disiplin untuk menyiapkan kerja dalam tempoh yang singkat, di tengah cabaran kehilangan fokus.
🔍 𝗦𝘂𝗺𝗺𝗮𝗿𝘆
𝗖𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗿𝗷𝗮𝗻𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗜𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂 𝗔𝗗𝗛𝗗
Sebagai individu ADHD, saya sering mengalami keseronokan dalam menghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan kerana adanya kaedah terkini yang lebih berkesan. Namun, cabaran sebenar timbul bagi saya ketika tiba di fasa penulisan disertasi, khususnya bahagian analisis data. Ini adalah aspek yang memerlukan ketelitian dan fokus yang tinggi, yang boleh menjadi sukar bagi saya.
𝗣𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗔𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗗𝗮𝘁𝗮 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗸𝗮 𝗕𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗜𝗣𝗔
Penggunaan reka bentuk IPA (Interpretative Phenomenological Analysis) dalam kajian kualitatif adalah fokus utama saya. Reka bentuk ini menekankan interpretasi mendalam temubual dengan sampel kecil, di mana saya hanya menemubual tiga individu. Ini memerlukan saya mendengar transkrip dengan teliti dan membuat nota terperinci. Keunikan IPA berbanding reka bentuk lain ialah ia memerlukan penafsiran berterusan terhadap apa yang dikatakan oleh peserta temubual, serta refleksi terhadap pemikiran saya semasa mendengar.
𝗖𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗼𝘀𝗮𝗻𝗮𝗻
Kebosanan adalah musuh utama saya sebagai individu ADHD, terutama ketika berhadapan dengan proses yang panjang dan berulang seperti mendengar semula transkrip dan mencatat nota. Ini memerlukan strategi disiplin dan fokus yang tinggi untuk saya mengatasi kebosanan. Saya tidak mengutamakan penggunaan aplikasi teknologi untuk coding data, sebaliknya saya menekankan kepada proses interpretasi dan penghasilan laporan ideografik yang berasingan bagi setiap peserta sebelum penggabungan.
𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹
Masa adalah faktor kritikal bagi saya dengan hanya sebulan setengah tinggal untuk menyelesaikan penulisan disertasi. Disiplin diri dan sokongan dari rakan-rakan adalah penting dalam memastikan kejayaan saya dalam menghadapi cabaran ini. Doa dan harapan dari rakan-rakan menjadi sumber motivasi tambahan untuk saya menempuh tempoh yang mencabar ini.
#mytcdjourney🇲🇾🇮🇪 #qualitativeanalysis #ipa #adhddewasa #adhdmalaysia #adhdresearch
🎯 𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗭𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞 𝗗𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗦
▪️Bagaimana individu seperti Trump boleh dipilih dan apa yang terlebih awal berlaku di kalangan pengundinya?
▪️Penting untuk memahami perubahan terjadi di dalam masyarakat yang membawa kepada keputusan politik sedemikian rupa.
▪️Pelajarannya, adalah untuk kita memahami pula kejadian-kejadian sekeliling kita.
▪️Fenomena program-program tidak masuk akal seperti eHati baru-baru ini, bukan sekadar siapa kepalanya, tetapi mengapa ada khalayaknya.
▪️Kita perlu memeriksa budaya dan sistem nilai yang menyokong program tidak masuk akal sejelas itu.
▪️Pendidikan, menekankan islah dari bawah ke atas berbanding perubahan politik semata-mata.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾 #eHati
𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗦𝗜𝗞𝗜𝗧-𝗦𝗜𝗞𝗜𝗧
Tujuh orang buta berbalah tentang hakikat gajah. Bukan kerana mereka jahil, tetapi kerana masing-masing hanya tahu secara serpihan — fragmented knowledge.
Jika tidak tahu, ubatnya mudah: belajar. Tetapi tahu sedikit-sedikit, lalu menganggap diri sudah tahu segalanya, itu bahaya. Ia menjadikan seseorang sombong, terhenti daripada terus menuntut ilmu. Inilah kesan Dunning-Kruger Effect.
Musa `alayhi al-salam adalah Rasul yang berilmu. Namun Allah ﷻ tetap menegur baginda dan memerintahkannya berguru dengan seorang hamba Allah yang memiliki rushd (petunjuk yang menyuluh) — ilmu yang tidak misteri, tetapi penuh rahmat dari sisi Allah (al-Kahf 18:65–66).
Ilmu seperti ini menuntut rendah diri, kesungguhan, dan perjalanan panjang yang tidak mengenal noktah. Musa `alayhi al-salam beriltizam mencari ilmu walau harus menempuh tempat di mana dua lautan bertemu, lambang kepada keazaman menuntut ilmu tanpa syarat masa dan jarak.
Hari ini, ramai tahu sedikit-sedikit. Namun mendabik dada seolah-olah sudah tahu segalanya. Mereka bukan buta seperti dalam 1984 Orwell — yang dihalang dari melihat kebenaran. Mereka celik, tetapi memilih tidak mahu melihat seperti dalam Brave New World Huxley — kerana melihat itu menyakitkan.
Sesungguhnya, buta yang sebenar bukanlah buta mata, tetapi buta hati yang di dalam dada.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #pendidikaninklusif #pendidikanjalanislah #mekanismeiqra #mekanikiqra #jomkeireland 🇮🇪🇲🇾
𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗧𝗞𝗔𝗟𝗔 𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚
Iran dan rakyat tidak terkesan dengan pendirian kita. Lainlah jika kita seorang Perdana Menteri atau Presiden. Tetapi proses kita membuat pendirian ini, adalah proses yang sama kita gunakan tatkala ada orang sekeliling kita yang dianiaya. Bagaimanakah kita tentukan sikap dan tindakan sama ada mahu menolong atau tidak andaikata orang itu berbeza agama, berbeza mazhab, atau berbeza aliran dengan kita.
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif
From the publisher's feed

195 Listeners