Hasrizal

Bencana Zaman Tahu Sikit-sikit


Listen Later

๐—•๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—ญ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ง-๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ง

Tujuh orang buta berbalah tentang hakikat gajah. Bukan kerana mereka jahil, tetapi kerana masing-masing hanya tahu secara serpihan โ€” fragmented knowledge.

Jika tidak tahu, ubatnya mudah: belajar. Tetapi tahu sedikit-sedikit, lalu menganggap diri sudah tahu segalanya, itu bahaya. Ia menjadikan seseorang sombong, terhenti daripada terus menuntut ilmu. Inilah kesan Dunning-Kruger Effect.

Musa `alayhi al-salam adalah Rasul yang berilmu. Namun Allah ๏ทป tetap menegur baginda dan memerintahkannya berguru dengan seorang hamba Allah yang memiliki rushd (petunjuk yang menyuluh) โ€” ilmu yang tidak misteri, tetapi penuh rahmat dari sisi Allah (al-Kahf 18:65โ€“66).

Ilmu seperti ini menuntut rendah diri, kesungguhan, dan perjalanan panjang yang tidak mengenal noktah. Musa `alayhi al-salam beriltizam mencari ilmu walau harus menempuh tempat di mana dua lautan bertemu, lambang kepada keazaman menuntut ilmu tanpa syarat masa dan jarak.

Hari ini, ramai tahu sedikit-sedikit. Namun mendabik dada seolah-olah sudah tahu segalanya. Mereka bukan buta seperti dalam 1984 Orwell โ€” yang dihalang dari melihat kebenaran. Mereka celik, tetapi memilih tidak mahu melihat seperti dalam Brave New World Huxley โ€” kerana melihat itu menyakitkan.

Sesungguhnya, buta yang sebenar bukanlah buta mata, tetapi buta hati yang di dalam dada.

#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #pendidikaninklusif #pendidikanjalanislah #mekanismeiqra #mekanikiqra #jomkeireland ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

HasrizalBy Hasrizal Abdul Jamil


More shows like Hasrizal

View all
The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

200 Listeners