Hasrizal

Hasrizal

By Hasrizal Abdul JamilSociety & CulturePersonal Journals
Download on the App Store

Hasrizal episodes

  • Solidariti Yang Hakikatnya Jahiliah

    ๐—๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ: ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—˜๐—บ๐—ผ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐˜€๐—ฎ๐˜€ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป
    Nabi ๏ทบ pernah mengecam satu tindakan yang baginda namakan sebagai seruan jahiliah, iaitu apabila berlaku konflik, lalu orang mula memanggil geng, kaum, atau kelompoknya untuk menyokongnya bukan kerana kebenaran, tetapi kerana kesetiaan kelompok.
    Dalam Sahih Muslim, diceritakan satu peristiwa ketika Perang Bani al-Mustaliq. Seorang Muhajirin, Jahjah bin Qais, menampar punggung seorang Ansar, Sinan bin Wabarah. Sinan marah dan melaungkan: โ€œWahai Ansar!โ€ Jahjah pula membalas: โ€œWahai Muhajirin!โ€
    Nabi ๏ทบ terus campur tangan dan bersabda:
    โ€œApa hal dengan seruan jahiliah ini? Tinggalkannya. Ia busuk!โ€
    Perkara ini disaksikan oleh Abdullah bin Ubay, ketua munafik. Beliau tahu makna konflik ini. Ia resepi perpecahan dan kelemahan. Lalu dia berkata: โ€œMereka sudah lakukannya. Jika kita pulang ke Madinah, yang mulia akan mengusir yang hina.โ€ Yang dimaksudkannya โ€œhinaโ€ ialah Nabi ๏ทบ sendiri.
    Umar RA ingin membunuhnya, namun Nabi ๏ทบ menolak: โ€œBiarkan. Jangan nanti orang kata Muhammad membunuh sahabatnya.โ€
    Pengajarannya? Konflik kecil menjadi besar apabila kita mula menilai orang berdasarkan kumpulan, bukan tindakan. Kita menyeru โ€œsolidaritiโ€, tetapi sebenarnya sedang meniup api โ€™asabiyyah.
    Hari ini, kita ulang kesilapan yang sama. Bila berlaku isu, kita cepat melabel: dia geng mana? aliran apa? parti mana? Maka konflik peribadi berubah jadi peperangan puak.
    Islam datang untuk menamatkan ini. Sebelum kita menyertai mana-mana pihak, tanyalah:
    Adakah tindakan ini mendamaikan? Atau aku sedang menyeru seruan jahiliah, versi digital?
    Jangan ulang jahiliah dengan wajah baharu. Nabi ๏ทบ sudah membanterasnya 1400 tahun lalu.
    #solidariti #jahiliah #tazkirah #muhasabah #hasrizalabduljamil

    8 min
  • Sekolah Wajib Tetapi Gagal

    Walaupun solat lima waktu itu wajib dan solat berjemaah amat dititikberatkan, masjid tidak pernah menjadi institusi yang diwajibkan ke atas kita. Sekolah, sebaliknya, adalah satu-satunya institusi yang diwajibkan ke atas setiap individu, namun sering kali gagal berfungsi seperti yang sepatutnya.
    Seperti yang diungkapkan oleh Neil Postman di dalam Teaching as a Subversive Activity, sekolah hari ini ibarat memandu kereta mewah dengan kelajuan tinggi sambil hanya memandang ke cermin pandang belakang. Kita terpesona dengan kelengkapan teknikal, kecanggihan kemudahan, dan pencapaian akademik, tetapi kehilangan arah tuju yang sebenar; untuk apa pendidikan itu diwujudkan, dan ke mana ia seharusnya membawa generasi akan datang.
    Sistem pendidikan moden sering menumpukan perhatian kepada angka pencapaian, penguasaan peperiksaan, dan perlumbaan mengejar kemajuan material, tetapi kurang memberi ruang untuk membentuk daya fikir kritis, keupayaan menyelesaikan masalah, dan kesedaran sosial yang mendalam. Dengan segala teknologi, silibus padat, dan inovasi pendidikan, kita seperti mempercepat perjalanan tanpa memastikan destinasi itu memberi makna kepada kehidupan dan kesejahteraan pelajar.
    Postman memberi amaran bahawa kegagalan memahami hala tuju pendidikan ini adalah tanda kita sedang menunggu sebuah โ€œpelanggaran besarโ€. Kita membesarkan anak-anak dalam sistem yang indah pada rupa luaran tetapi rapuh pada fungsinya, satu pelaburan besar yang berisiko merugikan masa depan masyarakat. Sekolah tidak lagi sekadar tempat belajar fakta, tetapi menjadi cerminan ke mana arah peradaban kita, dan jika hala tuju itu kabur, maka pendidikan yang diwajibkan ke atas setiap individu tidak lebih daripada satu kewajipan tanpa visi.
    #neilpostman #teachingasasubversiveactivity #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #Pendidikan

    3 min
  • Tak Tahu Kenapa Cemerlang: Strategi Belajar Berasaskan Sains Pembelajaran

    ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š: ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก

    Alhamdulillah, baru-baru ini kami sekeluarga bersyukur apabila salah seorang anak kami memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Leaving Certificate. Peperiksaan ini setaraf dengan A-Level atau STPM dan merupakan langkah penting untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertiari.

    ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—”๐—ก

    Saya cuba memahami bagaimana anak kami mencapai keputusan cemerlang, saya kumpulkan beberapa teknik yang digunakan tanpa disedari oleh beliau sendiri. Antara kaedah yang beliau gunakan adalah membina bank pengetahuan menggunakan aplikasi Notion. Setiap kali selepas kelas, beliau mencatatkan apa yang telah dipelajari, topik yang diliputi, dan isu yang timbul. Teknik ini membantu beliau menguruskan pembelajaran dalam jangka masa panjang.

    ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐—ก๐—ข๐—ง๐—” ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก

    Selain itu, beliau menggunakan iPad dengan Apple Pencil untuk mencatat nota. Kajian menunjukkan bahawa menulis nota dengan tangan membantu memproses maklumat secara mendalam dan ada makna (meaningful) kerana nota ditulis menggunakan ayat sendiri. Ia membantu memindahkan maklumat dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Ini kerana penulisan tangan memerlukan pelajar untuk menafsir dan meringkaskan maklumat dengan kata-kata sendiri. Nota yang ditaip berisiko menjadikan kita menaip terus apa yang didengar tanpa melalui proses memaknakannya dalam minda.

    ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก

    Semasa menulis nota, si anak juga mencatat soalan-soalan yang terlintas dalam fikirannya. Kemahiran ini penting kerana ia murid tidak mudah menyedari apa yang dia tidak tahu, belum tahu, hendak tahu. Soalan, adalah petanda terjadinya 'berfikir' semasa belajar. Ia antara 'permata yang hilang' dalam pembelajaran hari ini. Menulis nota dalam bentuk soalan-soalan adalah satu cara untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan reflektif.

    ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”

    Sempat juga saya berleter menekankan bahawa kejayaan bukan hanya bergantung kepada usaha semata-mata, tetapi juga merupakan rezeki daripada Allah ๏ทป . Oleh itu, penting untuk menjaga amalan seperti solat dan berbuat baik kepada ibu bapa. Sifat bertanggungjawab dan peka dengan persekitaran juga adalah nilai yang penting untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.

    ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก

    Keseluruhan pengalaman ini memberi kami pelajaran berharga yang boleh dikongsi dengan anak-anak lain. Kejayaan dalam peperiksaan tidak hanya diukur melalui markah, tetapi juga melalui pengajaran dan kebaikan yang terbit daripadanya. Barakah bermaksud kebaikan yang melimpah dan berganda. Tanda rezeki itu ada barakah, ialah apabila satu kebaikan melahirkan kebaikan-kebaikan yang lain.

    Sisi bagusnya juga ialah benda-benda ini si anak teroka dan bina sendiri. Bukan ikut-ikut atau saya suruh. Namun sebagai pendidik yang pernah mengajar subjek study skills dahulu, kemahiran belajar berasaskan sains pembelajaran adalah benda yang sentiasa saya beri perhatian dan ambil berat. Ia ada asas kukuh dan boleh dilatih.

    Mudah-mudahan, dengan berkongsi pengalaman ini, anak-anak lain dapat mengambil manfaat dan berjaya dalam pelajaran mereka.

    Keputusan peperiksaan hanya untuk meneruskan perjalanan seterusnya dalam hidup. Ia tidak harus pergi berlebih-lebihan pada mendefinisi harga diri sesiapa.

    Wallahualam.

    #pendidikanjalanislah #hasrizalabduljamil #khalifahmethod #peperiksaan #pendidikan

    8 min
  • Alangkan Terkentut Semasa Solat Jemaah Pun Ada Akhlaknya

    ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—๐—˜๐— ๐—”๐—”๐—› ๐—ฃ๐—จ๐—ก ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—ž๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ก๐—ฌ๐—”โ€œ

    Alamak, terkentut pulak!โ€ rungut Ali di dalam hatinya.

    Mujur tidak berbunyi. Kalau tidak, segan juga dibuatnya.

    Sebaik sahaja Ali hendak melangkah ke luar meninggalkan saf, beliau dihalang oleh salah seorang jemaah yang bersolat. Maklum sahaja, berjalan di hadapan orang bersembahyang, adalah perbuatan yang dilarang agama.

    Ali teringat hadis Nabi ๏ทบ :

    ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุญู’ุฏูŽุซูŽ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ูููŠ ุตูŽู„ุงูŽุชูู‡ู ููŽู„ู’ูŠูŽุฃู’ุฎูุฐู’ ุจูุฃูŽู†ู’ููู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ู„ู’ูŠูŽู†ู’ุตูŽุฑููู’โ€œ

    ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ข๐˜ต๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ.โ€ (๐˜š๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ฃ๐˜ช ๐˜‹๐˜ข๐˜ธ๐˜ถ๐˜ฅ : 1114)

    Baru beliau perasan di mana silapnya.Beliau perlu proaktif mengelak daripada jemaah lain terganggu. Pada masa yang sama, air muka terjaga sama. Tidaklah malu dan mengundang gossip liar jemaah:

    โ€œIshh, kentut pulak mamat tu. Makan petai ke apa?โ€

    Kalau di Ireland dahulu, baked bean!

    Ali mengambil semula wuduk, dan segera menyertai jemaah menyempurnakan solat beliau.

    Usai bersolat, Ali terkenang kitab kecil tulisan Abbas al-Sisi rahimahullah, yang beliau pernah baca.

    Abbas al-Sisi memetik hadis ini untuk membincangkan tentang kepentingan akhlak sebagai agenda besar usaha dakwah dan perjuangan Islam. Sebagai pemimpin al-Ikhwan al-Muslimun ketika itu, beliau mengingatkan para pejuang Islam, betapa tingginya tatatertib hidup kaum Muslimin yang Nabi Muhammad ๏ทบ ajar.

    Hingga soal terkentut semasa solat Jemaah pun ada tatasusilanya.

    Memegang hidung, seolah-olah hidung berdarah. Hidung berdarah atau disebut sebagai ุฑูุนุงู (ruสปฤf), adalah perkara yang turut membatalkan wuduk. โ€˜Berpura-puraโ€™ hidung berdarah dengan memegang hidung itu tidak dianggap menipu. Sekadar strategi yang cukup untuk menjaga aib muka sendiri, dan mengekalkan keharmonian komuniti.

    Terpulang apa yang hendak jemaah sangkakan andai terlihat seseorang memegang hidung semasa keluar meninggalkan saf.

    Apa yang penting, sesama Muslim dan Mukmin itu, benang-benang yang menjahit mereka menjadi tenunan ummah yang indah, adalah pada akhlak.

    Tiada yang terlalu kecil untuk baginda ๏ทบ santuni.

    Mudah-mudahan apabila kita ingat semula hadis ini, kita kembali menghargai agama Nabi Muhammad ๏ทบ yang begitu indah. Jauh daripada jerit pekik, malu memalukan, ghairah melihat orang buat salah, hingga didikan yang baginda ๏ทบ tinggalkan tercemar dan jarah.

    Hasrizal

    Naas, Ireland

    3 min
  • Ibrah 'Republic of Virtue': Tatkala Politik Bersilang Wakil Moral

    ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—› ๐—˜๐—ฅ๐—” '๐—ฅ๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—•๐—Ÿ๐—œ๐—– ๐—ข๐—™ ๐—ฉ๐—œ๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—˜': ๐—ง๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ '๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ' ๐— ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก

    • Politik berkaitan dengan usaha memperbaiki urus tadbir masyarakat dan mengharuskan fokus pada kompetensi dalam pengurusan.
    • Penggabungan politik dengan moral dan kebenaran boleh membawa risiko apabila ia mengaitkan pihak yang menentang dengan menentang kebaikan dan kebenaran.
    • Sejarah menunjukkan contoh, seperti di Perancis, di mana perjuangan untuk moral dan kebaikan berubah menjadi pemerintahan autoritarian.
    • Fokus utama dalam politik haruslah pada integriti dan kompetensi, bukan semata-mata pada penggabungan agama dengan politik.
    • Salah faham mengenai pemisahan agama dan politik boleh membawa kepada ekstremisme dan keganasan.


    ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก

    ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—น

    • Pembabitan dalam politik adalah usaha untuk memperbaiki urus tadbir demi kebaikan masyarakat. Namun, apabila politik digabungkan dengan moral dan kebenaran, ia membawa risiko besar.
    • Keadaan semasa di Amerika Syarikat dengan parti Republican dan MAGA di bawah Trump menunjukkan bagaimana nilai dan moral yang dipromosikan boleh dilihat sebagai mewakili kebenaran mutlak. Ini menimbulkan bahaya apabila sesiapa yang menentang dilabel sebagai menentang kebaikan dan kebenaran.

    ๐—–๐—ผ๐—ป๐˜๐—ผ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต: ๐—ฅ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ผ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐˜€

    • Sejarah menawarkan pengajaran melalui contoh Revolusi Perancis di bawah Robespierre. Perjuangan untuk moral dan keadilan sosial bertukar menjadi pemerintahan autoritarian berdarah. Lebih 40,000 orang dibunuh dalam tempoh singkat (1793-1794) untuk mempertahankan โ€˜kebaikanโ€™ yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Robespierre berpendapat bahawa โ€˜terrorโ€™ diperlukan untuk mengekalkan virtue, menunjukkan bahaya apabila politik disamakan dengan kebenaran mutlak.
    • Katanya:

    โ€œ๐˜๐˜ง ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ด ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ณ ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ท๐˜ช๐˜ณ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฆ, ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ด ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ณ ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ต๐˜ฉ ๐˜ท๐˜ช๐˜ณ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ณ.โ€

    ๐—™๐—ผ๐—ธ๐˜‚๐˜€ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ง๐—ฎ๐—ฑ๐—ฏ๐—ถ๐—ฟ

    • Kisah ini menekankan pentingnya kompetensi dalam urus tadbir politik.
    • Politik yang berasaskan kepercayaan dan moral peribadi tidak harus mengorbankan kebolehan untuk mengurus dengan baik.
    • Sebaliknya, akhlak dan keimanan harus menjadi urusan peribadi yang membantu membentuk integriti, tetapi bukan sebagai asas untuk mendakwa pihak lain menentang kebaikan, jika mengkritik kompetensi urus tadbirnya.

    ๐—ฅ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ผ ๐—–๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ

    • Campuran agama dan politik boleh membawa kepada salah faham dan ekstremisme.
    • Menyatakan bahawa menolak satu idea politik bermakna menolak agama atau kebenaran boleh membawa kepada ekstremisme yang berbahaya.
    • Kesedaran terhadap sejarah dan pemisahan antara urusan politik dan agama adalah penting untuk mengelakkan keganasan dan pemerintahan autoritarian.
    • Memisahkan secara total agama dengan politik lazim ditakrifkan sebagai sekularisme.
    • Sedangkan pada masa yang sama, gagal melihat garis daerah antara agama dan urus tadbir, ia sama seperti menganggap muamalat = akidah. Ia mengundang musibah.

    #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland #ibrah

    6 min
  • Semalam Jahil, Lusa Jahil Semula

    ๐Ÿ“– Imam Birgivi(ุงู„ุจุฑูƒูˆูŠ) membahagikan al-Jahl (kejahilan) kepada dua:
    1๏ธโƒฃ al-Jahl al-Basฤซแนญ (sederhana) โ€“ tidak tahu dan sedar dirinya tidak tahu. Ubatnya: belajar.
    Ada juga jahil yang terjadi kerana percanggahan hujah. Ia mencetuskan bingung, ragu, berbelah bagi, atau terhenti berpendirian. Ubatnya: aplikasi proses berfikir dengan logik & qawa'id akal.

    Jahil yang kompleks memerlukan upaya berfikir yang baik. Tanpanya, ia sukar diselesaikan.
    Jahil dalam perkara yang kita tidak ada keperluan tahu, tidak mengapa. Jahil yang salah dan keji ialah apabila kita tiada ilmu di dalam perkara yang kita kena ada ilmu mengenainya.
    Maknanya, sebelum buat satu-satu perkara atau hendak bercakap mengenainya, periksa dahulu kita ada ilmu mengenainya atau tidak. Mengadakan ilmu berkenaan adalah keutamaan dan keselamatan. Melangkauinya dan main belasah aje, terjebak dalam kehinaan dan kesesatan, lebih daripada sesatnya haiwan ternak.

    2๏ธโƒฃ al-Jahl al-Murakkab (kompleks)
    Jahil bencana ialah jahil berlapis-lapis, tidak peduli kepadanya, bahkan tidak rasa ia salah dan bermasalah. Jahil kategori ini, ada ancaman dunia dan ada azab Akhirat yang menanti.
    #birgiviย #imambirgiviย #ุงู„ุจุฑูƒูˆูŠย #hasrizalabduljamilย #ustazhasrizal

    8 min
  • Buli Siber: Dakwah 'Tikus Baik Labu'

    ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—•๐—˜๐—ฅ: ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”๐—› '๐—ง๐—œ๐—ž๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ'[Baca artikel penuh di blog: https://saifulislam.com/buli-siber-dakwah-tikus-baik-labu/]

    Semalam, di halaman Facebook saya, timbul satu pertanyaan menarik berhubung statistik yang meletakkan Malaysia antara negara tertinggi di dunia terlibat dalam buli siber. Pengunjung tersebut bertanya, adakah apabila kita melihat orang melakukan maksiat, seperti tidak menutup aurat, lalu kita menegur, perbuatan itu dikategorikan sebagai buli siber? Dan jika kita tidak mahu termasuk dalam statistik tersebut, maka bila nampak maksiat kita perlu biarkan sahaja?Soalan ini berat. Ia menggambarkan bahawa niat yang baik sahaja tidak cukup untuk mengislamkan perbuatan kita, jika ia tidak diserlahkan melalui cara yang baik dan menatijahkan kebaikan.Memang Nabi ๏ทบ mengajarkan bahawa apabila kita melihat kemungkaran, kita perlu bertindak.โ€œ๐˜š๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข (๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ด๐˜ข); ๐˜ซ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข (๐˜ฏ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต); ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ซ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜จ๐˜ข, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข (๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ); ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ-๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ.โ€ [๐˜™๐˜ช๐˜ธ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ต ๐˜”๐˜ถ๐˜ด๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ]๐˜™๐˜ถ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ: ๐˜๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด 34, 40 ๐˜๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด ๐˜ข๐˜ฏ-๐˜•๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ธ๐˜ชHadisnya menyebut perkataan ููŽู„ู’ูŠูุบูŽูŠูู‘ุฑู’ู‡ู (maka hendaklah dia mengubah), bukan sekadar ูŠูู†ู’ูƒูุฑูู‡ู (menegur). Perkataan fal-yughayyirhu menuntut perubahan yang membawa hasil: yang salah menjadi betul, yang buruk menjadi baik.Maknanya, nahi mungkar bukan sekadar berkata, โ€œAku dah tegur, kalau kau tak terima, itu nasib kau.โ€ Walaupun teguran itu betul, jika disampaikan dengan cara yang mendatangkan mudarat atau menimbulkan kemungkaran baharu, itu bukanlah nahi mungkar. Pepatah Melayu menyebut, bagai tikus membaiki labu.Dakwah yang tidak memelihara maruah orang dan gagal membezakan antara buli siber dengan nahi mungkar lebih banyak merosakkan daripada membawa kebaikan.Dakwah tikus baik labu.Hakikatnya ia buli siber.Allah ๏ทป dan Rasulullah ๏ทบ tidak suka.#pendidikanjalanislah #dakwah #hasrizalabduljamil

    8 min
  • Checklist Apabila Anak Mula Bersekolah

    Apabila anak mula bersekolah, persaingan mula terjadi antara pengaruh kita di rumah dengan pengaruh yang anak bawa pulang daripada pengalaman persekolahannya. Ia harus mencetuskan prihatin ibu bapa untuk memerhati perkembangan, dan perubahan yang berlaku.
    Anak sepatutnya berasa gembira dengan pengalaman baharu itu. Persekolahan meluaskan dunianya, menambah kawan dan pengalaman, mengeluarkannya daripada rutin kebiasaan yang anak sudah biasa di rumah.
    Akan tetapi, jika anak balik dari sekolah tidak gembira, ibu bapa perlu semak:
    Pertama, faktor anak sendiri. Mungkin ada penyesuaian diri perlukan bantuan. Malah mungkin anak rasa tak selesa mahu buang air kecil dan besar di sekolah, menahan hingga balik ke rumah. Dapatkan maklumat dan sembang dengan anak.
    Kedua, kita tinjau faktor sekeliling anak. Jika faktor tandas tadi wujud, boleh juga terjadi tandas di sekolah tidak bersih atau ketinggian tidak sesuai, anak tidak tahu macam mana hendak menghadapinya.
    Lihat juga ada isukah antara anak dengan kawan-kawannya, dengan cikgu, dengan silibus dan aktiviti pembelajaran di sekolah.
    Apa yang utama, menghantar anak ke sekolah bukan bermaksud memindahkan tanggungjawab mendidik kepada sekolah dan guru. Ia melengkapkan keperluan anak dan menambah apa yang ibu bapa ada kekangan menambah sendiri di rumah.
    Anak perlu gembira dengan pengalaman awal persekolahannya. Jika sebaliknya, ibu bapa perlu ambil tahu dan buat sesuatu mengenainya.
    #ustazhasrizalย #hasrizalabduljamilย #hasrizalย #pendidikanjalanislahย #khalifahmethod

    3 min
  • Tauhid Itu 'Simple Tapi Bukan Simplistik

    TAUHID ITU SIMPLE TAPI BUKAN SIMPLISTIK


    Asas agama kita ialah Tauhid, mentauhidkan Allah SWT tanpa menyekutukan-Nya. Tauhid mudah difahami, namun tidak menjadikan agama ini simplistik. Ia tetap menuntut kita berfikir, memahami kerencaman ideologi, dan menguasai ilmu.
    Dalam Fiqh Sirah, Muhammad Saโ€˜id Ramadan al-Bลซแนญฤซ memetik pandangan Abul Hasan Ali an-Nadwi dalam Mฤdzฤ Khasira al-โ€˜ฤ€lam bi Inhithฤt al-Muslimฤซn, bahawa keadaan Semenanjung Tanah Arab ketika kebangkitan Islam lebih stabil berbanding kekacauan falsafah dan ideologi yang melanda Rom dan Parsi. Masyarakat Arab Jahiliyyah, walaupun rosak dari segi akidah dan moral, masih memiliki pemikiran yang teratur, sehingga mudah menerima kebenaran apabila dijelaskan. Ibn Khaldun turut mengulas pandangan ini.


    Hari ini, kita berdepan masyarakat dengan pemikiran bercampur-campur antara Timur dan Barat, lama dan moden. Untuk menyampaikan Tauhid dalam konteks ini, kita perlu memahami kekeliruan yang berlaku dan menguasai pelbagai disiplin: ilmu agama, sejarah Islam dan tamadun dunia, perkembangan teknologi, serta kajian tentang kecelaruan kognitif, bias pemikiran, dan kerosakan reasoning. Kita hidup di era di mana cabaran beragama bertambah dengan akal yang semakin tidak sihat.


    #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

    3 min

About Hasrizal

From the publisher's feed

PODCAST.HASRIZAL.COM

More shows like Hasrizal

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

195 Listeners