Waroeng Baru

Bising saja tak jadi, kena buat kerja juga: pengalaman Malaysian Fitnes Coalition dan sektor fitness mengharungi PKP


Listen Later

Usaha dan tugas mengatur pergerakan itu seperti namanya, ia melibatkan kerja di lapangan.


Minggu ini kita berpeluang mendengar pengalaman mengatur pergerakan sector kecergasan ‘fitness ‘ dalam menghadapi cabaran-cabaran PKP sejak tahun lalu daripada Toh Yen Kee, wakil Malaysian Fitness Coalition.


Gabungan tersebut melibatkan pengusaha-pengusaha sector tersebut dari pelbagai saiz dan hari ini terdiri dari lebih 230 syarikat.


Mereka telah mengambil Langkah proaktif untuk bersatu dalam usaha mereka meyakinkan kerajaan untuk membenarkan operasi sector kecergasan, dan juga merangka SOP yang terperinci sebagai sebuah bentuk penyelesaian.


Episod kali ini turut membincangkan perkembangan terkini pembukaan parlimen dan kemungkinan tercetus krisis perlembagaan, masalah xenophobia terhadap pekerja migran (pekerja asing) yang berterusan, dan resolusi terkini Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengecam pentadbiran tentera di Myanmar dan menghalang penjualan senjata kepada kerajaan tersebut.


Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru


Soalan minggu ini: Adakah anda ingin melihat Jemaah Menteri bertanding dalam sebuah pertandingan menari ala ‘So You Think You Can Dance?”


Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru).


Terima kasih kami ucapkan 😊


Intisari episod:

Buka parlimen segera    01:12.1

Telefon PdPR meletup    08:10.8

Operasi penangkapan migran    14:22.3

Resolusi sekatan senjata terhadap Myanmar    26:28.6

Pengalaman sektor kecergasan dan MFC menghadapi Covid    30:41.8

Cadangan minggu ini    21:37.1



Bacaan lanjut:

1.Negara berisiko hadapi krisis perlembagaan https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/829261/negara-berisiko-hadapi-krisis-perlembagaan

2.Telefon perjuma Jaringan Prihatin untuk PDPR meletup

https://bm.soyacincau.com/2021/06/16/telefon-percuma-jaringan-prihatin-untuk-pdpr-meletup/

3.UNHCR continues supporting Malaysia’s national vaccination programme, including  in sharing refugee population figures

https://www.unhcr.org/en-my/news/latest/2021/6/60c84d714/unhcr-continues-supporting-malaysias-national-vaccination-programme-including.html

4.119 anggota PBB kenakan sekatan senata ke atas Myanmar

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/06/829496/119-anggota-pbb-kenakan-sekatan-senjata-ke-atas-myanmar

5. Reclassify gym, fitness industry as an essential service, Fitness Coalition urges govt

https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2021/06/11/reclassify-gym-fitness-industry-as-an-essential-service-fitness-coalition-urges-govt


Episod ini dirakam pada 19 June 2021.

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

Waroeng BaruBy Waroeng Baru