[Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini]
Apakah jalan ke hadapan untuk membangunkan semula ekonomi setelah dilanda badai COVID-19?
Kita tidak boleh sekadar pulang ke asal, dan membenarkan kembalinya struktur ekonomi yang mengayakan hanya segelintir dan memerah hampir ke semua yang lain.
Ekonomi yang dibangunkan semula pasca pandemik perlulah bersifat lebih adil dan saksama, dan mementingkan kesejahteraan hidup rakyat, keadilan sosial dan perlindungan alam sekitar. Jelas kita perlu meninggalkan gaya hidup dan aktiviti yang bersifat eksploitasi dan hanya berkiblatkan keuntungan semata-mata.
Dalam finale musim ini, Prof Jomo Kwame Sundaram, tokoh ekonomi negara, berkongsi sedikit sebanyak tentang sejarah perkembangan ekonomi kita sejak era 80-an sehingga hari ini, dan implikasi tindakan-tindakan dasar yang diambil kepada kita hari ini. Dia juga menjelaskan sebab-sebab mengapa industri tempatan harus diperkasakan semula secara efektif, dan tidak hanya bergantung kepada aliran pelaburan dari luar.
Kita juga membincangkan isu kelompongan pemimpin muda, kembalinya akta hasutan, dan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat.
Episod ini dirakam pada 4 September 2021.
Maklumat lanjut tentang episod ini di www.waroengbaru.com
Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan media bebas dan bermartabat di www.patreon.com/waroengbaru
Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix