Waroeng Baru

Perlukah aktivisme bingit untuk berkesan? [EDISI RINGKAS]


Listen Later

[Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini]

Aktivisme sering dikaitkan dengan gangguan dan perbuatan yang akan menyebabkan kesusahan orang ramai, namun ia juga unsur penting dalam masyarakat yang sihat.

Dalam keadaan COVID-19, ruang aktivisme masyarakat madani menjadi lebih terbatas kerana faktor kesihatan yang menyebabkan perubahan gerak kerja yang ketara.

Impak wabak itu juga telah mendedahkan keparahan masalah yang kita hadapi, dan mewujudkan gerakan dan generasi aktivis yang baru.

Kita membahaskan semua ini bersama Zikri Rahman, aktivis masyarakat, penyelidik, dan penulis, dalam episod ini.

Episod ini dirakam pada 21 Ogos 2021.

====

Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan media bebas dan bermartabat di  www.patreon.com/waroengbaru

Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

Waroeng BaruBy Waroeng Baru