
Sign up to save your podcasts
Or


Khabar golongan doktor kontrak akan mogok sedang hangat diperkatakan. Isu skim kontrak dan ketidaktentuan khususnya untuk generasi doktor muda ini telah berlarutan selama bertahun. Apabila keperluan perkhidmatan perubatan yang mencanak naik semasa pandemik, ramai yang telah sampai ke titik pecah. Ini bukan sahaja memberikan implikasi kepada masa depan doktor-doktor yang terkesan, tetapi juga kepada sistem dan kualiti perkhidmatan yang diberi di jangka masa panjang.
Dalam episod ini, tetamu undangan Aisha Adam memberikan penjelasan tentang latar belakang isu ini, dan suasana sistemik yang masih belum dirawat sehingga hari ini.
Kita juga membincangkan perkembangan terkini tentang perbahasan pembukaan semula Parlimen, dan sama ada ia hanya taktik melengahkan sedangkan penyelesaian perlu dicapai segera untuk mengubah kadar kematian, kehilangan pekerjaan, penutupan perniagaan yang semakin mengeruh.
Episod ini juga melihat perkembangan terkini rang undang-undang di Amerika untuk mengawal dan memecah monopoli dalam kalangan syarikat gergasi teknologi, agar dapat mewujudkan lapangan persaingan yang lebih sihat.
Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru
Soalan minggu ini: Pekerjaan apa yang dipandang mulia dan mendapat layanan baik di Malaysia?
Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru).
Episod ini dirakam pada 26 Jun 2021
Kandungan episod
1. Siapa boleh buka parlimen? 1:26
2. RUU pecah monopoli syarikat gergasi teknologi di USA 22:05
3. Hartal Doktor Kontrak 41:19
4. Latar belakang doktor kontrak 42:48
5. Terlebih graduan, kurang doctor 56:21
6. Pengalaman negara-negara lain 1:02:08
7. Kelestarian kerjaya perubatan 1:07:47
8. Solidariti untuk usaha melindungi pekerja 1:15:14
9. Cadangan-cadangan minggu ini 1:24:30
---
Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix
Usaha dan tugas mengatur pergerakan itu seperti namanya, ia melibatkan kerja di lapangan.
Minggu ini kita berpeluang mendengar pengalaman mengatur pergerakan sector kecergasan ‘fitness ‘ dalam menghadapi cabaran-cabaran PKP sejak tahun lalu daripada Toh Yen Kee, wakil Malaysian Fitness Coalition.
Gabungan tersebut melibatkan pengusaha-pengusaha sector tersebut dari pelbagai saiz dan hari ini terdiri dari lebih 230 syarikat.
Mereka telah mengambil Langkah proaktif untuk bersatu dalam usaha mereka meyakinkan kerajaan untuk membenarkan operasi sector kecergasan, dan juga merangka SOP yang terperinci sebagai sebuah bentuk penyelesaian.
Episod kali ini turut membincangkan perkembangan terkini pembukaan parlimen dan kemungkinan tercetus krisis perlembagaan, masalah xenophobia terhadap pekerja migran (pekerja asing) yang berterusan, dan resolusi terkini Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengecam pentadbiran tentera di Myanmar dan menghalang penjualan senjata kepada kerajaan tersebut.
Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru
Soalan minggu ini: Adakah anda ingin melihat Jemaah Menteri bertanding dalam sebuah pertandingan menari ala ‘So You Think You Can Dance?”
Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru).
Terima kasih kami ucapkan 😊
Intisari episod:
Buka parlimen segera 01:12.1
Telefon PdPR meletup 08:10.8
Operasi penangkapan migran 14:22.3
Resolusi sekatan senjata terhadap Myanmar 26:28.6
Pengalaman sektor kecergasan dan MFC menghadapi Covid 30:41.8
Cadangan minggu ini 21:37.1
Bacaan lanjut:
1.Negara berisiko hadapi krisis perlembagaan https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/829261/negara-berisiko-hadapi-krisis-perlembagaan
2.Telefon perjuma Jaringan Prihatin untuk PDPR meletup
https://bm.soyacincau.com/2021/06/16/telefon-percuma-jaringan-prihatin-untuk-pdpr-meletup/
3.UNHCR continues supporting Malaysia’s national vaccination programme, including in sharing refugee population figures
https://www.unhcr.org/en-my/news/latest/2021/6/60c84d714/unhcr-continues-supporting-malaysias-national-vaccination-programme-including.html
4.119 anggota PBB kenakan sekatan senata ke atas Myanmar
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/06/829496/119-anggota-pbb-kenakan-sekatan-senjata-ke-atas-myanmar
5. Reclassify gym, fitness industry as an essential service, Fitness Coalition urges govt
https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2021/06/11/reclassify-gym-fitness-industry-as-an-essential-service-fitness-coalition-urges-govt
Episod ini dirakam pada 19 June 2021.
Kalau anda rasa seperti kita sebagai rakyat biasa hari ini tiada kuasa, anda tidak keseorangan.
Maklumlah, kita bukan sahaja dalam keadaan PKP, malah ada darurat, dan pelbagai tentangan yang diletakkan ke atas kita yang membuat kita rasa lemah.
Namun, bak kata He-man, “I have the power”. Kita sebenarnya masih mempunyai kuasa untuk menuntut hak-hak kita, dan supaya pihak berwajib bertanggungjawab atas tindak-tanduk mereka.
Dalam edisi kali ini, Waroeng Baru membincangkan mengapa pergerakan-pergerakan setempat dan informal sangat penting untuk membina kekuatan masyarakat, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.
Bacaan lanjut:
10 elemen utama untuk membina sebuah gerakan - https://bioneers.org/manuel-pastors-10-key-elements-movement-building-ztvz1802/
Sejarah awal kesatuan sekerja di UK =- http://www.nationalarchives.gov.uk/pathways/citizenship/struggle_democracy/trade_unionism.htm
Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix
Waroeng Baru kembali setelah beberapa bulan sunyi, dan letih selepas tidak habis-habis gelengkan kepala memikirkan perkembangan-perkembangan negara sehingga saat ini.
Dalam keadaan Covid terus menerus merebak daripada waktu darurat diumumkan, kepada MCO 2.0, 3.0, dan seterusnya, kita sudah semakin sudah untuk harapkan pemerintah ambil tindakan bijaksana tanpa perlu ditekan oleh rakyat.
Apa jalan ke hadapan selepas ini? Apakah kita akan perlu terus mengharungi krisis ini dengan golongan ahli politik lama yang nampaknya tidak berfikir lebih jauh daripada dua minggu?
Adakah idea-idea seperti kerajaan campuran, kabinet darurat semata-mata dapat membawa kita keluar daripada suasana ini?
Mungkin akhirnya kita nampak kesan apabila tiada pembaharuan anggota dalam kalangan elit politik, yang bererti idea dan pendekatan juga menjadi basi.
Apakah cara untuk kita pecahkan monopoli kuasa ini? Berikan komen anda melalui sosial media kepada @waroengbaru
RALAT:
- Kementerian Kesihatan bukan anggota MKN.
- Kabinet Perang UK sewaktu Perang Dunia Pertama dikepalai Lloyd George. Clement Attlee merupakan Perdana Menteri selepas Winston Churchill
Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix
Pejam celik kita sudah di tahun 2021, dan dalam PKP baru.
Bukan itu sahaja, kali ini kita tambah DARURAT!
Di Waroeng Baru kali ini, persoalan-persoalan yang berkaitan dengan deklarasi ini ditimbulkan dan kita juga membincangkan kesan terhadap undang-undang, ekonomi, dan masyarakat.
Kami perlu bantuan anda untuk membina media mandiri, bermaruah, dan bermartabat. Ayuh sumbang di Patreon.com/WaroengBaru
Dalam siaran ini, kami merujuk kepada bahan-bahan berikut:
Lagu tema: "Makan Gaji" oleh Azmyl Yunor & The Sigarettes.
Apakah amalan agama sentiasa di luar rasional akal, terutamanya dalam menghadapi isu seperti Covid-19 dan vaksinnya?
Kita bersama dengan Afiq M Nor semula untuk membincangkan esei "Wabak, Agama".
Baca esei tersebut dalam Svara Isu 3, yang boleh didapati di jurnalsvara.yezza.store, Tintabudi
dan kedai-kedai buku terpilih.
Lagu tema minggu ini: "Makan Gaji" oleh Azmyl Yunor
& The Sigarettes.
Kita bersama bina masyarakat mandiri, bermaruah, dan bermartabat. Ayuh sumbang di Patreon.com/WaroengBaru
Hos: Aisha Adam dan Badrul Hisham Ismail
Penerbit: Lutfi Hakim Ariff
Grafik: Muizz Adam
Antara bentuk pakaian yang digunakan secara meluas, batik mempunyai sejarah perkembangan dan budaya yang bukan sahaja lama, tetapi juga pelbagai latar belakang.
BerSvara kali ini menampilkan Alina Abdullah, penulis esei "Berbagi Sejarah Dalam Cantingan Batik" dan membincangkan sedikit-sebanyak tentang dunia pembatikan, dan halatujunya.
Baca esei tersebut dalam Svara Isu 3, yang boleh didapati di jurnalsvara.yezza.store, Tintabudi dan kedai-kedai buku terpilih.
Lagu tema minggu ini: "Makan Gaji" oleh Azmyl Yunor
& The Sigarettes.
Kita bersama bina masyarakat mandiri, bermaruah, dan bermartabat. Ayuh sumbang di Patreon.com/WaroengBaru
Hos: Muizz Adam dan Badrul Hisham Ismail
Penerbit: Lutfi Hakim Ariff
Grafik: Muizz Adam
Sejarah perjuangan politik Perdana Menteri kelapan Malaysia, Muhyiddin Yassin cukup berliku.
Perjalanan politik beliau untuk menduduki kerusi tertinggi negara diisi dengan pelbagai episod kejayaan, kegagalan, persahabatan, dan penganiayaan.
Dalam esei beliau dalam Svara isu 2, wartawan Radz Razak menelusuri karir politik Muhyiddin ke saat ini.
Pada persimpangan terkini politik hari ini, kita mahu bertanya, "ke mana lagi selepas ini?"
Dapatkan sekarang melalui jurnalsvara.yezza.store , Tintabudi dan kedai-kedai buku terpilih.
Lagu tema minggu ini: "Makan Gaji" oleh Azmyl Yunor
& The Sigarettes.
Kita bersama bina masyarakat mandiri, bermaruah, dan bermartabat. Ayuh sumbang di Patreon.com/WaroengBaru
Tetamu: Radz Razak (Twitter/IG: @lexradz)
Hos: Aisha Adam dan Badrul Hisham Ismail
Penerbit: Lutfi Hakim Ariff
Grafik: Muizz Adam
Pengamatan seorang peminat tegar terhadap segala yang namanya K-Pop.
Isu 4.Siaran kali ni kita bertemu dengan Afi Noor, penulis esei dalam
Dapatkan sekarang melalui jurnalsvara.yezza.store , dan kedai buku
Tintabudi
& The Sigarettes.Lagu tema minggu ini: "Makan Gaji" oleh
Kita bersama bina masyarakat mandiri, bermaruah, dan bermartabat. Ayuh sumbang di Patreon.com/WaroengBaru
Hos: Aisha Adam dan Badrul Hisham Ismail
Penerbit: Lutfi Hakim Ariff
Grafik: Muizz Adam
Perjuangan kiri semakin mendapat tumpuan dalam politik arus perdana akibat kegagalan sistem yang tidak dapat menjaga kebajikan golongan terbanyak, lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik hari ini.
Namun, kisah sosialisme di Malaysia mempunyai sejarah yang panjang yang dipimpin ramai tokoh, antaranya ialah Kassim Ahmad, mantan presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia.
Saudara Wan Hamidi berkongsi kisah beliau berinteraksi dengan tokoh tersebut, dan perjalanan beliau mencari wadah memperjuangkan sosialisme.
Esei beliau, "Mencari Sosialisme" boleh dibaca dalam Svara isu #4
Dapatkan sekarang melalui jurnalsvara.yezza.store , dan kedai buku Tintabudi
From the publisher's feed