Waroeng Baru

Waroeng Baru

By Waroeng BaruNewsNews Commentary
Download on the App Store

Waroeng Baru episodes

  • Perlukah aktivisme bingit untuk berkesan?

    Aktivisme sering dikaitkan dengan gangguan dan perbuatan yang akan menyebabkan kesusahan orang ramai, namun ia juga unsur penting  dalam masyarakat yang sihat.

    Dalam keadaan COVID-19, ruang aktivisme masyarakat madani menjadi lebih terbatas kerana faktor kesihatan yang menyebabkan perubahan gerak kerja yang ketara.

    Impak wabak itu juga telah mendedahkan keparahan masalah yang kita hadapi, dan mewujudkan gerakan dan generasi aktivis yang baru.

    Kita membahaskan semua ini bersama Zikri Rahman, aktivis masyarakat, penyelidik, dan penulis, dalam episod ini.

    Kita juga melihat kepulangan UMNO ke kerusi PM, pergolakan terkini di Afghanistan, dan keluasan kuasa polis yang merunsingkan.

    Episod ini dirakam pada 21 Ogos 2021.

    ====

    Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu  rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan  media bebas dan bermartabat di  www.patreon.com/waroengbaru

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

    1 hr 19 min
  • Ekonomi maju, gaji mundur [EDISI RINGKAS]

    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini. Episod penuh boleh didapati di saluran Di Waroeng Baru melalui Spotify, Google Podcast, dan aplikasi podcast pilihan anda.]

    Kerja keras tapi tidak kaya-kaya itu kita sudah biasa dengar, tapi kalua kerja keras jadi lagi miskin… macam mana tu?

    Tahun lalu gaji purata di Malaysia dilaporkan turun 9%, antaranya disebabkan kesan pandemik. Namun trend gaji yang mendatar dan tidak meningkat mengikut inflasi mahupun pertumbuhan ekonomi sebenarnya sudah lama berlaku.

    Kita bersama dengan Dr Melati Nungsari minggu ini, seorang pakar mikroekonomi yang menjelaskan sebab-sebab di sebalik fenomena ini, dan apakah langkah yang boleh diambil untuk mengubahnya.

    Episod ini dirakam pada 25 Julai 2021.

    Sumber dan bacaan lanjut di waroengbaru2020.wordpress.com

    ====

    Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan media bebas dan bermartabat di  www.patreon.com/waroengbaru

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

    1 hr 3 min
  • Ekonomi maju, gaji mundur

    Kerja keras tapi tidak kaya-kaya itu kita sudah biasa dengar, tapi kalua kerja keras jadi lagi miskin… macam mana tu?

    Tahun lalu gaji purata di Malaysia dilaporkan turun 9%, antaranya disebabkan kesan pandemik. Namun trend gaji yang mendatar dan tidak meningkat mengikut inflasi mahupun pertumbuhan ekonomi sebenarnya sudah lama berlaku.

    Kita bersama dengan Dr Melati Nungsari minggu ini, seorang pakar mikroekonomi yang menjelaskan sebab-sebab di sebalik fenomena ini, dan apakah langkah yang boleh diambil untuk mengubahnya.

    Kita juga membincangkan sidang khas parlimen yang akan bermula hari ini, konvoi lawan yang berlangsung di seluruh negara, dan perkembangan terkini hartal doctor kontrak.

    Episod ini dirakam pada 25 Julai 2021.

    Senarai rujukan terdapat di waroengbaru2020.wordpress.com

    ====

    Sokongan anda membantu Waroeng Baru membawa perbincangan dan isu rakyat kepada tatapan ramai. Berikan sumbangan anda untuk mengembangkan media bebas dan bermartabat di  www.patreon.com/waroengbaru

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

    Kandungan episod:

    3 Isu Mesti Tahu 1:22.9

    Persidangan Khas Parlimen 01:52.9

    Protes #Lawan diteruskan   walaupun diintimidasi 08:42.7

    Hartal Doktor Kontrak   berlangsung 21:18.6

    Pengenalan Ekonomi Naik   Gaji Mundur 24:53.1

    Masyarakat akan terbahagi   dua akibat jurang pengagihan wang 30:04.5

    Permintaan dan penawaran   dalam pasaran buruh 38:14.9

    Kesan Gaji pertama rendah 43:35.0

    Gaji rendah dalam   pandemik 49:13.0

    Paras gaji pekerja migran   juga penting 55:31.5

    Pekerjaan bukan sekadar   nama 59:36.0

    Mobiliti sosial semakin   teruk 07:54.9

    Gaji minima vs gaji wajar 14:30.6

    Kita perlukan perubahan   dan UBI 20:18.4

    Nak tengok apa minggu   ini? 26:53.1

    1 hr 36 min
  • Kisah sebalik gerakan hartal: doktor kontrak sudah puas menanti kepastian [Edisi Ringkas]

    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini. Episod penuh boleh didapati di saluran Di Waroeng Baru melalui Spotify, Google Podcast,

    dan aplikasi podcast pilihan anda.]

    Hari ini  terdapat lebih 23,000 orang doctor kontrak yang berkhidmat dalam system  kesihatan awam sejak 2016, dan masa hadapan mereka masih belum jelas.

    Ini bukan sahaja menjejaskan kemajuan pekerjaan mereka tetapi  mengundang masalah yang lebih besar untuk system kesihatan awam  sekiranya mereka tidak meneruskan perkhidmatan mereka setelah tamat  tempoh kontrak sedia ada.

    Kita mendapatkan perkembangan lanjut tentang isu doktor kontrak dan  hartal yang dirancang bersama Dr Sabarina daripada Hartal Doktor  Kontrak, dan penjelasan tentang apa yang dituntut gerakan tersebut.

    Episod ini dirakam pada 11 Julai 2021.

    Bahan dan rujukan minggu ini boleh didapati di  https://waroengbaru2020.wordpress.com/2021/07/19/di-sebalik-gerakan-hartal-doktor-kontrak-puas-menanti-kepastian/

    ====

    Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat,   apa  kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di    www.patreon.com/waroengbaru

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

    58 min
  • Kisah sebalik gerakan hartal: doktor kontrak sudah puas menanti kepastian

    Hari ini terdapat lebih 23,000 orang doctor kontrak yang berkhidmat dalam system kesihatan awam sejak 2016, dan masa hadapan mereka masih belum jelas.

    Ini bukan sahaja menjejaskan kemajuan pekerjaan mereka tetapi mengundang masalah yang lebih besar untuk system kesihatan awam sekiranya mereka tidak meneruskan perkhidmatan mereka setelah tamat tempoh kontrak sedia ada.

    Kita mendapatkan perkembangan lanjut tentang isu doktor kontrak dan hartal yang dirancang bersama Dr Sabarina daripada Hartal Doktor Kontrak, dan penjelasan tentang apa yang dituntut gerakan tersebut.

    Episod ini turut membincangkan demonstrasi di Dataran Merdeka dan Majlis Pemulihan Negara yang diumumkan pemerintah.

    Kandungan episod

    Demonstrasi di dataran   dan cepatnya kompaun 01:23.3

    Penjenamaan semula Majlis   Pemulihan Negara 06:13.7

    Pengenalan Hartal Dr   Kontrak 14:53.5

    Apa status semasa Dr   Kontrak 18:00.4

    Mengapa berkhidmat di   sektor swasta bukan satu pilihan? 25:39.4

    Gerakan hartal ini tidak   mendatangkan risiko kepada dr-dr sendiri? 30:47.0

    Mengapa kami buat hartal 42:07.1

    Apa istimewanya doktor   kontrak? 45:52.6

    Rakyat sangat bergantung   kepada sektor kesihatan awam 50:14.0

    Kesan korupsi dalam   sistem 57:41.5

    Apa akan berlaku pada   hari hartal 01:21.8

    Pilihan minggu ini 11:32.0

    Episod ini dirakam pada 11 Julai 2021.

    Bahan dan rujukan minggu ini boleh didapati di https://waroengbaru2020.wordpress.com/2021/07/19/di-sebalik-gerakan-hartal-doktor-kontrak-puas-menanti-kepastian/

    ====

    Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat,  apa  kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di   www.patreon.com/waroengbaru

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

    1 hr 18 min
  • Penumpuan kuasa dan pembolotan demokrasi oleh golongan elit dan cara-cara menghadapinya [EDISI RINGKAS]

    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini. Episod penuh boleh   didapati di saluran Di Waroeng Baru melalui Spotify, Google Podcast,  dan  aplikasi podcast pilihan anda.]

    Rata-rata  kita semua sudah lesu upaya mendengar kerenah golongan kayangan yang  menjadi pemerintah kita, dan pada masa yang sama kita juga terpaksa  menjadi mangsa kelemahan mereka mentadbir.

    Ini antara impak apabila sesebuah demokrasi itu semakin diboloti oleh  sekumpulan elit yang kecil yang akan meletakkan kepentingan mereka  mendahului rakyat terbanyak.  Ia bukan sahaja akan menghinggapi  institusi-institusi politik, tetapi juga terhadap dunia perniagaan,  media, dan budaya. Akhirnya, hak warga biasa semakin terhakis, dan  kebajikan mereka tidak terbela.

    Kita bersama Raja Iskandar Fareez daripada badan pemikir REFSA untuk  membincangkan fenomena pembolotan demokrasi oleh golongan elit, dan  apakah cara-cara untuk menghadapi suasana sebegini.

    Rujukan minggu ini di blog Waroeng Baru: https://waroengbaru2020.wordpress.com/2021/07/11/penumpuan-kuasa-dan-pembolotan-demokrasi-oleh-golongan-elit-dan-cara-cara-menghadapinya/

    Episod ini dirakam pada 11 Julai 2021.

    Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat,  apa  kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di   www.patreon.com/waroengbaru

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

    1 hr 5 min
  • Penumpuan kuasa dan pembolotan demokrasi oleh golongan elit dan cara-cara menghadapinya

    Rata-rata kita semua sudah lesu upaya mendengar kerenah golongan kayangan yang menjadi pemerintah kita, dan pada masa yang sama kita juga terpaksa menjadi mangsa kelemahan mereka mentadbir.

    Ini antara impak apabila sesebuah demokrasi itu semakin diboloti oleh sekumpulan elit yang kecil yang akan meletakkan kepentingan mereka mendahului rakyat terbanyak.  Ia bukan sahaja akan menghinggapi institusi-institusi politik, tetapi juga terhadap dunia perniagaan, media, dan budaya. Akhirnya, hak warga biasa semakin terhakis, dan kebajikan mereka tidak terbela.

    Kita bersama Raja Iskandar Fareez daripada badan pemikir REFSA untuk membincangkan fenomena pembolotan demokrasi oleh golongan elit, dan apakah cara-cara untuk menghadapi suasana sebegini.

    Episod ini juga melihat perkembangan situasi kelumpuhan sistem perkhidmatan awam, khususnya di Lembah Klang, serta sambungan kejadian intimidasi terhadap pembikin-pembikin filem “Chilli Powder and Thinner” serta organisasi yang terlibat.

    Kandungan Episod:

    Hospital Lembah Klang   lumpuh 01:06.0

    Siasatan terhadap   pembikin filem "Chili Powder and Thinner" 14:24.5

    Pengenalan pembolotan   demokrasi 16:50.0

    Penumpuan kuasa sentiasa   berlaku 23:40.0

    Pendekatan top-down lebih   berkesan atau tidak 31:52.6

    Bagaimana mahu mengambil   balik kuasa 48:55.8

    Kenali struktur demokrasi 01:34.5

    Mengurangkan insentif   untuk pemusatan kuasa 15:00.7

    Pilihan minggu ini 21:29.1

    Rujukan minggu ini di blog Waroeng Baru: https://waroengbaru2020.wordpress.com/2021/07/11/penumpuan-kuasa-dan-pembolotan-demokrasi-oleh-golongan-elit-dan-cara-cara-menghadapinya/

    Episod ini dirakam pada 11 Julai 2021.

    Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa  kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di  www.patreon.com/waroengbaru

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

    1 hr 31 min
  • Hak Pekerja Tidak Terjamin (EDISI RINGKAS)

    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini. Episod penuh boleh  didapati di saluran Di Waroeng Baru melalui Spotify, Google Podcast, dan  aplikasi podcast pilihan anda.]

    Episod kali ini membincangkan keadaan hak pekerja di Malaysia dan ruang berpersatuan melalui kesatuan sekerja, bersama tetamu undangan, Adrian Pereira daripada North South Initiative.

    Laporan Global Rights Index 2021 menunjukkan suasana hak pekerja di Malaysia merosot, dengan rumusan bahawa hak pekerja tidak terjamin dalam negara. Ini disebabkan kewujudan pelbagai kekangan daripada segenap sudut, termasuk yang membataskan usaha pekerja dalam negara untuk berpersatuan. Ini memberi kesan kepada kuasa permintaan golongan pekerja, lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik.

    Adrian memberikan gambaran keadaan pekerja di Malaysia, dan juga menjelaskan mengapa usaha secara kelompok sangat penting dalam melindungi kebajikan masyarakat. Ia juga merupakan salah satu saluran demokrasi yang memberikan suara dan perwakilan kepada individu bagi menghadapi kuasa-kuasa politik dan ekonomi yang lebih besar.

    Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru

    Soalan minggu ini: Adakah anda bersedia untuk menjadi ahli persatuan pekerja?

    Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru).

    Episod ini dirakam pada 3 Julai 2021.

    ---

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

    1 hr 3 min
  • Hak Pekerja Tidak Terjamin

    Episod ini turut membincangkan kempen bendera hitam #Lawan, dan kepentingan usaha kolektif seperti itu diadakan secara berterusan. Kita juga melihat perkembangan PKP yang lebih ketat khususnya di lembah Klang, yang akhirnya dapat mengawal penularan Covid-19.

    Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru

    Soalan minggu ini: Adakah anda bersedia untuk menjadi ahli persatuan pekerja?

    Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru).

    Episod ini dirakam pada 3 Julai 2021.

    Kandungan episod:

    Pengenalan Adrian Pereira 00:18.1

    Kempen #lawan dan bendera   hitam 05:20.5

    PKPD di Selangor dan   lembah Klang 11:28.4

    Indeks Global Rights 23:35.7

    Usaha union-busting 25:22.5

    Kenapa perlu kesatuan   sekerja 30:04.7

    Hak buruh juga isu   politik 36:42.0

    Kenapa union cuba   dilemahkan 39:06.6

    Menuntut gaji bermaruah 43:52.5

    Suasana pemerdagangan   manusia di Malaysia yang merosot 45:40.2

    Orang Malaysia tak nak   buat kerja 3D 49:59.9

    Kebergantungan kepada   tenaga kerja luar yang merugikan 59:07.2

    Contoh kesatuan yang   berjaya 06:19.8

    Maklumat lanjut tentang   hak dan kesatuan sekerja 09:14.6

    Sumbang ke Waroeng Baru 19:45.7

    Pilihan minggu ini 20:44.5

    Dapatkan senarai rujukan di blog Waroeng Baru 

    https://waroengbaru2020.wordpress.com/2021/07/04/hak-pekerja-tidak-terjamin/

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

    1 hr 28 min
  • Doktor Kontrak Nak Mogok: Bersolidariti demi kelestarian sistem dan perlindungan pekerja [EDISI RINGKAS]

    [Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini. Episod penuh boleh didapati di saluran Di Waroeng Baru melalui Spotify, Google Podcast, dan aplikasi podcast pilihan anda.]

    Khabar golongan doktor kontrak akan mogok sedang hangat diperkatakan.  Isu skim kontrak dan ketidaktentuan khususnya untuk generasi doktor  muda ini telah berlarutan selama bertahun. Apabila keperluan  perkhidmatan perubatan yang mencanak naik semasa pandemik, ramai yang  telah sampai ke titik pecah. Ini bukan sahaja memberikan implikasi  kepada masa depan doktor-doktor yang terkesan, tetapi juga kepada sistem  dan kualiti perkhidmatan yang diberi di jangka masa panjang.

    Dalam episod ini, tetamu undangan Aisha Adam memberikan penjelasan  tentang latar belakang isu ini, dan suasana sistemik yang masih belum  dirawat sehingga hari ini.

    Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat,  apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di  www.patreon.com/waroengbaru

    Soalan minggu ini: Pekerjaan apa yang dipandang mulia dan mendapat layanan baik di Malaysia?

    Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru).

    -----

    Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

    44 min

About Waroeng Baru

From the publisher's feed

Siaran daripada Waroeng Baru, sebuah kolektif memperjuangkan masyarakat mandiri, bermaruah dan bermartabat.