Waroeng Baru

Penumpuan kuasa dan pembolotan demokrasi oleh golongan elit dan cara-cara menghadapinya


Listen Later

Rata-rata kita semua sudah lesu upaya mendengar kerenah golongan kayangan yang menjadi pemerintah kita, dan pada masa yang sama kita juga terpaksa menjadi mangsa kelemahan mereka mentadbir.

Ini antara impak apabila sesebuah demokrasi itu semakin diboloti oleh sekumpulan elit yang kecil yang akan meletakkan kepentingan mereka mendahului rakyat terbanyak.  Ia bukan sahaja akan menghinggapi institusi-institusi politik, tetapi juga terhadap dunia perniagaan, media, dan budaya. Akhirnya, hak warga biasa semakin terhakis, dan kebajikan mereka tidak terbela.

Kita bersama Raja Iskandar Fareez daripada badan pemikir REFSA untuk membincangkan fenomena pembolotan demokrasi oleh golongan elit, dan apakah cara-cara untuk menghadapi suasana sebegini.

Episod ini juga melihat perkembangan situasi kelumpuhan sistem perkhidmatan awam, khususnya di Lembah Klang, serta sambungan kejadian intimidasi terhadap pembikin-pembikin filem “Chilli Powder and Thinner” serta organisasi yang terlibat.

Kandungan Episod:

Hospital Lembah Klang   lumpuh 01:06.0

Siasatan terhadap   pembikin filem "Chili Powder and Thinner" 14:24.5

Pengenalan pembolotan   demokrasi 16:50.0

Penumpuan kuasa sentiasa   berlaku 23:40.0

Pendekatan top-down lebih   berkesan atau tidak 31:52.6

Bagaimana mahu mengambil   balik kuasa 48:55.8

Kenali struktur demokrasi 01:34.5

Mengurangkan insentif   untuk pemusatan kuasa 15:00.7

Pilihan minggu ini 21:29.1


Rujukan minggu ini di blog Waroeng Baru: https://waroengbaru2020.wordpress.com/2021/07/11/penumpuan-kuasa-dan-pembolotan-demokrasi-oleh-golongan-elit-dan-cara-cara-menghadapinya/

Episod ini dirakam pada 11 Julai 2021.

Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa  kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di  www.patreon.com/waroengbaru

Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

Waroeng BaruBy Waroeng Baru