Waroeng Baru

Hak Pekerja Tidak Terjamin (EDISI RINGKAS)


Listen Later

[Ini merupakan edisi ringkas episod minggu ini. Episod penuh boleh  didapati di saluran Di Waroeng Baru melalui Spotify, Google Podcast, dan  aplikasi podcast pilihan anda.]

Episod kali ini membincangkan keadaan hak pekerja di Malaysia dan ruang berpersatuan melalui kesatuan sekerja, bersama tetamu undangan, Adrian Pereira daripada North South Initiative.

Laporan Global Rights Index 2021 menunjukkan suasana hak pekerja di Malaysia merosot, dengan rumusan bahawa hak pekerja tidak terjamin dalam negara. Ini disebabkan kewujudan pelbagai kekangan daripada segenap sudut, termasuk yang membataskan usaha pekerja dalam negara untuk berpersatuan. Ini memberi kesan kepada kuasa permintaan golongan pekerja, lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik.

Adrian memberikan gambaran keadaan pekerja di Malaysia, dan juga menjelaskan mengapa usaha secara kelompok sangat penting dalam melindungi kebajikan masyarakat. Ia juga merupakan salah satu saluran demokrasi yang memberikan suara dan perwakilan kepada individu bagi menghadapi kuasa-kuasa politik dan ekonomi yang lebih besar.

Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru

Soalan minggu ini: Adakah anda bersedia untuk menjadi ahli persatuan pekerja?

Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru).

Episod ini dirakam pada 3 Julai 2021.


---

Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

Waroeng BaruBy Waroeng Baru