Waroeng Baru

Sewa atau Milik? Mana satu pilihan kamu bersama Fikri Fisal [Bahagian 2]


Listen Later

Adakah dasar kerajaan yang telah diperkenalkan atau akan dijanjikan sewaktu kempen PRU-15 benar-benar menepati keperluan perumahan rakyat Malaysia?

Pemilikan rumah, dan pemudahcaraan pemilikan rumah melalui program seperti sewa untuk beli (rent-to-own),  insentif tunai pembelian rumah berharga mampu di lokasi pinggiran, dan pelanjutan tempoh pinjaman dari maksimum 35 tahun tampak wajar, namun adakah ia menyelesaikan masalah warga kota atau mengurangkan jumlah rumah yang tidak terjual?

Lebih penting lagi, tanya Fikri Fisal, adakah benar-benar memenuhi keperluan masyarakat yang memerlukan rumah yang sesuai untuk didiami? Dengar sambungan perbincangan tentang perumahan dalam episod kali ini di Waroeng Baru.

Sekiranya ada terlepas bahagian pertama, anda boleh lihat ringkasannya di laman web kami, www.waroengbaru.com

Fikri ialah penyelidik ‘barangan awam’ di The Centre. Dia berhasrat  untuk mendalami dan memperbaik pasaran rumah sewa di Malaysia.

---

Jika anda suka podcast Waroeng Baru, jemput ke laman web kami untuk  melihat pilihan buku-buku dan penerbitan ahli kolektif kami di  waroengbaru.com/buku

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

Waroeng BaruBy Waroeng Baru