Episod pertama Ramadhan 2023 ini Zul ditemani Fil, Affan, dan Azim untuk episod kali
ini. Episod ini membincangkan berkenaan perlawanan – perlawanan persahabatan Tier
1 buat pasukan Harimau Malaya, kejayaan pasukan bawah 22 tahun kita merangkul
kejuaraan Piala Merlion, previu perlawanan Liga Super Match Day 6. Sementara
segmen Harimau Watch pula member fokus kepada man of the moment; Faisal Halim.
Bahagian 1 - Reviu Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya
Malaysia
v Turkmenistan – Perlawanan pertama siri persahabatan kali ini menemukan kita
dengan Turkmenistan. Lawan kita pada peringkat kelayakan Piala Asia tempoh hari.
Kemenangan 1-0 anak buah KPG melihat aksi kembalinya pemain utama Harimau
Malaya yang tidak terlibat pada aksi Piala AFF tempoh hari. (2:30)
Malaysia v Hong Kong – Perlawanan kedua Harimau Malaya pula meneruskan rentak cemerlang
pasukan kebangsaan dengan kita mencatat kemenangan 2-0. Gol cetakkan Akhyar
Rasid dan Faisal Halim memastikan kita ‘on course’ untuk mencatat kedudukan FIFA
terbaik kita untuk 12 tahun yang lepas. (12:30)
Bahagian 2 - Reviu Merlion Cup
Perlawanan melawan Kemboja di separuh akhir dan Hong Kong di peringkat akhir
memastikan kita menamatkan kemarau kejohanan ini sejak 41 tahun yang sudah.
Anak buah Elaverasan menampilkan adunan pemain berpengalaman dari kejohanan AFF
tempoh hari dan pemain bawah 22 tahun yang lain. (24:00)
Bahagian 3 - Previu MLS MD 5
JDT v Sabah FC – Selepas menumpaskan Selangor dengan mudah, mampukan JDT akhirnya
menamatkan terus apa – apa cabaran yang boleh di bawa oleh “pencabar” mereka
musim ini? (35:45)
Pahang v Kedah – Pahang antara 3 pasukan yang masih belum tumpas lagi musim ini.
Mampukah Nafuzi membuat perancangan bagi memastikan 3 mata Kembali ke Darul
Aman? (38:55)
KCFC v PDRM – Battle of the newly promoteds. PDRM merupakan surprise package untuk musim
ini, setakat ini. Adakah PDRM akan meneruskan berita duka buat KCFC yang hanya
mencatat 1 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan setakat ini? (41:00)
KL v Selangor – Klang Valley Darby. Perlawanan yang penuh dengan sejarah ini. Adakah
anak buah TCH mampu Kembali dari mimpi ngeri di Kelana Jaya tempoh hari? (43:00)
Bahagian 4 - Harimau Watch
Faisal Halim mencetak gol pertama beliau untuk tahun ini semasa melawan Hong Kong
tempoh hari. Adakah gol ini akan menjadi tonik untuk memastikan prestasi beliau
#HarimauMalaya #FH7 #FaisalHalim #MerlionCup #JDT #SFC #SPFC #KDAFC #PDRMFC #KCFC