Podcast Duo Borak Pom Pam kembali setelah sekian lama tidak ke udara dan Episod 17 kali ini aku, MFY dan Cikgu Faris nak pom pam kan isu konflik Palestin-Israel...
Korang boleh dengar juga ada bunyi 'serangan ceasefire' dilepaskan ketika rakaman podcast ni dibuat, seolah-olah disabotaj oleh Rejim Zionis hahaha...
Memang berat sikitlah isu ni tapi kita perlu la juga tahu serba sedikit supaya takdelah 'mcm katak bawah tempurung' kan... Kami kupas isu ini dalam tiga bahagian iaitu:
i. Latar Belakang Palestin dan Israel itu sendiri dalam konteks sejarah dan konflik bermula sejak bila?
ii. Dalam konteks PBB, apa fungsi, apa yang diaorang dah tolong dan apa 5P dalam PBB?
iii. Dalam konteks Malaysia sendiri, apa pendirian Malaysia selepas ini?
Nak tau apa MFY dan Cikgu Faris pom pamkan, jom dengarkan kami dalam Episod 17 kali ini!
* Aku sertakan juga link laporan mengenai sejarah Amerika Syarikat sebagai 5P dalam PBB menolak beberapa kali resolusi dibuat terhadap Israel laknatullah. Baca dulu sebelum dengar pun bagus untuk konteks pemahaman lebih luas.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/21/sejarah-as-tolak-resolusi-pbb-terhadap-israel/
#BorakPomPam #Episod17 #FreePalestine