Borak Psikologi
Download on the App Store

Borak Psikologi episodes

  • EP 10 - Borak-borak Kesihatan Mental | Borak Psikologi

    Kita tahu kesihatan mental ini topik umum tapi tahukah anda sebenarnya cabang kepada kesihatan mental iaitu psikologi dan kaunseling adalah dua perkara yang berbeza? Aiman Amri membedah maksud psikologi dan kaunseling bersama Aiman Azlan. Duo Aiman ini akan berkongsi berdasarkan ilmu, pengalaman mengikut spektrum ilmu masing-masing dalam Borak Psikologi kali ini.

    36 min
  • EP 9 - Depresi – Perjuangan Dalam Senyap | Borak Psikologi

    Jangan sangka senyuman orang keliling anda itu senyuman genuine, bukan topeng yang hanya untuk menutup masalah sendiri, untuk terlihat bahagia. Kita tahu sekarang banyak kesedaran tentang depresi atau tekanan. Kita hidup dalam komuniti, perhatikanlah keadaan fizikal dan mental, kerana ada di antara kita yang sedang berjuang dengan diri sendiri untuk meneruskan atau meletakkan noktah untuk hidup ini.

    30 min
  • EP 8 - Loneliness & Emptiness – Hati & Hidup Rasa Kosong | Borak Psikologi

    Pernah tak anda rasa 'keseorangan' walaupun anda di kelilingi orang ramai? Rasa kosong yang susah nak diungkapkan kerana hanya kita yang merasainya. Takut juga kalau orang lain anggap itu hanya sebuah alasan sebab rasa kosong ini boleh menggugat prestasi ekrja dan cara kita menghadapi kehidupan seharian kita. Aiman Amri menyelam lagi jiwa anda yang 'kosong' itu dalam Borak Psikologi kali ini supaya yang kosong itu boleh terisi dengan jiwa yang lebih mantap.

    27 min
  • EP7 - Bagaimana Childhood Membentuk Kita Sekarang? | Borak Psikologi

    Zaman kanak-kanak salah satu timelime hidup yang selalunya kita nak kembali ke zaman itu sebab banyak memori suka duka menjadi kanak-kanak tetapi tanpa kita sedar sebenarnya apa yang kita hadapi ketika kecil itu memberi kesan kepada kehidupan dewasa? Bagaimana zaman kecil kita yang penuh warna-warni itu boleh membentuk personaliti kita apabila sudah dewasa? Dengarkan perkongsian Borak Psikologi episod kali ini dengan tajuk Bagaimana Childhood Membentuk Kita Sekarang, sekarang!

    36 min
  • EP 6 - ADHD di Malaysia bersama Izzat Zaid | Borak Psikologi

    Keseorangan tanpa peneman di sekeliling untuk orang yang menghadapi ADHD ini ibarat kakinya lumpuh berjalan, mudah dibuat tetapi tidak mampu dilakukan.

    Selalunya simptom ADHD ini ternampak jelas kepada kanak-kanak lelaki tetapi Izzat Zaid ini baru didiagnos pada umurnya sudah dewasa. Ketahui simptom, situasi ADHD dewasa di Malaysia dan langkah yang boleh dilakukan apabila berhadapan dengan orang yang mengalami ADHD di podcast Borak Psikologi.

    32 min
  • EP 1 - Psikologi Untuk Pemula bersama Dr. Izzat Akmal | Borak Psikologi

    Sebelum ini, apabila sebut mengenai "psikologi", banyak persepsi dan stigma yang muncul. Ada dari kalangan kita yang menganggap ianya adalah salah satu permainan dan gangguan yang berada dalam minda manusia. Walaupun mudah disebut perkataannya, namun penerangannya memerlukan tempoh masa yang lama.

    Pada episod pertama Borak Psikologi yang dihoskan oleh Aiman Amri bersama tetamu istimewa Dr. Izzat Akmal yang akan mengupas mengenai apakah itu psikologi? Serta kepelbagaian dalam bidang dan kerjaya psikologi.

    29 min

About Borak Psikologi

From the publisher's feed

Borak Psikologi sebuah podcast yang akan membawa anda memahami dan mendalami psikologi manusia secara santai dan saintifik bersama Aiman Amri.