Pembedahan Bariatric ni adalah salah satu rawatan atau kaedah alternatif untuk mengurangkan berat badan atau mengatasi masalah KEGEMUKAN. Masalah kegemukan atau kita panggil obesity ni sangat bahaya, thats why kita kena cegah masalah kegemukan ni sebelum parah. Dalam BORAK SINI HABIS SINI, Budiey sempat berborak bersama dengan seorang pakar pembedahan Bariatric, Dr Mustafa yang telah membantu beberapa orang selebriti yang mengalami berat badan berlebihan. Antaranya Aishah, Vicha, Rahim Sepahtu dan ramai lagi. Tujuan pembedahan Bariatric adlaah untuk mengurangkan saiz perut yang akan mengehadkan penyerapan dan pencernaan makanan ekoran pengambilan makanan dalam kuantiti terhad selepas pembedahan. Jadi, kalau korang makan sikit pun dah rasa kenyang sebab saiz perut dah kecil. So, bila korang makan sikit, badan akan jadi kurus la kan? #BARIATRIC #BORAKSINIHABISSINI