Pozi Hassan merupakan seorang usahawan bidang F&B dari Terengganu yang berpengalaman 14 tahun dalam dunia perniagaan. Bermula pada tahun 2005 dengan program Tunas Muda UiTM dan membuka perniagaan restoran, kebab dan cup corn sehinggalah berkembang menjalankan perkhidmatan katering, membuka kafe menjual Keropok Lekor Pozi dan mengambil-alih Gudang Makang, sebuah food court di Manir, Terengganu. Beliau pernah jatuh dengan hutang dan pokai, kembali mendaki dan mencipta kejayaan demi kejayaan. Dengarkan pesanan beliau.