
Sign up to save your podcasts
Or


Alya Aiman, tetamu wanita pertama dalam podcast ini, berbincang tentang topik rawak. Topik rawak seperti kursus yang beliau belajar, food biotech, gelombang hallyu (Korean Wave), perspektif kehidupan dan bagaimana penceritaan terhadap pengalaman beliau tentang bagaimana kehidupan yang dilalui apabila masuk dalam dunia institusi pengajian tinggi.
Dalam audio ini, terdapat beberapa masalah teknikal yang berlaku atas kesilapan manusia sendiri. Maaf atas segala kesulitan.
Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
Tariq Sazali, kini menjalani intern di Pulau Pinang, menceritakan sedikit pengalamannya. Mirza mencetuskan topik tentang perspektif kejayaan dan masing-masing memberikan sedikit pendapat mereka tentang maksud kejayaan itu sendiri. Kejayaan itu subjektif tetapi dapat dikatakan bahawa terdapat beberapa kejayaan yang hampir sama untuk mereka.
Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
Dalam episod ini, bersama dengan tetamu undangan yang Muse dan Mirza nantikan, Fauzi, bercerita dan berbincang tentang isu Sukan Olimpik dalam situasi pandemik ini serta perkaitannya di dalam industri sukan. Kemudian, mereka berbincang tentang keadaan atlet negara dan isu teknikal yang berlaku dalam Olimpik serta pandangan tentang mereka menyerang atlet atau pihak lain ekoran kekangan atlet negara untuk memenangi sesebuah acara.
Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
Tiada tetamu jemputan disebabkan kesibukan yang melanda kebanyakan pihak, Mirza membuat keputusan untuk bersembang dengan Muse sendiri. Perspektif persahabatan, cabaran dan personaliti seseorang dalam bersahabat diceritakan dalam sudut pandang kedua-dua manusia ini. Kemudian, Muse mendedahkan asbab utama pelaksanaan podcast yang dia mulakan ini.
Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
Ekoran pandemik Covid - 19 yang melanda, Izdihar Amri menceritakan tentang tanggapan yang perlu diidamkan apabila dapat menyambung pelajaran ke luar negara dan realitinya, serta perkara baharu yang telah dipelajarinya. Izdihar dan Mirza juga menceritakan tentang kepentingan kesihatan mental untuk setiap individu serta pemandangan mereka dalam pelbagai sudut.
Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
Alfateh, rakan Muse & Mirza, bersembang tentang perubahan beliau terhadap perubahan pemahaman ilmu agama sepanjang sekolah menengah hingga peringkat pendidikan tinggi, isu baik buruk individu terhadap sesuatu institusi, pendapat tentang kes tingkah laku guru sekolah terhadap pelajarnya. Terdapat beberapa gangguan terhadap kualiti audio ekoran perkara yang tidak dapat dielakkan.
Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
Bakal guru, Mirza menceritakan tentang perjalanan pembelajaran di peringkat tinggi dan kemalangan yang bermakna yang beliau alami. Muse dan Mirza juga berbincang tentang dilema peluang dan minat yang klise bersama kepentingannya.
Sebarang soalan atau saranan? Hubungi kami di Instagram: @musemnor dan @sir_m_r
Pengenalan dan penerangan terhadap keseluruhan podcast. Podcast ini lebih kepada sesi berhubung bersama kawan lama dan pengisian ilmiah jika ada. Harapan podcast semoga pendengar mendapat sesuatu yang baharu atau sekurang-kurangnya menemani mereka di waktu senggang.
From the publisher's feed