Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
Dari rahsia gelap hingga cerita menyentuh hati, setiap episod membawa anda menyelami pengalaman hidup manusia. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel ke [email protected] atau WhatsApp 012-2494632... more
FAQs about Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 238 episodes available.
August 24, 2020Sasha Aziz & Biefarah Aziz | Confession Bilik Gelap EP8Pasangan adik-beradik ini boleh dianggap duo social media influencer yang unik kerana bukan sahaja cantik, malah kedua-duanya saling bersinergi hebat dalam arena bisnes. Dengan lebih 250 agen di seluruh Malaysia termasuk Singapura, Brunei dan Australia — Sasha Aziz, selaku Pengasas Sexy Curve dan Biefarah Aziz selaku Pengasas Bersama Sexy Curve — menceritakan kisah jatuh bangun mereka sepanjang menerajui jenama pelangsingan badan ini. Kepada SYOKcast Confession Bilik Gelap, Sasha turut mengimbas kembali detik hitam bagaimana maruahnya pernah berkecai kerana dituduh menjadi pelacur kelas atasan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more19minPlay
August 17, 2020Linda Rafar | Confession Bilik Gelap EP7Daripada kisah kontroversi jururawat dengan sehelai cadar katil hospital tempat Allahyarham bonda Linda Rafar menerima rawatan, peristiwa hilangnya hampir sejuta followers di akaun media sosial kerana digodam; Linda turut menceritakan bagaimana Allahyarham Memen, anaknya yang mengidap Kanser Burkitt Lymphoma, melihat dua ekor kuda putih asmaradanta yang sangat cantik menunggunya di wad hospital sebelum dia meninggal dunia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more28minPlay
July 13, 2020Recap | Confession Bilik Gelap EP6Bersama hos Hakimi As’ari dan Rosie Nasir mengimbau kembali momen-momen terbaik bersama lima personaliti pencetus inspirasi rakyat Malaysia iaitu Dr. Soo Wincci, Syahmi Sazli aka Mael Totey, Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad, Faris Zakaria aka Soloz dan Ahmad Shukry Md Ajis. Klip audio temu bual yang tidak pernah dimainkan sebelum ini, turut diperdengarkan secara eksklusif. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more15minPlay
July 06, 2020Ahmad Shukry Md Ajis | Confession Bilik Gelap EP5Ahmad Shukry, menjadi bukti kepada kita bahawa kita perlu mempunyai banyak kemahiran dan kebolehan yang berbeza. Bayangkan, dari seorang jurutera helikopter yang bergelumang dengan minyak, wayar, besi-besi beliau juga merupakan seorang jurusolek professional pada hujung minggu. Dengarkan perjalanan dan kisah hidup Ahmad Shukry dalam menjalani kehidupan dengan dua kerjaya berbeza sekarang! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more9minPlay
June 29, 2020Faris Zakaria AKA Soloz | Confession Bilik Gelap EP4Kaki gamer mesti kenal siapa Fariz Zakaria, kan? Tapi pernah tak korang tahu yang Faris Zakaria ni merupakan seorang budak sekolah agama yang pemalu dan tak pernah memasang cita-cita tinggi?Siapa sangka, kini beliau merupakan salah seorang yang hebat dalam dunia game terutama sekali PUBG dan Mobile Legend. Jom dengarkan kisah liku-liku kehidupan Faris Zakaria sekarang! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more21minPlay
June 22, 2020Syafiqah Aina Dan Hafiz Mahamad | Confession Bilik Gelap EP3Pasangan ‘Instafamous’ terkenal ini, Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad pernah dihambur kata-kata kesat, dicaci dan dikeji para netizen sepanjang kemunculan mereka berdua di ‘feed’ Instagram. Namun ada hikmah tersembunyi di sebalik ribut “Makcik Bawang” media sosial yang membadai kehidupan mereka. Kepada SYOK, pasangan ini membongkar pancaroba dan sandiwara cinta alam digital. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more19minPlay
June 22, 2020Syahmi Sazli (Mael Totey) | Confession Bilik Gelap EP2Jejaka berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini ini sanggup meninggalkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kerana cinta dan minat tidak berbelah bahagi pada dunia videografi. Bermula dengan video amatur yang dirakam dengan telefon bimbit cabuknya di sebuah restoran di Kelantan — tanpa bayaran — hasil kerja Syahmi Sazli terus memikat hati. Pemilik perniagaan jenama Syahmi Sazli Production ini berkongsi kisah keajaiban hidupnya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more20minPlay
June 22, 2020Dr. Soo Wincci | Confession Bilik Gelap EP1Dr. Soo Wincci berkongsi memori duri dan sembilu semenjak kecil kala dia digelar ‘Godzilla’ sehinggalah dia menyandang selempang Ratu Cantik. Ternyata, Dr. Soo Wincci bukan sekadar selebriti jelita Malaysia yang menyerlah kerana paras rupa nan cantik sematamata. Malah, beliau disegani dan dihormati kerana kebijakan dalam lapangan akademia sehingga menjadi figura ikonik kebanggaan negara. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices...more23minPlay
FAQs about Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 238 episodes available.