Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
Dari rahsia gelap hingga cerita menyentuh hati, setiap episod membawa anda menyelami pengalaman hidup manusia. Nak sponsor dan kolaborasi? Emel [email protected] atau WhatsApp 012-2494632... more
FAQs about Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 188 episodes available.
May 09, 2024Datin Alyah | Confession Bilik Gelap S4EP13Alyah mendedahkan bagaimana penerimaan arwah bapanya apabila mengetahui dirinya menanam impian untuk menjadi penyanyi. Sehingga membuatkan Alyah terpaksa merahsiakan aktiviti nyanyian yang disertai. Selain itu, Alyah juga membuka cerita lama membabitkan pernikahannya dengan Datuk Ramli MS yang diadakan secara rahsia ketika itu. Kenapa dan mengapa?...more55minPlay
May 02, 2024Siti Nordiana | Confession Bilik Gelap S4EP12Menerusi episod kali ini Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkongsi liku perjalanan dilalui ketika kerjaya seninya merudum ditambah ketika itu selepas bercerai.Tidak mudah, tapi Nana menyifatkan ia satu perjuangan hidup yang perlu diteruskan apatah lagi perlu membesarkan seorang anak lelaki. Ibarat peluang kedua buat dirinya, nama Nana kembali meraih perhatian apabila menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kedua (GV2) hingga bergelar juara....more43minPlay
April 24, 2024Dato Red | Confession Bilik Gelap S4EP11Datuk Red yang juga suami kepada penyanyi Adira mengejutkan orang ramai apabila kisahnya tular yang mendedahkan mengenai kesulitan dialami. Menerusi episod kali ini, Datuk Red mendedahkan bagaimana kehidupannya yang sudah diisytihar muflis sejak lima tahun lalu, bagaimana dia cuba terus berjuang mempertahankan rumah tangga selain perlu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah....more33minPlay
April 18, 2024Hawa Rizwana | Confession Bilik Gelap S4EP10Kerjayanya bermula sebagai penyampai berita sebelum melebarkan sayap ke dunia pengacaraan sekali gus membawa dirinya terjun ke dunia glamor. Diberi peluang mengacarakan program hiburan popular MeleTOP tidak pernah diimpikan. Siapa sangka, di sebalik senyuman, banyak suka duka dan cabaran. Menjadi prinsip dirinya untuk tidak berkongsi, Hawa mengakui banyak dilepaskan sendiri. Bagi dirinya, masalah bukan untuk dirai, tapi mencari solusi. ...more36minPlay
April 11, 2024Mal Hamka | Confession Bilik Gelap S4EP09Mal berkongsi pelbagai cerita bagaimana dia mula melangkah sebagai penyanyi. Kisah yang tidak semuanya indah, tetapi penuh makna. Malah, keikhlasannya dalam menghiburkan peminat termasuk pengikut di media sosial menyerlahkan betapa cintanya dia terhadap kerjaya ini....more23minPlay
April 04, 2024Tyzo | Confession Bilik Gelap S4EP08Siapa sangka keceriaan yang terpancar pada dirinya, tersimpan 1001 cerita yang hanya empunya diri tahu segala-galanya. Pendedahan dibuat Tyzo berkenaan kisah hidupnya ternyata jauh meleset daripada apa disangka. Pengalaman hidup dilalui bukan semudah apa dikata. Namun, Tyzo berusaha membawa dirinya seadanya seperti apa yang dilihat hari ini. Bekerja dan terus bekerja tanpa pernah meminta hasilnya perlu dibalas serupa usahanya....more55minPlay
March 28, 2024DJ Lin | Confession Bilik Gelap S4EP07Sepanjang 20 tahun pembabitan sebagai penyampai radio, DJ Lin sudah melalui pelbagai kisah suka dan duka, pahit dan manis sehingga menjadikan dirinya seperti hari ini. Dihimpit kontroversi di awal tahun ini tidak mengubah prinsip hidup DJ Lin, sebaliknya menjadikan dia lebih kuat dan tabah. Paling penting, dia bersyukur kerana mendapat sokongan moral daripada orang sekeliling terutama peminat tercinta....more48minPlay
March 21, 2024Aizat Saha | Confession Bilik Gelap S4EP06Aizat atau nama sebenar Mohd Aizat Saharuddin terus digelar Abang POV. Sifat romantik yang dipaparkan dalam setiap kandungan video itu juga ditujukan buat insan yang disayanginya. Aizat mendedahkan dia sudah tidak lagi berkhidmat sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan tempatan. Malah, Aizat juga berkongsi kisah sedih dirinya apabila kehilangan rakan baik....more34minPlay
March 14, 2024Alina Hassan | Confession Bilik Gelap S4EP05"Siapa tahu ini mungkin ini Ramadan terakhri saya." Itu ungkapan penyanyi Alina Hassan dengan penuh hiba pada Confession Bilik Gelap Musim Keempat minggu ini. Namun, Alina Hassan, 55, lebih selesa tidak berkongsi kepada umum. Bagi dirinya, setiap orang mempunyai pasang surut dalam kehidupan tinggal lagi bagaimana cara untuk mengatasinya. Pun begitu, jauh di sudut hatinya Alina bersyukur apabila dia masih diingati oleh peminat yang tanpa henti memberi sokongan kepadanya....more28minPlay
March 07, 2024Puteri Sarah Liyana | Confession Bilik Gelap S4EP04Selepas disahkan bercerai tahun lalu, Puteri Sarah yang juga ibu kepada dua cahaya mata tidak menjadikan episod itu sebagai nokhtah dalam kehidupannya. Sebaliknya, dia terus hidup dan melangkah lebih jauh. Puteri Sarah tidak hanya kembali aktif dalam bidang lakonan, malah dia turut mengusahakan beberapa rangkaian perniagaan. Bagi Puteri Sarah, apa yang penting adalah dia perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu. ...more30minPlay
FAQs about Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Confession Bilik Gelap - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 188 episodes available.