Dua Posen Podcast

Dua Posen Podcast

Download on the App Store

Dua Posen Podcast episodes

  • "Aaidaa, Ulang Balik!" (Ft. Daiyan Trisha)
    Ini adalah part kedua untuk perbualan bersama Daiyan Trisha, eh, sorry, Aaidaa Zubir! Dalam episod ini, kita berbincang tentang bagaimana proses pembikinan siri premium Projek Anchor SPM dan penerimaan penonton yang gila dahsyat! Daiyan juga menjawab soalan soalan yang anda hantar di Instagram kami!
    37 min
  • Fasa Indie Daiyan (Ft. Daiyan Trisha)
    Dengarkan sisi sembang-sembang bersama penyanyi, pelakon, influencer, model dan vaccine advocate; Daiyan Trisha tentang permulaan karier seni beliau melalui indie band, berulang-alik dari Lendu ke Kuala Lumpur dan merantau ke negara orang sepanjang tahun 2019 sebelum covid datang menyerang.
    33 min
  • Q&A Syok Sendiri (Ft. Najwa Latif & Syafika Latif)

    Ini merupakan part terakhir untuk perbualan bersama Najwa Latif dan Syafika Latif di mana kita berbincang tentang pandangan dan perkembangan diri sedari awal persahabatan sehingga hari ini, Goody Bag sempena pengambilan Vaksin Astrazaneca, Kuih Donat dan kenapa Najwa memilih Akwa Arifin sebagai teman hidup eh sori sebagai duo kolaborasi dalam nyanyian.

    35 min
  • Menjadi Anak Indie (Ft. Najwa Latif & Syafika Latif)

    Ini merupakan part dua untuk perbualan bersama Najwa Latif dan kali ini kita bawakan sekali kakak beliau, Syafika Latif untuk membincangkan perbezaan antara bekerja bersama syarikat rakaman dan menjadi artis independant. Kita juga bercerita tentang pembikinan lagu raya terbaru dan ragam Q&A Instagram Najwa yang gayanya seperti tengah high. Kehkehkeh.

    29 min
  • Busuknya Zaman Sekolah (Ft. Najwa Latif)

    Dengarkan perbualan bersama Najwa Latif, ibu segala artis BBNU tentang persahabatan yang sudah sedekad lamanya, tahun pertama bekerja sebagai seorang penyanyi artis rakaman dan apa yang Najwa harapkan beliau tahu sebelum melangkah masuk ke industri seni yang penuh pancaroba ini.

    30 min
  • Perihal Evolusi Kandungan & Renyahnya Bikin TV Show

    Bersama Aqid, Digital Content Creator yang baru berjinak-jinak dengan penghasilan program televisyen di Astro & Thinker Studio membincangkan tentang evolusi jenis kandungan yang akan diterbitkan oleh televisyen dan digital di masa akan datang. Bunyi macam serius tapi merepek nak mampus! Kahkahkah.

    27 min

About Dua Posen Podcast

From the publisher's feed

Sebuah program borak tenang-tenang bersama orang-orang yang kita suka, sayang dan minat. Dihoskan oleh @ashraffmokhtar.