Untuk episod terbaru Podcast Duit Tepi, kami menjemput Yien, pemilik dan pengasas Taema, sebuah perunding perkahwinan dan acara yang sedang berkembang pesat. Di usia muda, Yien berani mengambil risiko untuk memulakan perniagaan ini, dan dalam podcast kali ini, beliau berkongsi perjalanan penuh cabaran, dari langkah pertama hingga bagaimana beliau menangani pelbagai cabaran dalam berurusan dengan pelanggan.