Empat bulan membuktikan empat perkara:
1. Slogan hak asasi manusia oleh kuasa Barat tidak universal. Hanya layak dinikmati oleh golongan yang mereka takrif sebagai manusia. Orang Palestin tidak termasuk.
2. Gila kuasa boleh mendorong orang politik menjadi sangat jahat dan kejam, demi mengekalkan kedudukan dan melindungi diri daripada sebarang pendakwaan andai sudah tidak berkuasa.
3. Pelbagai badan dan mekanisme antarabangsa untuk melindungi manusia daripada bencana kezaliman seperti yang pernah terjadi di dalam sejarah, tidak berfungsi. Hanya resolusi, bercakap tanpa tindakan dan impak. Undang-undang mencegah jenayah geno**** agar tiada lagi sesiapa menjadi mangsa bencana holocaust, tidak mempunyai apa-apa makna pada menghalang Zionis menghapus penduduk Palestin khususnya di Gaza.
4. Regim Zionis berjaya membuktikan bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja kerana tiada siapa yang mampu atau mahu menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka mahu lakukan.
Dan perangai-perangai syaitan regim Zionis itu jangan kita sangka terhad hanya boleh lahir daripada mereka kerana mereka Barat atau Zionis. Sebaliknya, kita juga boleh berperangai dengan perangai yang sama apabila kita ditimpa penyakit angkuh, meremehkan kebenaran dan memandang rendah manusia lain yang tidak seperti kita.
#bebaspalestin #bebasgaza #palestin #gaza #rafah #palestine #freepalestine #فلسطين #فلسطين🇵🇸