Borak Pom Pam

EPISOD 15 - SUARA MIRIP ANWAR-ZAHID?


Listen Later

Podcast Duo Borak Pom Pam dalam Episod 15 bercerita kisah pendedahan rakaman audio dan suara yang dikatakan mirip Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ditularkan beberapa hari lalu. Sejurus tular, lantas landskap politik Malaysia disajikan dengan pelbagai spekulasi tentang siapakah dalang yang mencipta audio itu dan menyebarkannya selain persoalan adakah rakaman audio berkenaan tulen?

Kenyataan penafian daripada dua sosok yang dikaitkan dalam isu ini juga sudah dibuat, namun ada juga kenyataan daripada ahli politik lain yang yakin dan percaya rakaman audio itu adalah tulen. 

Apa yang dipompamkan MFY dan Cikgu Faris? Jomlah dengar dan pompamkan minda korang sekali. Jangan lupa share!

#borakpompam  #episod15  #rakamanaudio  #anwarzahid

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

Borak Pom PamBy Mohd Fahmi Yusof