GALAKSI ILMU

GALAKSI ILMU

By Abd RahmanEducation
Download on the App Store

GALAKSI ILMU episodes

  • Mustalah Hadis ( Pembahagian Hadis)

    Pembahagian Hadis: 

    Jenis-jenis Hadis Berdasarkan Bilangan Perawi terbahagi kepada 2 iaitu Hadis Mutawatir dan Hadis Ahad.  

    Hadis Mutawatir iaitu diriwayatkan oleh ramai perawi dan mustahil pada adat mereka bersepakat unutk mendustai Rasulullah s.a.w.  Imam Nawawi berkata perawinya tidak kurang dari 10 perawi pada setiap tabaqat. Hadis mutawatir terbahagi kepada lafzi dan ma'nawi.  Wajib diterima secara penuh ( 100%) dan beramal dengan suruhan dan larangannya.

    Hadis Ahad iaitu bilangan perawinya tidak mencapai had hadis mutawatir atau hadis-hadis yang tidak melengkapi syarat-syarat hadis mutawatir.  Hukum : perlu diteliti terlebih dahulu sebelum diterima bagi menentukan kesahihannya. Maksudnya : ilmu nazari bukan ilmu daruri. Hadis Ahad terbahagi kepada 3 iaitu; Masyhur, Aziz dan Gharib.  

    1 hr 26 min

About GALAKSI ILMU

From the publisher's feed

Perkongsian maklumat dan bahan rujukan para pelajar dalam subjek yang terpilih.

More shows like GALAKSI ILMU

Quran Recitation by ICNA

Quran Recitation

48 Listeners

Ate by Rangga Gemilang

Ate

0 Listeners