Besarnya nikmat dunia, besar lagi nikmat di akhirat. Berat azab di dunia, berat lagi azab di akhirat kelak. Dalam hadis dari Anas bin Malik RA, sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Didatangkan ahli dunia yang paling banyak mendapat nikmat (di dunia) yang merupakan ahli neraka pada hari kiamat, lalu dia dicelupkan ke dalam neraka, sekali celup (sahaja). Kemudian dikatakan kepadanya, "Wahai anak Adam, adakah engkau pernah melihat (merasa) sebarang kebaikan (nikmat)? Lalu dia menjawab, "Tidak pernah, demi Allah, ya Tuhanku!" Lalu didatangkan dengan orang yang paling sengsara di dunia dari kalangan ahli syurga lalu dicelup ke dalam syurga sekali celup. Kemudian dikatakan kepadanya "Wahai anak Adam, adakah engkau pernah melihat (merasa) sebarang kesengsaraan? Adakah engkau pernah melihat (merasa) sebarang kesusahan?" Lalu dia menjawab, "Tidak pernah, demi Allah, ya Tuhanku, tidak pernah aku mengalami kesengsaraan dan kesusahan walau sedikit!" (HR. Muslim no 2807. Hadis sahih.)