SIHIR adalah perkara yang sering terjadi dalam masyarakat kita. Selalunya di sebabkan dengki, iri hati dan dendam. Sihir selalunya dilakukan bertujuan untuk memudaratkan musuh atau orang yang mereka benci atau dendam. Kadang kala sehingga boleh menyebabkan MAUT.
Namun, kesan buruk sihir bukan sahaja dirasai oleh orang yang di sihir malah mereka yang mengupah, menghantar serta mengajar sihir turut menerima kesan buruk itu. Kesan buruk yang paling teruk adalah, mereka ini termasuk dalam golongan yang KUFUR.