Keluar Sekejap

Keluar Sekejap

By Khairy Jamaluddin dan Shahril HamdanGovernment
Download on the App Store

All Keluar Sekejap episodes

  • EP220 | KLSCAH, ⁠Solat Jumaat, ⁠Zahid - Turkiye, PRN Sarawak, 4 Tahun Madani, ⁠Jensen Huang Kembali

    Episod 220 Keluar Sekejap membincangkan kontroversi premium tanah KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) yang diturunkan kepada hanya RM1,000 berbanding nilai asal RM4.7 juta, sekali gus mencetuskan dakwaan layanan dua darjat.Adakah kelonggaran ini wajar atas dasar warisan dan sejarah bangunan berusia 103 tahun itu, atau sekadar isu yang dipolitikkan? Sejauh mana sentimen kaum mempengaruhi cara kita menilai keadilan dalam isu sebegini?Kami turut mengupas kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung arahan penutupan premis ketika solat Jumaat di Kuala Terengganu, kenyataan TPM Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang penempatan semula 10,000 pelarian Rohingya ke Turkiye yang kemudiannya disangkal oleh kerajaan Turkiye, serta keputusan ICJ yang mengesahkan genosid terhadap Rohingya. Episod ini juga menyentuh keputusan PKR dan Amanah memberi laluan dalam PRN Sarawak, empat tahun Kerajaan MADANI dan kritikan terhadap prestasi ekonominya, serta kesan sekatan cip Nvidia ke Asia Tenggara terhadap pelaburan pusat data di Malaysia.Timestamp EP22000:00 Intro2:59 Kontroversi Premium Tanah KLSCAH8:19 Sejarah KLSCAH15:00 Adil atau Dua Darjat?25:36 Kontroversi Solat Jumaat Kuala Terengganu35:19 Zahid & Pelarian Rohingya ke Turkiye40:06 Strategi PH Serang Zahid49:49 Rohingya & Keputusan ICJ54:36 PRN Sarawak: DAP Bertanding Solo1:06:36 Calon PM dari Sarawak?1:09:07 4 Tahun Kerajaan MADANI1:11:16 KDNK vs GNI1:15:24 Tujuh Tanda Aras MADANI1:23:45 Sekatan Cip Nvidia ke Asia Tenggara1:31:06 Masa Depan Pusat Data MalaysiaIngin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]

    1 hr 36 min
  • EP 33 #SembangKS | Selamat Hari Lelaki Sedunia.. Ini semua Dunyawi.

    Minit Lembaga Pengampunan Najib muncul kat Facebook — dan PM pun "baru maklum semalam". 📄👀 Episod 33 Sembang KS, dirakam dari pintu masuk konsert MLTR.MLTR ke MCR? Emo ke jiwang? Takpelah — yang penting, ini Sembang KS! 🎸⏱️ Timestamps00:00 Intro — MLTR atau MCR?01:04 Pantun pembukaan02:38 Minit Lembaga Pengampunan Najib05:10 Timbalan Speaker turun kerusi07:11 Berbalas pantun di Dewan Rakyat08:39 97 kilo syabu dalam pesawat TUDM10:54 Tikus Pasar Pudu12:35 ASEAN: Prabowo minta maaf15:41 PMX & Sanae Takaichi16:49 Kolam Bohol jadi pusat data?21:50 Tinjauan rasuah: 64% kata biasa23:43 Darlingsara & lelaki Melayu26:07 Deep Dive: Kesihatan Mental Lelaki30:18 Bersama En. Loh Chuan Tak47:09 Takziah A. Samad Said📌 Antara topik yang dibincangkan:📄 Minit Lembaga PengampunanTony Pua muat naik lima muka surat di Facebook, PM "baru maklum semalam". Kalau anda pun baru tahu — anda setaraf Perdana Menteri. See your level. 😂🪑 Kerusi & Pantun di Dewan RakyatTimbalan Speaker turun kerusi masuk perbahasan, macam umpire badminton terus pegang raket. Lepas tu gaduh pasal pantun pula. Parlimen ke, radio pujaan? 😅✈️ 97 Kilo Syabu Dalam Pesawat TUDM11 suspek termasuk lima pegawai TUDM, 96.64 kg syabu bernilai RM4.83 juta. Kredit kepada pemeriksaan rutin TUDM sendiri. Semua masih suspek.🐀 Tikus Pasar PuduAyam dah, taugeh dah — tinggal nasi dengan kicap. Kelakar, tapi seram. 🤔🌫️ ASEAN: Maaf Ala Bekas KekasihPrabowo minta maaf pasal jerebu — dan reaksi muka PMX dan Lawrence Wong cakap segalanya. Bonus: Sanae Takaichi buat PMX berseri-seri. 😂🏗️ Kolam Bohol Jadi Pusat Data?Kolam takungan banjir lebih RM70 juta belum handover, pemaju dah fikir pusat data sebab "kurang bising". Fungsi kolam tu macam mana?💸 64% Kata Rasuah Perkara BiasaTapi 60% kata tetap salah. Agensi penguatkuasaan paling teruk (48%), ahli politik nombor dua (42%) — dan tak minta kira semula.🧠 Deep Dive: Kesihatan Mental LelakiSempena Hari Lelaki Antarabangsa: 73.8% kes bunuh diri adalah lelaki — 3 daripada 4 (kajian forensik HCTM). Bersama En. Loh Chuan Tak, ahli farmasi komuniti yang berkongsi perjalanan beliau sendiri. Lelaki pun manusia.Akhirnya, persoalan terbesar bukan sekadar "Kenapa lelaki tak nak bercakap?"Tetapi:"Kita pernah ke bagi ruang untuk lelaki bercakap?"Kolam yang tak ada saluran keluar, akhirnya pecah. Manusia pun sama. 🌊💬 Komen: Bila kali terakhir anda tanya kawan lelaki, "Kau okay tak sebenarnya?" 😉🕊️ Takziah buat keluarga Allahyarham Sasterawan Negara A. Samad Said. Al-Fatihah.🔔 Subscribe Keluar Sekejap untuk episod Sembang KS setiap minggu🎙️ Hos: Zaidel Baharuddin · Bersama: Abol · Tetamu: En. Loh Chuan Tak📚 Sumber utama: Bernama, The Star, NST, The Vibes, RTM, Malay Mail, Utusan, BH, Harian Metro, MalaysiakiniSembang KS — kita sembang santai, tapi jangan sampai lupa kira-kira. 😎#SembangKS #KeluarSekejap #KesihatanMentalLelaki #Najib #TUDM #PasarPudu #Prabowo #KolamBohol #PusatData #Rasuah #ASamadSaid #PolitikMalaysia #BeritaMalaysia

    50 min
  • EP 32 #SembangKS | Pejabat, Rumah dan Dewan

    Najib dah balik rumah — tapi rumah tu sekarang dah jadi penjara. 🏠🔒 Episod 32 Sembang KS, dirakam dari meja 13A kedai mamak paling dekat dengan rumah penulis kami.Kenapa mamak? Sebab skrip ni baru siap ditulis saat-saat akhir… dan rupa-rupanya ada orang ingat kedai mamak ni perpustakaan. 🤫 Jadi kali ni kami sembang perlahan sikit — tapi isunya tetap kuat.⏱️ Timestamps00:00 Intro — "Diam!!" dari meja 13A03:14 Kecil hati di Dewan Rakyat05:28 Tahanan rumah Najib Razak16:47 Anthony Loke: letak jawatan… atau belum?20:57 PRN Melaka: Sorotan Musim27:07 Jejantas SMK Bukit Rambai28:41 Fazley & Datuk Seri Vida31:42 Deep Dive: KLSCAH📌 Antara topik yang dibincangkan:💌 Kecil Hati Sebab Tak Dapat Kad Kahwin?Pusat data, harga barang, keadaan pusat kesihatan — dalam banyak-banyak isu, apa yang buat seorang menteri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kecil hati? Tak dapat jemputan ke majlis Bella Astillah dan Syed Saddiq. Padahal yang peruntukannya ditarik 4 tahun pun tak kecil hati. 😅🏠 Najib, RM50 Juta & Penjara Paling Selesa di MalaysiaPengampunan bersyarat, denda RM50 juta, tabung derma UMNO, surat pemindahan dengan dua arahan bercanggah — dan Malaysia yang tak ada akta tahanan rumah pun. Rumah di Jalan Langgak Duta diwartakan sebagai penjara (netizen dah tukar nama di Google lebih awal 😂). Lepas tu mohon rumah kedua pula? Go big AND go home.Tapi pada hari yang sama, seorang bapa di Kelantan dipenjara 6 bulan kerana mencuri makanan bernilai RM394. Majlis Peguam pula telah memfailkan semakan kehakiman — pendengaran pada 27 Mac 2027.🚆 Anthony Loke: Letak Jawatan… Belum… Dah… Belum?Peletakan jawatan berprinsip sebagai Menteri Pengangkutan — yang ikut jadual Najib balik rumah. Kini PMX kata keputusan belum muktamad. Drama "Jawatanku Belum Berakhir" dah masuk musim kedua. Man United boleh selesaikan isu pengurus dalam masa kurang 7 hari, kenapa kerajaan tak boleh? 🔴⚽ PRN Melaka: Sorotan MusimBN 21, PH 4, PN 3. Bersama Fayyadh dan Abol dari Lapangan Ghaib, kami sorot PRN Melaka macam sorotan liga — formasi baru BN–PN, Kasut Emas (majoriti 16,214!), Pemain Paling Meningkat (364 → 8,615 undi), derby keluarga di Bemban dan Merlimau, perarakan juara versi cuti khas negeri, YB Hulk yang nilai pasarannya jatuh lepas sain kelab baru, dan BERSAMA — paling rajin berkempen, 15 calon hilang deposit. Liga seterusnya? PRU16. 🏆🌉 Jejantas SMK Bukit Rambai — Betul Ke?Video ajak rakyat keluar mengundi… tapi dirakam atas jejantas? Kami ada soalan. Banyak soalan. 🤔💍 Fazley & Datuk Seri Vida: Lamaran 2,000 DroneLamaran di pentas konsert 11.11 di KLCC dengan hampir 2,000 drone. Lepas #BellaSaidYes, hashtag apa pula kali ni — Fazz and Furious: VIDA Drift? Apa-apa pun, tahniah daripada kami! 🎉🏛️ Deep Dive: KLSCAH — Kenapa Dewan Ini Wajar Dapat Diskaun?Diskaun premium tanah untuk Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor buat ramai marah. Tapi tahukah anda dewan ini lebih tua daripada Malaysia, tempat penubuhan MCA, tempat rundingan UMNO–MCA yang membawa kepada Perikatan, malah dewan perkahwinan Tun Abdullah Ahmad Badawi? Zaidel kongsi pendiriannya, dengan hujah — dan satu soalan yang lebih sukar untuk masyarakat Melayu sendiri.Akhirnya, persoalan terbesar bukan sekadar "Kenapa dia dapat?"Tetapi:"Kenapa kita tak bina sendiri?"Nenek moyang kita membina kerajaan, mengawal selat dan memandang jauh merentasi lautan. Budaya politik kita hari ini? Nak lepas sungai pun belum tentu. 🌊💬 Komen di bawah: Setuju tak dengan diskaun premium tanah untuk KLSCAH? Bawa hujah, bukan maki. 😉🔔 Subscribe Keluar Sekejap untuk episod Sembang KS setiap minggu🎙️ Hos: Zaidel Baharuddin🗳️ Pengulas politik: Syahmie Fayyadh Jaafar📍 Lapangan Ghaib: Abol📚 Sumber utama: Bernama, SPR, Malay Mail, The Edge, Utusan, FMT, Malaysiakini, Astro Awani, RTMSembang KS — kita sembang santai, tapi jangan sampai lupa kira-kira. 😎

    46 min
  • EP219 | PRN Melaka 2026: Post-Match Analysis

    Episod 219 Keluar Sekejap membincangkan analisis keputusan PRN Melaka 2026 yang menyaksikan kemenangan besar blok BN-PN, manakala PH hanya memenangi empat kerusi.


    Apakah faktor di sebalik keputusan ini? Sejauh mana kerjasama BN-PN, pemindahan undi dan perubahan sentimen pengundi mempengaruhi keputusan?


    Kami turut mengupas prestasi DAP, PKR, BERSATU dan BERSAMA, serta implikasi keputusan ini terhadap politik nasional, Kerajaan MADANI dan percaturan menjelang PRN Sarawak serta PRU akan datang.


    Episod 219 Keluar Sekejap membincangkan analisis keputusan PRN Melaka 2026 yang menyaksikan kemenangan besar blok BN-PN, manakala PH hanya memenangi empat kerusi.


    Apakah faktor di sebalik keputusan ini? Sejauh mana kerjasama BN-PN, pemindahan undi dan perubahan sentimen pengundi mempengaruhi keputusan?


    Kami turut mengupas prestasi DAP, PKR, BERSATU dan BERSAMA, serta implikasi keputusan ini terhadap politik nasional, Kerajaan MADANI dan percaturan menjelang PRN Sarawak serta PRU akan datang.


    Terima kasih kepada GV Ride kerana menaja episod kali ini. GV Ride adalah perkhidmatan e-hailing tempatan yang menawarkan pilihan perjalanan yang mudah, selesa dan mampu milik.


    Muat turun aplikasi GV Ride dan gunakan kod promo KSWELCOMEV2 untuk menikmati tawaran istimewa.


    Kod promo: KSWELCOMEV2

    Tarikh luput: 15 Jun 2027, 11:59:59 malam.

    1 hr 38 min
  • EP218 | Tahanan Rumah Najib, Skandal Jensen Huang, Hubungan Malaysia-Taiwan, Gibran Mundur

    Episod 218 Keluar Sekejap antaranya membincangkan beberapa isu hangat seperti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah berkuat kuasa serta-merta pada 10 November 2026, serta implikasinya terhadap PRN Melaka yang sedang berlangsung.Episod ini turut membincangkan kontroversi melibatkan CEO NVIDIA, Jensen Huang, susulan dakwaan hubungan sulit dengan individu yang dikaitkan sebagai perisik China serta seorang pekerja syarikat.Selain itu, episod ini mengulas hubungan Malaysia-Taiwan susulan kenyataan Perdana Menteri dalam wawancara bersama Al Jazeera, termasuk implikasinya terhadap hubungan diplomatik Malaysia dan China.Akhir sekali, perbincangan menyentuh isu Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, susulan kontroversi berkaitan kelayakan dan kesahihan sijil pendidikannya serta perkembangan politik yang menyusul.

    1 hr 32 min
  • Can Malaysia Win the AI Race Without Owning the Tech? | Live at MooFest 2026

    Recorded live at MooFest 2026, hosted by Moomoo Malaysia: https://start.moomoo.com/0IQ9jW

    Shahril Hamdan sits down with Dennis Jee, CEO of Moomoo Malaysia, and Woody Ang, Managing Director of Pemandu Capital, to unpack Malaysia’s place in the age of AI.

    Should Malaysia aim to own the technology, or win by building on top of it? The panel explores why the real opportunity may lie at the application layer, from the 1.2 million SMEs driving the economy to the data centre supply chain most investors overlook. Dennis walks the audience through how retail investors can use Moomoo's Investment Themes, Industry Chain and AI tools to look beyond the obvious names, while Woody explains why Pemandu Capital is betting on conventional "non-sexy" businesses that AI can supercharge. Shahril also shares how he uses a panel of AI agents to debate his portfolio every day, and why your own judgement should still carry the day.

    The conversation closes on careers: the skills young Malaysians need to thrive when AI is part of every job.Disclaimer: This video is for educational purposes only and does not constitute investment advice.

    38 min
  • EP 31 #SembangKS | Tinju, Pilihanraya US dan Ruang Angkasa... Rasa Luar Biasa Seluas Angkasa

    🥊 Daripada kutipan RM50 juta dalam masa 49 hari, kepada suspek yang dikejar polis tetapi masih sempat bayar tol… nampaknya minggu ini kita bukan sahaja belajar tentang politik, malah tentang kepentingan menjadi pengguna lebuh raya yang bertanggungjawab. 😂Ada juga segmen KELUAR ANGKASA! Kali ini kita tinggalkan sekejap dunia politik untuk meneroka fakta-fakta menarik tentang angkasa lepas. Tapi bukan setakat planet dan bintang, kita turut menyentuh tentang penampakan UFO di Kuantan. Betul ke ada makhluk asing singgah di Pantai Timur, atau orang Kuantan sebenarnya nampak benda lain? 👽 Mungkin anda boleh melayan segmen ini dengan perisa Corntoz Ring terbaru, corn crush creamy ring, rasa luar biasa seluas angkasa.Tapi daripada semua drama ini, kita masuk pula ke topik utama: PILIHANRAYA US & AI BUBBLE.Macam mana keputusan pilihan raya pertengahan penggal di Amerika Syarikat boleh memberi kesan kepada industri AI dan pelaburan pusat data di Malaysia? Dan adakah kita sedang menyaksikan permulaan kepada gelembung AI yang bakal pecah?Dalam episod kali ni kita sembang:💰 RM50 Juta & Dana Politik — 49 hari, RM50 juta. Kalau sehari boleh kumpul sejuta, tak perlulah buat fun run lagi.🚐 Suspek Bayar Tol — dikejar polis dengan Nissan Vanette, tetapi Touch 'n Go tetap kena tap. Undang-undang jalan raya mesti dihormati!🎃 Zahirah MacWilson & Perayaan — apabila Halloween, Christmas dan Easter semuanya masuk dalam satu bakul.🥊 Lawyer Ang vs Superman Hew — daripada cabaran debat kepada pertarungan tinju. Siapa sangka politik boleh sampai ke gelanggang?🎬 Crazy Rich Asians Audition — Mandarin tak berapa lepas, Cantonese kita cuba. Yang penting yakin!👽 Keluar Angkasa — fakta-fakta angkasa lepas dan misteri penampakan UFO di Kuantan. Adakah kita benar-benar bersendirian di alam semesta?🇺🇸 Pilihanraya Pertengahan Penggal US 2026 — perubahan kuasa politik di Amerika dan kesannya terhadap Donald Trump, Elon Musk serta industri teknologi.🤖 AI Bubble & Pusat Data Malaysia — pelaburan berbilion dolar, Google, OpenAI, Anthropic dan persoalan sama ada ledakan AI ini benar-benar mampan atau sekadar gelembung yang menunggu masa untuk pecah.🔥 Dan paling penting… kalau pusat data makan elektrik, minum air dan akhirnya syarikat AI pula tak mampu bayar bil, siapa yang akan tanggung semuanya?Sebab mungkin masa depan AI memang cerah…Tapi kalau gelembung itu pecah, jangan sampai pusat data yang dibina berbilion ringgit akhirnya bertukar jadi gelanggang pickleball pula. 😂Dan kalau anda tertanya-tanya apa kaitan RM50 juta, Nissan Vanette, Superman, Crazy Rich Asians, UFO Kuantan, Pilihanraya US dan AI Bubble dalam satu episod…Jawapannya: inilah Sembang KS. Semua benda boleh masuk, asalkan ada cerita!Selamat menonton EP 31 #SembangKS | Tinju, Pilihanraya US dan Ruang Angkasa... Rasa Luar Biasa Seluas AngkasaJangan lupa **LIKE, COMMENT, SHARE & SUBSCRIBE!**

    45 min
  • EP 30 #SembangKS | Musim Pilihanraya & Ikon Wanita Selangor

    Musim pilihan raya dah tiba! Pemain politik sibuk tukar jersi, kelab sibuk cari pemain, ada yang tarik diri saat akhir dan ada pula yang lawan bekas kelab sendiri. Kalau ikut keadaan PRN Melaka kali ni, rasanya ejen bola sepak pun boleh pening tengok senarai perpindahan calon.Dalam episod kali ini, kita bawakan liputan khas Political Transfer Window PRN Melaka. Siapa masuk kelab mana, siapa kena pinjam, siapa jadi free agent dan siapa pula yang tak sempat turun padang? Jangan risau, VAR kita kali ni Zaidel dan Fayyadh serta yang berada di lapangan membuat liputan secara langsung iaitu Abol.Selain itu, kita sembang juga tentang generasi strawberry yang mudah koyak, suami yang dimarahi kerana isteri beli barang online, rumah yang dah siap tetapi jalan masih belum ada, serta imam yang meletakkan jawatan sampai satu masjid tak dapat solat Jumaat.Dan paling penting, kita nak kenal dengan lebih dekat Ikon Wanita Selangor 2026/2027, Datuk Nurul Zahid. Dengan portfolio yang merangkumi komunikasi korporat, hotel, industri magnet, akademik dan ketenteraan.Daripada jendela perpindahan politik hinggalah ke anugerah ikon wanita, macam-macam cerita dalam episod kali ini.Tekan PLAY, duduk santai dan mari kita sembang. Jangan lupa LIKE, SUBSCRIBE dan tinggalkan komen. Kalau terasa, itu mungkin kebetulan.#SembangKS #Episod30 #MusimPilihanraya #PRNMelaka #IkonWanitaSelangor

    38 min
  • EP217 | Kempen PRN Melaka, CSA Madani, US Midterms Elections, Israel & Brazil Elections

    Dalam Episod 217 Keluar Sekejap, Shahril Hamdan bersama YB Fadhli Saari membincangkan beberapa isu semasa, antaranya kempen PRN Melaka yang baru sahaja membuka tirai dengan 28 kerusi DUN dipertandingkan, serta realiti politik di sebalik gabungan BN dan PN, selain PH dan Bersatu.Episod ini turut mengulas tentang Confidence and Supply Agreement (CSA) yang ditandatangani minggu lalu oleh enam Ahli Parlimen Bersatu dan seorang wakil Muda bagi menyokong Kerajaan MADANI. Perjanjian ini membuka ruang kepada pemberian peruntukan kepada kawasan mereka serta sokongan terhadap beberapa agenda reformasi yang dijanjikan kerajaan.Di peringkat antarabangsa, episod ini membincangkan perkembangan pilihan raya Israel yang masih belum menemui penyelesaian jelas, kebangkitan Lula dalam politik Brazil, serta pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat yang menyaksikan kemenangan besar Demokrat.Jangan lepaskan Episod 217 Keluar Sekejap untuk kupasan lanjut mengenai perkembangan politik dalam dan luar negara.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected] EP21700:00 Intro6:45 Kempen PRN Melaka31:30 Bubar Parlimen43:19 CSA Madani1:04:42 Pilihan Raya Israel1:13:28 Pilihan Raya Brazil1:18:54 US Midterms Elections

    1 hr 29 min
  • EP13 #KenaSoal | MCA Merajuk?, MUDA Tak Bertanding PRN Melaka, Masa Depan Non-Bumis

    00:00:00 Pengenalan00:00:54 Bersama Neow Choo Seong00:14:39 MCA Merajuk?firhanfrdrzl: KS mohon ulas tentang isu gabungan BN-PN di MelakaX Akan kekal lama ke? Sebab tengok MCA macam gaduh dengan UMNO tentang kerusi.00:25:45 MUDA tak bertanding PRN Melakayusufkz: Soalan untuk Zaidel, kenapa MUDA tidak bertanding di Melaka? BERSAMA yang parti lebih baru dari MUDA pun bertanding. Macam mana orang nak yakin dengan MUDA kalau dilihat tidak serius untuk turut serta dalam Pilihan Raya?00:38:05 Masa Depan Non Bumisdamies._: apakah pendapat ks berkaitan masa depan non-bumis di Malaysiaezryazl: Apakah faktor utama ekonomi kaum Melayu tak kunjung berkembang. Tidak seperti Cina00:56:57 Reformasi organisasihadzrul_luqman: If we want to clean a full corrupted organization, where do it should start?01:12:39 Penutup

    1 hr 15 min