Khabarnya Podcast

Khabarnya Podcast

By Khabarnya PodcastNewsNews Commentary
Download on the App Store

Khabarnya Podcast episodes

  • Khabarnya S2EP28: [Part 2] Dari Pembatalan ke Penamaan: Bagaimana PN Kembali Bertanding

    Dalam episod lalu, Muhammad Rafique Rashid Ali mengulas kes Shuhaily, Yusoff Rawther serta kebebasan bersuara. Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam ini, mengenai pertikaian PN dengan ROS dan implikasinya terhadap hak pengundi, hubungan dengan Bersatu serta strategi kerjasama menjelang PRN Melaka dan PRU16. Beliau turut berkongsi pemerhatian daripada Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4, termasuk pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kerjasama empat negeri dalam mengembangkan potensi ekonomi mereka.

    #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #RafiqueRashid #PerikatanNasional #ROS #Bersatu #BarisanNasional #PRNMelaka #PRU16 #SG4 #TunMahathir #PolitikMalaysia #EkonomiMalaysia

    36 min
  • Khabarnya S2EP27: [Part 1] Kenapa Rafique Bela Shuhaily, Papagomo, Yusoff Rawther dan Chegubard?

    Dalam Khabarnya kali ini, Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman bersama peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mengupas kes Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, perkembangan kes Yusoff Rawther serta permohonan suakanya di United Kingdom.Perbincangan turut menyentuh pembebasan Papagomo dan kes melibatkan Chegubard, sebelum meneliti persoalan kebebasan bersuara, dakwaan penguatkuasaan terpilih dan sumbangan kecil rakyat yang membantu perjuangan di mahkamah.

    #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #RafiqueRashid #Shuhaily #AKPS #YusoffRawther #Papagomo #Chegubard #KebebasanBersuara #Keadilan #PolitikMalaysia

    Sumber foto thumbnail: MalaysiaGazette, Sinar Harian, Malay Mail dan New Straits Times.

    1 hr 1 min
  • Khabarnya S2EP26: [part 2] "Saya Nak Awak Buka Kilang” — Kisah Tengku Putra dengan Tun M

    Dalam episod lalu, perniagaan Tengku Ngah Putra di Kazakhstan membawa kepada pertemuannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Ketua Kluster Minyak dan Gas MTEM ini, mengenai sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengembangkan perniagaannya, usaha membangunkan TV interaktif, serta cabaran industri tempatan dan masa depan pengusaha stesen minyak Bumiputera.


    #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #TengkuNgahPutra #TunMahathir #MTEM #UsahawanBumiputera #IndustriMalaysia #PembuatanMalaysia #Teknologi #StesenMinyak #EkonomiMalaysia

    44 min
  • Khabarnya S2EP25: [Part 1] Dari Berdepan Gangster Rusia ke Pertemuan dengan Tun M

    Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Tengku Ngah Putra, usahawan dan Ketua Kluster Minyak dan Gas Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). Beliau berkongsi pengalaman mengusahakan perkhidmatan perkapalan antara Pasir Gudang dengan Singapura, membawa coklat dan televisyen Malaysia ke pasaran Rusia, serta membuka operasi pemasangan TV di Kazakhstan yang membawa kepada pertemuannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #TengkuNgahPutra #TunMahathir #MTEM #UsahawanMalaysia #EksportMalaysia #Nikom #Rusia #Kazakhstan #Perkapalan #IndustriMalaysia

    45 min
  • Khabarnya S2EPS24: Tun Dr. Hasmah: Mengenang Srikandi, Menelusuri Kehalusan Pekerti

    Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Puan Rozlina Jamaluddin, bekas pembantu peribadi Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Beliau berkongsi pengalaman hampir empat dekad berkhidmat, daripada menguruskan kediaman dan majlis di Sri Perdana hingga urusan peribadi Tun Siti Hasmah, serta mengenang sikap berjimat cermat, keprihatinan terhadap kakitangan dan saat menerima berita pemergian beliau.


    #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #RozlinaJamaluddin #TunSitiHasmah #TunMahathir #SriPerdana #Putrajaya #BAKTI #Malaysia

    59 min
  • Khabarnya S2EP23: [Part 2] Sampai akaun media sosial anak bini kena ban?

    Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta aktivis politik bebas, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo. Kali ini, beliau mengulas dakwaan Abdul Hadi Awang mengenai pertemuan PAS dengan Kedutaan AS pada 2014, hala tuju kerjasama politik PAS-UMNO, serta pengalamannya berdepan sekatan akaun dan kandungan di media sosial.


    #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #Papagomo #WanMuhammadAzri #AbdulHadiAwang #PAS #UMNO #MuafakatNasional #MalaysiaAS #ART #TikTok #MediaSosial #PolitikMalaysia

    45 min
  • Khabarnya S2EP22: [Part 1] Rakyat Bukan Lagi Marah, Mereka Dah Berdendam?

    Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta aktivis politik bebas, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo. Beliau mengulas siri kes mahkamah yang masih dihadapinya dan ruang kebebasan bersuara, mempertahankan politik identiti Melayu dalam perdebatan mengenai “Postnormal Times”, serta memberi pandangannya terhadap PKR, DAP.


    #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #Papagomo #SirAzri #PolitikIdentiti #PolitikMelayu #PAS #PKR #DAP #AktaHasutan #PostnormalTimes #PolitikMalaysia

    58 min
  • Khabarnya S2EP21: [Part 2] Undi Cina Dah Mula Pecah, MCA Nampak Peluang?

    Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Neow Choo Seong, Ketua Penerangan Pemuda MCA dan Pengarah Komunikasi Pemuda BN. Kali ini, beliau mengulas PRU16 sebagai ujian kepada pembaharuan MCA, keperluan BN melakukan peralihan generasi, serta persoalan sama ada gabungan itu benar-benar bersedia jika rakyat memberi mandat semula.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast

    #NeowChooSeong #MCA #PemudaMCA #BarisanNasional #PRU16 #PolitikMalaysia #PolitikAnakMuda #Johor #NegeriSembilan

    59 min
  • Khabarnya S2EP20: [Part 1] MCA Mahu Buang Budaya “Abang Long” Dalam BN?

    Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, bersama Neow Choo Seong, Ketua Penerangan Pemuda MCA dan Pengarah Komunikasi Pemuda BN. Beliau mengulas sebab memilih MCA ketika parti itu sedang merosot, peranan MCA dalam BN dan Kerajaan Perpaduan, serta usaha membina semula parti melalui kepimpinan muda dan akar umbi.


    #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #NeowChooSeong #MCA #PemudaMCA #BarisanNasional #PemudaBN #PolitikMalaysia #KerajaanPerpaduan #Taiping #PolitikAnakMuda #BN

    1 hr 16 min
  • Khabarnya S2EPS19: [Part 2] Sejarah Yang Kita Warisi Belum Tentu Lengkap

    Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta sejarawan dan Pensyarah Kanan USM, Profesor Madya Dr. Azmi Ariffin, mengupas bagaimana bahasa kolonial masih membentuk tafsiran sejarah Melayu, perbezaan antara fakta dengan legenda dalam mengangkat tokoh tempatan, serta persoalan sama ada Perjanjian Pangkor 1874 benar-benar sebuah persetujuan atau sebahagian daripada proses British menguasai Perak.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #AzmiAriffin #SejarahMalaysia #SejarahMelayu #PerjanjianPangkor #Perak #JWWBirch #NgahIbrahim #SejarahKolonial #Historiografi #British #Malaysia

    54 min

About Khabarnya Podcast

From the publisher's feed

Intro kepada podcast Khabarnya bersama pengarang veteran, Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman.

More shows like Khabarnya Podcast

The Breakfast Grille by BFM Media

The Breakfast Grille

4 Listeners

Ringgit and Sense by BFM Media

Ringgit and Sense

1 Listeners

Omar Suleiman by Muslim Central

Omar Suleiman

1,987 Listeners

FT News Briefing by Financial Times

FT News Briefing

652 Listeners

PodcasThinker by Thinker Studios

PodcasThinker

1 Listeners

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

196 Listeners

The Ezra Klein Show by New York Times Opinion

The Ezra Klein Show

16,169 Listeners

The Weekly Show with Jon Stewart by Comedy Central

The Weekly Show with Jon Stewart

10,810 Listeners

The Rest Is Politics by Goalhanger

The Rest Is Politics

3,136 Listeners

Reuters World News by Reuters

Reuters World News

301 Listeners

Are We OK? by Are We OK?

Are We OK?

1 Listeners