KNOWLEDGE INTEGRATION

KNOWLEDGE INTEGRATION

Download on the App Store

KNOWLEDGE INTEGRATION episodes

  • Challenging Islamophobia

    In this podcast series, Associate Professor Dr. Norfadhilah Mohamad Ali and Dr. Fadhlina Alias from the Faculty of Syariah and Law at USIM provide an in-depth exploration of the root causes of Islamophobia. Despite the advancements in digital media, the prevalence of Islamophobia continues to persist, and the series aims to shed light on this issue.

    16 min
  • Apakah peranan AI dalam pendidikan?

    Artificial intelligence (AI) atau dalam bahasa melayunya adalah kecerdasan buatan. Hampir kesemua bidang pekerjaan pada masa kini telah menggunakan AI untuk membantu setiap proses kerja menjadi lebih sistematik. Sekiranya dapat kita lihat dalam bidang pendidikan, perkembangan teknologi yang semakin drastik ini dapat memudahkan dan mempercepatkan proses seseorang untuk menimba ilmu. Walaubagaimanapun, untuk melihat sejauh mana lagi peranan AI dapat diaplikasikan dalam pendidikan, jom dengarkan episod podcast ini !

    15 min
  • Surah Al-Infithar (Terbelah)

    Surah Al-Infithar (سورة الإنفطار) ialah surah ke-82 dalam al-Quran. Surah ini terdiri daripada 19 ayat.

    Surah ini menggambarkan hari kiamat dengan bertebarannya makhluk-makhluk  serta perubahan keadaan dan perjalanannya disebabkan kedahsyatan hari tersebut. Objektif surah ini sama seperti surah Makiyyah yang lain iaitu memperkukuh keimanan tentang hari akhirat.

    3 min
  • Surah At-Takwir (Menggulung)

    Surah At-Takwir (Arab: سورة التكوير ) ialah surah ke-81 dalam al-Quran. Surah ini mempunyai 29 ayat. Dinamakan At Takwiir yang bererti penggulungan(kiamat) dari kata dasar kata kuwwirat yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

    Aspirasi Surah ini ialah mengukuh keimanan tentang hari kiamat melalui gambaran tentang kehancuran alam. Ia turut menceritakan tentang hakikat wahyu dan keadaan-keadaan mereka yang menyampaikan wahyu dan yang menerimanya. Selain itu, ia juga memberi penjelasan terhadap beberapa dakwaan orang-orang musyrik terhadap al-Quran.

    3 min
  • Surah 'Abasa (Dia bermuka masam)

    Surah 'Abasa (Arab: سورة عبس) ialah surah ke-80 dalam al-Quran. Surah ini mempunyai 42 ayat. Dinamakan 'Abasa yang diambil dari kata 'Abasa yang terdapat pada ayat pertama surah ini. 

    Surah ini menyebut tentang hakikat dakwah dan kemuliaan orang yang menambil manfaat daripadanya serta kehinaan orang yang berpaling daripadanya. Ia mempunyai objektif mendidik jiwa manusia dalam berdakwah serta mengukuhkan keimanan tentang hari akhirat. Antara lain isi kandungannya turut menceritakan bagaimana dahsyatnya hari kiamat sehingga manusia tidak peduli antara satu sama lain dan perbezaan keadaan orang kafir dan orang beriman. (Sumber Terjemahan Al-Quran Al-karim Mukhtasar Al-Bayan).

    4 min
  • LGBTQ from Islamic and Health perspectives (Part 1)

    In this podcast series, Professor Dr. Rafidah Hanim from Faculty of Medicine and Health Sciences USIM, discusses the controversial and contentious topic of LGBTQ. She explains why the LGBTQ movement clashes with religious values and provides an explanation of LGBTQ from a medical and health perspectives. By exploring these issues, she aims to foster a deeper understanding and engagement on this complex topic.

    12 min
  • Surah Al-Nazi'at (Malaikat-malaikat yang mencabut)

    Surah ini merupakan satu pukulan kepada hati-hati orang yang mendustakan kedatangan hari pembalasan melalui pembentangan gambaran keadaan manusia pada saat kematian, kebangkitan, perhimpunan dan pembalasan. Surah ini menampilkan kisah Firaun sebagai contoh keingkaran manusia dan kesudahannya. Ia bermatlamat untuk memberi peringatan kepada mereka yang ingkar kepada Nabi Muhammad S.A.W

    Sumber : Al-Quran Al-karim Mukhtasar Al-Bayan

    

    Surah Al-Nazi'at (Arab: سورة النازعات ) ialah surah ke-79 dalam al-Quran. Surah ini terdiri dari 46 ayat. Dinamakan An Naazi'at yang bererti "malaikat-malaikat yang mencabut" berasal dari kata An Nazi'at yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

    5 min
  • Surah Al-Naba' (Berita besar)

    Surah ini memberikan peringatan kepada manusia tentang asal-usulnya, hikmah penciptaannya dan destinasinya yang terakhir. Ia turut menguraikan nikmat didalam syurga dan kepentingan sabar dalam berdakwah.

    Sumber : Al-Quran Al-karim Mukhtasar Al-Bayan

    

    Surah an Naba´ merupakan surah Ke-78 didalam al-Qur'an setelah surah al Mursalaat dan berada pada awal permulaan juzuk ke-30, iaitu juzuk terakhir dari al Quran yang dikenali dengan "Juzuk Amma". Di namakan surah an Naba´ (Berita Besar) diambil dari perkataan an Naba´yang terdapat pada Ayat ke-2 Surah ini.

    5 min

About KNOWLEDGE INTEGRATION

From the publisher's feed

Get inspiration & synergy from the sharing under topics related to Integration of Naqli and Aqli