Azrif dan Miya adalah pasangan suami isteri. Mereka sepasang kekasih yang telah menjalinkan hubungan sejak dari bangku sekolah.
Perkahwinan baik-baik sahaja sehingga mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Zafran. Namun, rumah tangga mana yang tidak dibadai ombak.
Azrif dan Miya diuji dengan masalah kewangan yang sangat kronik selepas Azrif direntikan kerja sebagai Penyelia Kilang. Miya seakan tidak dapat menerima hakikat yang suaminya Azrif tak mampu lagi memberikan kemewahan seperti sebelum ini.
Terjadi banyak konflik dalam kehidupan rumah tangga mereka selepas itu.
Apa yang akan terjadi kepada mereka? Mampukah Azrif dan Miya menghadapi ujian dalam perkahwinan mereka?