In this casual Raya episode, Fitri and Harith talked about a topic close to home: tradition and celebrations. Since they're quarantined this Raya, they talked about how different this Raya feels compared to previous years. They got a little sentimental reminiscing about old times; raya as a kid, and also other traditions that they practice with family and friends, and the ones they grew out of. Apart from tradition, they also told stories of their families; buying school supplies and simply having meals together. After playing a one minute clip of “Dendang Perantau”, covered by Harith’s band, Fitri, who recently got returned home, shared his experiences celebrating foreign festivals whilst in the UK.
Dalam episod Raya yang santai ini, Fitri dan Harith berborak tentang topik yang dekat dalam hati mereka; tradisi dan sambutan. Disebabkan Raya kali ini adalah sewaktu kuarantin, mereka berbincang tentang perbezaan yang dapat dirasakan antara waktu dahulu dan sekarang. Mereka jadi sedikit syahdu bila mengenang kisah lama; beraya semasa zaman kanak-kanak dan tradisi lain yang mereka pernah dan masih sambut bersama keluarga dan sahabat. Selain daripada tradisi, mereka juga menyentuh tentang kisah-kisah keluarga; beli barangan sekolah dan makan bersama-sama. Selepas memainkan seminit klip cover “Dendang Perantau” oleh band Harith, Fitri yang baru pulang ke rumahnya berkongsi pengalaman menyambut perayaan luar negara sewaktu tinggal di UK dulu.