
Sign up to save your podcasts
Or


Cubit paha kiri, paha kanan terasa. Syafiqah, Syatilla, Syifa, Syida & Melveena Melvin merupakan all girls only squad dalam keluarga Melvin. Tonton kisah daripada Kak Long (Syafiqah) & Syifa tentang adik beradik yang disukai ramai ni. Yang ini baru 2 orang tau yang datang tapi meriah betul studio Kopi & Kids π
#KopiAndKids
Perceraian bukanlah pilihan mudah, terutamanya terhadap anak-anak yang terpaksa menerima norma baharu dalam kehidupan. Jom kita selami kisah Dr. Fie Tawfek dalam mengharungi kehidupan selepas bergelar ibu tunggal.
#KopiAndKids
Fasa besar bagi ibu dan ayah adalah bila anak dah boleh start makan. Ada banyak pandangan namun, jom kita fahami kenapa ada anak yang jadi picky eater? Apa tips untuk ajar anak makan & cara parents boleh bantu pemakanan anak-anak. πΆπ½
Bersama Dr Amalina Mohd Daud dalam episod 6 untuk persoalan yang selalu ditanya oleh parents di luar sana.
#KopiAndKids
Sambungan daripada Part 1, Shuib menceritakan ragam anak-anaknya, Thalita & Matin. Bagaimana permulaan perjalanan Thalita dalam dunia seni & Matin pergi audition sampai layak jadi hos Tom Tom Bak 2026?
ποΈSaksikan episod 5, Part 2
#KopiAndKids
Ada cerita tentang zaman kecil yang kita tak pernah lupa. β€οΈ
Dalam Part 1, kita dengar kisah perjalanan Shuib zaman membesar, hubungan dengan nenek, kehilangan insan tersayang, kehidupan bersama anak-anak dan sisi keluarga yang jarang dikongsikan.
Daripada kisah menganggap nenek sebagai ibu sendiri, pengalaman kehilangan nenek yang begitu memberi kesan, hinggalah cerita tentang Ayash, Watie, Akira dan Uwais β setiap cerita ada kenangan dan pengajaran tersendiri.
Kadang-kadang, anak-anak bukan sekadar membesar di depan mata kita. Mereka juga mengajar kita tentang sabar, kasih sayang, memaafkan dan menghargai setiap detik bersama. β€οΈ
ποΈ Saksikan Part 1 episod 5 sekarang.
#KopiAndKids
Setiap anak membesar dengan cara yang berbeza. Tapi bagaimana kita sebagai ibu bapa memahami perbezaan tersebut?
Dalam Kopi & Kids EP. 4, kita berbual tentang autism, ADHD, disleksia, perkembangan kanak-kanak dan pendidikan khas bersama Hamidah Mohamed Helmei, Head of Business, Eduventor Teachers Academy.
π§ Tonton episod penuh untuk dengar perbincangan kami.
Dengan kerjasama IDRISSI International School.
#KopiAndKids
Budaya kita dalam membesarkan anak memang berbeza dengan budaya luar. Bayangkan dalam suatu perkahwinan, dua budaya berbeza, digabungkan untuk membesarkan anak-anak.
Episod 3 membawakan Ryzal & Maryam dalam perkongsian penuh ilmu untuk para mummy & daddy dalam modern parenting.
#KopiAndKids
Pernah tak mummy & daddy hadapi situasi mitos vs fakta ketika membesarkan anak? π
Episod kedua podcast Kopi & Kids akan bersama Dr Syed Abdul Khaliq dan hos, Kai Hassan. Kita nak tahu lebih lanjut pengalaman Dr Syed Khaliq dalam menjaga bayi pra-matang & menghadapi parents yang kehilangan bayi syurga mereka. π
Betul ke berkahwin di usia muda ni banyak cabarannya? Parents Gen-Z pula bersedia ke nak timang anak atau belum cukup enjoy the life? π€
Episod pertama podcast Kopi & Kids akan bersama Imran Aqil dan hos, Kai Hassan. Kita nak kupas lebih lanjut pengalaman Imran dalam topik ini π
From the publisher's feed
Brewing better parents.