Melalui kesukaran dan ujian dalam hidup ini kebanyakkan masa buat kita rasa seolah-olah kita keseorangan.
Terasa seperti tiada sesiapa yang betul-betul faham apa yang kita sedang rasa dan lalui, walaupun ramai yang mungkin berkata “aku faham apa yang kau rasa.”
Tidak, kita tahu mereka tidak faham.
Tetapi itu tidak berlaku kepada Allah. Allah maha mendengar dan mengetahui.
Setiap keperitan atau halangan hidup yang sedang kita hadapi, Allah tahu perasaan kita, Allah tahu ketakutan kita, Allah janji akan memberikan petunjuk kepada hati kita semua menempuh gelora ujian hidup, hanya sahaja dengan satu syarat, mantapkan keimanan