"Menurut orang ramai," tanya Yesus kepada para murid-Nya, "siapakah Aku?" Mereka menjawab bahawa ada yang menyangkakan Dia ialah Yohanes Pembaptis, Elia atau salah seorang nabi (dalam Perjanjian Lama) telah bangkit semula. Jika ditanya kepada orang ramai sekarang, mungkin ada yang menjawab: Nabi Isa Al-Masih, Guru New Age, reinkarnasi Krisna, dan sebagainya.
Tetapi Yesus bertanya soalan yang lebih penting lagi kepada mereka. Malah, kepada semua kita sekarang, "Menurut kamu," tanya Yesus. Ya kamu! Bukan paderi atau pastor atau ustaz kamu, tetapi kamu! "siapakah Aku ini?" (Lukas 9:20). Jadi, menurut kamu, siapakah Yesus ini? π€ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas