Malaikat Gabriel bernubuat: "Janganlah takut, hai Zakharia, kerana permohonanmu telah dikabulkan. Isterimu Elisabet akan melahirkan seorang anak lelaki bagimu. Kamu hendaklah menamainya Yohanes" (Lukas 1:13). Selepas kelahiran Yohanes, Zakharia yang dipenuhi Roh Kudus pula bernubuat: "Engkau, anakku, akan digelar Nabi Allah Yang Maha Tinggi kerana engkau mendahului Tuhan demi menyediakan jalan-Nya..." (1:76). Tidak dinafikan, tugas dan panggilan Yohanes sangat penting dalam perancangan TUHAN untuk membawa keselamatan bagi umat Israel dan mereka yang akan mengimani Mesias-Nya. Untuk itu, mari kita perhatikan Tujuh (7) perkara yang unik tentang Yohanes dalam Lukas 1:13-17 dan beberapa aplikasi kepada kita sekarang seperti pentingnya doa, maksud nama, kerendahan hati, perkerjaan Roh Kudus dan sebagainya ๐๐โ #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas